Monday, November 5, 2012

PADANG BESAR TAPI SESAK.

Balik raya di rumah mertua saya tak berapa lama dulu, macam biasa saya dan anak-anak akan pergi ke Padang Besar. Walaupun saya tahu ia sesak, tapi tetap nak juga pergi  menambah kesesakan yang ada. Lihatlah video dan gambar-gambar di bawah sebagai buktinya.


Video 1:  Sila klik video di atas untuk merasakan suasana hingar bingarnya.


Gambar 1: Memang sesak tapi tiap kali bali ke Perlis, pasti anak-anak ajak datang ke sini.


Gambar 2: Bersempitan-sempitan dan 'berlengas' di tingkat atas. Bukan ada beli apa pun kecuali makanan ringan.

  
Gambar 3: Tetiba mata saya terlihat seorang gadis melukis baju 't' secara bebas (free hand) dengan begitu cekap dan cepat sekali. Kelihatan ramai orang beratur menunggu giliran untuk membeli.


Gambar 4: Memang senang nak cari duit kat Malaysia ni, asalkan rajin, kreatif, inovatif dan cun !



p/s: saman parking hari tu, sudah pun saya selesaikan di IPD Bahau.


Sunday, November 4, 2012

UNDANGAN KE PERTEMUAN BLOGGER.





Saya merasa bertuah kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah pertemuan blogger pada kali ini seperti butir-butir berikut:

Tarikh: 18 November 2012.
Hari: Ahad
Masa: 2.00 - 5.00 petang.
Tempat: Di rumah saya di Lavender Heights, Senawang.

Maklumat selanjutnya boleh diperolehi dari blog Kakcik di sini kerana saya telah menyerahkan kepada beliau dan kawan-kawanya untuk mengurusetiakannya.

Dengan itu saya dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menjemput para blogger ke pertemuan tersebut  pada tarikh, hari dan masa seperti dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak dapat berada sepenuh masa sepanjang pertemuan tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah berada dari jam 3-4 petang kerana acara kemuncak akan diadakan pada waktu itu. 

Saya bercadang untuk mengadakan kuiz yang mana soalannya berkisar kepada blog, diri dan keluarga saya serta yang berkaitan dengan geografi dan adat resam Negeri Sembilan. Terima kasih kerana tiada bantahan.  Hadiahnya tidaklah mahal, tapi yang pastinya ia tidak ada dijual di Giant atau Tesco ataupun MyDin. Sampel hadiahnya adalah seperti gambar di bawah.


Sesiapa yang berhajat untuk hadir tetapi tidak tahu alamat rumah saya, sila emailkan alamat penuh anda kepada saya supaya dapat saya kirimkan pelan untuk ke rumah saya. E-mail saya: hamzah761@yahoo.com






Saturday, November 3, 2012

MEMENUHI PERMINTAAN CIK EKA.



Atas permintaan Cik Eka itu, saya telah mengedit dan menerbitkan semula sebuah entri lama yang agak popular sedikit masa lalu.

Memang letih kerja mengedit ini tambahan pula tangan saya sudah tidak lagi berapa stabil. Kena banyak kali buat dan itulah hasilnya yang terbaik yang boleh saya persembahkan.

Entri yang saya maksudkan ada di sini.