Dulu saya pernah buat satu entri bertajuk "Tuah Ayam Nampak Di Kaki" di sini. Itu sebablah tajuk entri kali ini ada perkataan 'lagi'.
Hari ini, 19 haribulan Mei, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, rasmi menjadi Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri atau KDN. KDN adalah sebuah kementerian yang besar di mana di bawahnya teradapat beberapa Jabatan penting seperti PDRM, Penjara, Imigresen, Pendaftaran Negara, AADK, JPAM, RELA, Pendaftaran Pertubuhan.
Sudah tentulah tugas dan tanggungjawab sebagai KSU sangat berat. Namun begitu, saya berkeyakinan dia mampu menggalasnya dengan baik.
Berikut adalah beberapa keping gambar di mana saya berkesempatan bersama dia di suatu masa dulu.
Gambar 1: Saya duduk di kiri sekali dan dia berdiri di tengah-tengah.
Gambar 2: Kebetulan pulak kita menyanyi menghibur hati sendiri sambil berdiri sebelah menyebelah. Saya di kanan sekali yang segan-segan tu.
Gambar 3: Dia juga hadir di majlis perkahwinan saya punya anak pada tahun lepas.
Gambar 4: Gambar terbaru kami. Semasa saya menghulurkan henfon kepada kawan saya memintanya mengambil gambar, saya ada berkata "tolong ambil ambil gambar aku dengan bakal KSU KDN .."
(Sila abaikan gambar durian Musang King itu)





