Friday, March 9, 2018

GODAAN SYAITAN ITU BENAR.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Dia sudah siap berjubah, berserban, berselimpang, berkopiah, berwangi-wangian sambil memegang tasbih di tangan untuk pergi solat Maghrib di surau berhampiran dengan rumahnya.

Kemudian dengan sangat tertibnya dia keluar rumah dengan menghulur kaki kiri dahulu sambil membaca Bismillah. Selanjutnya dia memakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca Bismillah.


Sampai di surau dia menghulur kaki kanan memasuki surau dan terus menuju di saf pertama. Sementara menunggu masuk waktu Maghrib, dia berzikir.


Selesai azan Maghrib dia pun bangun menunaikan sunat Qabliah Maghrib dan berdoa. 


Semasa solat Maghrib dia berdiri betul-betul di belakang imam. Selesai solat fardhu Maghrib dia berwirid dan berzikir bersama dengan jemaah lain diikuti dengan solat sunat Ba'diah Maghrib.

Usai solat sunat Maghrib dia keluar surau dengan mendahulukan kaki kiri serta selanjutnya memakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan dan bergegas ke keretanya agar segera sampai ke rumah sebab dia  tidak mahu terlepas menonton berita di tv. Kebetulan pula malam itu tiada tiada kuliah Maghrib kerana ustaz ada jemputan di luar daerah. 


Sesampainya dia di keretanya dia dapati ada orang parking kereta betul-betul di belakang kereta dia yang menyebabkan keretanya terhalang untuk keluar. Lantas terkeluar kata-kata ini dari bibirnya,


"Sial punya dreba, parking kereta macam gampang .. masa kecik tak nak mampus .. dah besar menyusahkan orang".

Pengajarannya: Semakin seseorang itu berusaha merapatkan diri kepada Allah semakin kuat godaan iblis.

* Tiada kena mengena secara khusus kepada mana-mana-mana individu samada yang hidup atau yang sudah mati. 



4 comments:

  1. Betul tu. Saya setuju. Semakin kita cuba jadi baik, semakin kuat godaan untuk memesongkan...

    ReplyDelete
  2. huahuahua.

    saya cuba juga 2 3 bulan ni nak elak memaki orang. tapi semalam dah pecah rekod.

    saya maki orang semula.

    puncanya kesalahan yang dia tanya tu berulang - ulang. sampai saya naik fed - up nak jawab dan dia nak blame saya.

    saya terus cakap, 'mcm ni taukey babi jual kandang'

    dengan alasan, setiap kali dia carik kesalahan saya secara tak lansung peluang carik makan tu berkurang.

    bila klien tengok track record saya ja yang salah, bila dia nak salah ye tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesabaran juga ada hadnya .. memang kita kena pertahankan periuk nasi kita.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.