Wednesday, June 2, 2010

KACAU .. KACAU !

Ini komen saya dalam entri sebelum ini. Mungkin tiada yang baca. Saya pindahkannya ke sini.

1. HARAP2 20 TAHUN LAGI KITA MASIH DAPAT BERBLOG SEPERTI SEKARANG. INSYAALLAH.

2. TUA AKAN DATANG SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK. KALAU DI "MODIFY" PUN MUKA, KUDRAT TETAP SAMA. MACAM KERETA VW ANTIK DI MODIFY JADI PORSCHE. LARINYA MACAM TU GAK !

3. TEKNIK TUKAR WAJAH NI UNTUK SUKA2 BOLEHLAH. SEBAB ? MALAM TADI SAYA CUBA GAMBAR CUCU SAYA. SELEPAS DI TRANSFORM, MUKANYA MEMANGLAH JADI TUA, TAPI GIGIGNYA MASIH BELUM TUMBUH. ADA KE MENASABAH !

4. SAYA TIDAK DAPAT LAGI MELAWAT BLOG DAN MEMBERI KOMEN SEPERTI BIASA SEBAB SUDAH KENA SEKATAN. NANTILAH SAYA CERITA DALAM ENTRI SAYA SEKEJAP LAGI.

---------------------------------------------------------------------------------

Ini lah entrinya ...



Nampak tak apa yang saya nampak ?


"Content blocked by your organization"

Pagi tadi bila buka jer komputer saya lihat ada satu entri baru dari En. Relevansokmo.

Macam biasa secara senang hati saya pun klik lah ... tapi telah di sekat oleh pemilik kedai jahit saya. (Bedebah)

Saya cuba pulak masuk ke blog-blog orang lain, jawapannya sama juga.

Tidak mahu mengalah, saya cuba nasib pulak masuk ke laman Facebook saya.

Tulisan "Content blocked by your organization" juga terpapar di skrin. (Bedebah)




Maka akan menjadilah saya seperti seekor penyu
yang ke'seekoran' mencari cinta
Ya .. mencari cinta dalam "Hidup Tanpa Chinta" (HITACHI)



Jadi fahamilah kenapa selepas ini
saya tidak lagi dapat masuk ke blog anda semua
dan memberi komen seperti biasa
dari kedai jahit saya. (sob sob)



p/s: nasib baik menghantar dan komen entri sendiri masih boleh lepas lagi !

Tuesday, June 1, 2010

20 TAHUN LAGI .. BIIZNILLAH !

20 tahun lagi, beginilah rupa ku.

itu kalau tak hisap dadah .. !



tak nak cuba ke ? klik di sini

TERKENANG SEMASA DULU 11 - ISTANA DI KOREA SELATAN.

... sambungan dari entri sebelum ini. (klik)


Gambar 5. Di belakang "ISTANA"

Dia orang ni cekap betul. Kita cekap tak betul. Siang-siang  dia dah ambil nama ISTANA untuk letak sebagai nama salah sebuah kenderaan keluaran negara mereka. Nanti bila kita sendiri nak guna, dah tak boleh ... melanggar hakcipta lah, paten lah, capdagang lah dsb. (Tak tahulah saya kalau perkataan Istana tu ada juga dalam bahasa Korea. Ada sesiapa tahu ?)

Tetapi kita pulak guna nama entah apa-apa kat kereta kita ...

ISWARA
EXORA
VIVA
ALZA
AUTA (opps .. mana ada !)


Gambar 6: Di apit oleh dua orang cewek, satu Korea satu Indonesia.

Yang cewek Indonesia ni ke mana saja saya pergi dia suka ikut.  Saya tidak tahu kenapa dia tidak mengikut sorang lagi peserta lelaki dari Indonesia. Agaknya saya masa itu masih kiut lagi dan nampak "harmless". Tetapi dia cukup baik walau pun dia anak jutawan di Indonesia.

Saya pernah di jemputnya dari Jakarta (dengan kereta BMWnya) di bawa ke rumahnya di Bogor untuk bertemu suami dan keluarganya. Dia juga pernah saya jemput datang ke kuarters saya di Putrajaya semasa dia mengikuti satu seminar di Kuala Lumpur. Tapi sekarang dah terputus hubungan. Harap-harap dia bacalah entri ini dan meninggalkan e-melnya untuk saya hubungi.

Masuk cerita lain pula. Cuba perhatikan gambar bumbung bangunan lama, betul2 atas kepala cewek Korea tu. Itu adalah Namdaemun Gate (klik !) yang menjadi salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan orang-orang Korea. Tapi sayangnya pada 10 Februari 2008 ia telah dibakar oleh sorang penduduknya yang khabarnya tidak berpuashati terhadap majikannya. Orang Malaysia jangan tiru pulak ya !



 Gambar 7 - Ihsan Google:  Sayangnya kan ... !

Saya juga turut di bawa melawat pelbagai tempat seperti kilang besi, kilang buat kereta (hyundai), pusat R & D Samsung, muzium, tempat bershopping, pertunjukkan kebudayaan dll. Seronok naik bas ... basnya ikut lorong khas di tengah-tengah highway. Macam istimewa rasanya !

Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan untuk dikongsi bersama.


Gambar 8. Peserta2 Kursus dari Negara2 ASEAN bergambar
di depan pusat latihan (KOICA).



Gambar 9:  Nak Pergi Shopping Tempat Orang Kampung. 
  (Namdaemun Market). Klik ! Punylah luasnya ...



Gambar 10: Bermalam di Kyongju salah sebuah bandar di selatan Seoul.



Gambar 11: Saya pun nak pegang orang Korea gak !
( pemandu bas kami yang sepatah haram pun tak tahu cakap omputih )


p/s:  tak adalah best sangat sambungannya kan ... buang karan YB jer !