"Unseemly behaviour -The Chinese are said to be the world's second worst tourists, after Americans" - China Daily.
Tinjauan yang dibuat pada bulan Mac lalu oleh "Living Social" sebuah laman e-commerce yang berpangkalan di USA mendapati rakyat China merupakan pelancong yang ke dua teruk di dalam dunia selepas rakyat Amerika.
Akibatnya Kementerian Pelancongan China telah mengeluarkan buku panduan kepada penduduknya yang ingin melancong ke luar negara.
Versi antarabangsanya yang bertajuk "Manual on Proper Behaviour for Chinese Citizens Travelling Abroad" mengandungi arahan yang antara lainnya ialah:
1. Mengekalkan kebersihan diri (jangan buka stokin atau kasut di tempat awam).
2. Jangan bercakap terlalu kuat.
3. Layan orang lain dengan budibahasa dan merendah diri.
4. Tunggu giliran semasa berada dalam barisan.
5. Makan secara senyap.
6. Beri keutamaan kepada kaum wanita, warga emas dan kanak-kanak.
7. Lindungi alam sekitar (jangan membuang sampah merata-rata, jangan meludah atau merokok di kawasan larangan merokok).
Panduan itu telah diedarkan kepada agensi-agensi pelancongan di China, pemandu pelancong dan juga pejabat-pejabat menjual tiket kapalterbang.
Kalau orang China ada manual untuk panduan rakyatnya yang melancong ke luar negara, saya rasa elok kita pinjam manual itu untuk rujukan rakyat kita secara harian semasa berada dalam negara. Kenapa pula semasa berada dalam negara ? Sebab orang kita biasanya akan berkelakuan baik semasa berada di luar negara.










