Monday, March 12, 2018

RIMAS KALAU SEMUA TAK KENA.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya rimas jika membaca komen-komen di laman sosial yang meremehkan pencapaian rakyat atau negara kita. Misalnya ..

1. Bila jadi johan nyanyian di Zimbawe, depa kata "alah .. kat Zimbabwe je bukan Amerika pun". Tetapi bila jadi johan nyanyi kat Amerika, depa kata "apa nak heran .. orang kita memang suka hiburan".

2. Bila jadi johan lumba basikal dekat sukan SEA, depa kata "sukan SEA je, bukannya olimpik". Tetapi bila jadi johan kat olimpik, depa kata, "lumba basikal bolehlah, bukannya F1".

3. Bila Presiden Sri Langka lawat Malaysia,  depa kata "Sri Langka je, bukannya Amerika". Tetapi bila presiden Amerika lawat, depa kata, "buat apa bersekongkol dengan penyokong Yahudi tu".

4. Bila Malaysia muncul sebagai pengekspot minyak sawit terbesar di dunia, depa kata "ala .. minyak sawit je, bukannya kapalterbang". Tetapi jika takdirnya nanti Malaysia jadi pengekspot utama kapalterbang, depa kata, "eleh .. orang lain dah beratus tahun jadi pengeksport".

Kalau awak tak suka kepada pemimpin atau tokoh tertentu, saya tak kisah. Sedangkan Nabi Muhammad pun ramai yang tak suka. Tapi janganlah memanjang memandang rendah kepada pencapaian orang kita atau negara kita. Yang awak tu, hebat sangat ke ?




10 comments:

  1. Cuba tanya pula, apa pencapaian peribadi dia? :)

    ReplyDelete
  2. Rajin menulis balik semua tu.saya tengok dan baco jo

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ado dalam draf .. sayang nak buang .. orang baco ko tak baco, dah tak kisah dah.

      Delete
  3. orang yang macam tu patut luku jer kepala dia
    biar dia tahu erti penyesalan
    heheehe

    ReplyDelete
  4. huhuhu.

    kadang bab tu bergaduh dalam media sosial. ada yang menyokong dan ada yang kecam.

    dan bila orang kecam pendapat dia yang macam tu, boleh pulak dia nak sentap?

    uhuhu.

    pandangan marhean ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu namanya double standard .. tak gentlemanlah kalau macam tu.

      Delete
  5. Kita harus berbangga dengan pencapaian negara kita di persada antarabangsa.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.