Assalamualaikum. Saya ada mewujudkan sebuah grup fesbuk bertajuk "Malaysia Cambodia Charitable Group" (MCCG) seperti di atas. Tujuannya adalah untuk mengumpul dan menyalur sumbangan kepada fakir miskin di Cambodia dari kalangan berikut:
1. Anak yatim,
2. Orang cacat,3. Ibu tunggal,
Juga bertujuan untuk memberi sumbangan membina:
6. Masjid/surau,
7. Madrasah/pondok untuk tahfiz, pengajian agama dan sebagainya.
7. Madrasah/pondok untuk tahfiz, pengajian agama dan sebagainya.
Melalui jalinan kerjasama antara MCCG dengan CCTA, sebuah rumah untuk ibu tunggal yang kudung sebelah kakinya akibat terkena bom semasa pemerintahan rejim Pol Pot telah berjaya disiapkan hasil sumbangan kawan-kawan fesbuk saya di dalam grup tersebut.
Gambar 1: Ustaz Badri berdiri di hadapan rumah pertama hasil sumbangan ahli MCCG untuk kakak Laila (yang berdiri di kanan sekali).
Pada masa ini kami sedang dalam proses pembinaan sebuah lagi rumah untuk seorang nenek yang tinggal di sebuah pondok yang sangat daif seperti dalam Gambar 2 di bawah. Peruntukan yang terkumpul telah pun mencukupi dan disalurkan kepada CCTA yang akan menguruskan pembinaannya dalam masa terdekat. Insyaallah.
Gambar 2: Nenek Abidah dalam 'rumahnya' selepas dikunjungi oleh Ustaz Badri untuk menyampaikan sumbangan berbentuk bahan makanan.
Gambar 3: Penyampaian sedekah beras dan keperluan dapur oleh CCTA. (Gambar dari album CCTA).
Gambar 4: CCTA turut menguruskan pembinaan perigi yang dibiayai atau diwakafkan oleh penderma. Untuk makluman di kampung ini masih belum ada bekalan paip air bersih. (Gambar dari album CCTA).
Gambar 5: Selain menguruskan sumbangan dari Malaysia, CCTA juga banyak menerima sumbangan termasuk kunjungan dari penderma-penderma dari Singapura. Gambar di atas adalah penyampaian sumbangan dari seorang penderma dari Singapura. (Gambar dari album CCTA).
Gambar 6: Ustad Badri juga turut mengajar agama kepada kaum wanita (termasuk juga lelaki) di sana yang sangat berminat untuk belajar. (Gambar dari album CCTA).
Gambar 7: Pada hujung tahun lepas saya telah mengikuti rombongan ke sebuah kampung iaitu Kampong Krong di Kemboja. Kita menyedekahkan seekor lembu untuk dimasak oleh penduduk kampung untuk dimakan bersama-sama. Kami makan dengan sangat berselera, beralaskan tikar plastik di tebing Sungai Mekong. Di sini saya melihat sendiri kedaifan kehidupan penduduk Islam yang saya difahamkan cuma dapat makan daging setahun sekali sewaktu Hari Raya Haji. Itupun kalau ada orang yang berkorban.
Gambar 8: Kaum wanita dengan sabar menunggu pengagihan sedikit sumbangan dari ahli-ahli rombongan kami.
Di sini saya ingin menjemput pembaca blog saya yang mana kita belum friend di fesbuk untuk turut menginfakkan sebahagian dari harta yang dipinjamkan oleh Allah bagi membantu mereka yang memerlukan. Silalah join laman Malaysia Cambodia Charitable Group di fesbuk seperti yang saya sebutkan di atas. Di sana ada maklumat projek yang telah, sedang dan yang akan dilaksanakan serta cara-cara menyampaikan sumbangan.
Mungkin ada di antara anda yang tidak dapat menyumbang kerana sudah membuat komitmen menderma kepada lain-lain NGO kebajikan seperti untuk rakyat Palestine, Syria atau madrasah tahfiz di Malaysia dan sebagainya. Teruskanlah usah murni itu. Grup MCCG ini adalah untuk menyediakan peluang kepada anda yang mampu dan ingin turut sama bersedekah kepada insan yang lebih memerlukan. Banyak atau sedikit sumbangan bukan ukuran kerana walaupun hanya RM20 yang anda mampu sumbangkan, ia amat besar maknanya bagi orang di sana.
Sesungguhnya Allah pasti akan membalas sedekah kita yang dibuat keranaNya. Cuma yang berbeza mungkin bentuk dan masanya. Mungkin ia dalam bentuk wang dan harta, kesihatan yg baik, dihindari dari mudharat, diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan mungkin juga sebagai asbab dimasukkanNya kita ke dalam syurga. Insyaallah.
Nota kaki.
Tulisan Ustaz Badri tentang dirinya yang saya petik dari laman MCCG:
AssalamuAlaikom wbt...
Pertama kali saya ingin mengucapkan syukur dan Alhamdulillah terlebih dahulu kepada Allah swt atas segala nikmat dan rahmatnya..dan seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih dan jazakumullah khaira kepada pacik Hamzah Abd Hamid dan semua sahabat2Nya yang dapat membantu orang2 yang lebih memerlukan sebelom ini dan seterusnya dikalangan orang2 islam yang amat daif dan susah di wilayah kampot kemboja ini...
#saya ingin memaklomkan bahawa nama islam saya Ustaz Badri Yunos dan nama saya dalam bahasa kemboja NOS PETRY..
Pada awal tahun 2008 saya pergi ke Malaysia sebagai guru tahfis di sebuah sekolah agama di Pulau Pinang tasek gelugor selama 3 tahun.
Kemudian saya melanjutkan pengajian saya di Kolej University Insaniah di kedah Alostar bahagian syariah(bachelor)...dan saya tamat pengajian pada tahun 2015...
Selapas saya balik dari Malaysia saya buka kelas farduain untuk para ibu2 di kg saya sendiri yang mana mereka ini sangat2 daif dalam bidang solat puasa dan lain2, mereka tak pernah belajar apa2 tantang agama islam pada zaman kecil mereka dengan sebab kekurangan sekolah dan guru agama dan khususnya berlakunya peperangan komonis pada zaman mereka yang terkenal dengan nama POLPOT(Masjid dan sekolah dibakar atao dijadikan tempat peliharaan babi, dan para ulama' dibunuh dan Alkoran dibakar.
Selapas tentera komonis kalah dalam peperangan dengan tentera kerajaan pada tahun 1975 negara kemboja diisytiharkan aman dan selamat...
Selapas tamatnya peperangan kehidupan orang islam sangat2 daif dan lemah mereka sangat memerlukan bantuan dan pertulongan Ruhani dan badani hingga hari ini.
Jadi selapas saya balik dari Malaysia pada awal tahun 2015 saya dapat buka persatuan yang bernama CAMBODIAN CHARITABLE TRUST ASSOCIATION yang sudah berdaftar dengan pihak kementrian dalam negari tujuan mencari dana dan sumbangan untuk membantu mana2 orang2 islam yang susah dan fakir miskin....
Dengan ini saya amat bersyukur dan terimakasih kepada semua penderma2 yang dapat menghulurkan bnatuan...dan saya harap bantuan ini berterusan sekadar dari kemampuan kita yang ada untuk orang² yang lebih memerlukan..Insya Allah....
alhamdulillah
ReplyDeleteperkongsian yang bagus :)
ok
Deleteterima kasih atas perkongsian pak ngah.
ReplyDeletederma kewangan masih saya belum mampu, saya cuma boleh titipkan doa agar usaha membantu mereka berjaya.
amin, semoga tuhan perkenankan.
terima kasih atas doa yg diberikan. mudah2an diperkenankannya.
DeleteMohon Pak Ngah sertakan no akaun untuk sesiapa yang berminat nak derma jika mereka tiada akaun facebook. Semuga Allah mempermudahkan urusan Grup MCCG. Aamiin
ReplyDeletepakngah sudah hantar ke ruangan komen entri terbaru di blog awak. terima kasih.
DeletePerkongsian yang menarik.
ReplyDeleteTahniah semoga dipermudahkan.
aamin .. terima kasih.
Delete