Atas permintaan beberapa pembaca iaitu Puan Mamamin, Annie dan Alvin (walupun macam perli je) , saya beri lagi 5 sebab mengapa saya tidak buat rumah terbuka tahun ni.
6. Saya tak nak ada kawan kecik hati sebab tak jemput mereka. Ye lah kadang-kadang tu terlupa, kadang-kadang terlepas pandang. Bukan tak nak jemput. Dia orang ni pun satu, kalau tukar nombor telefon bukannya nak beritahu. Jadi kalau tak buat rumah terbuka, tak timbul lah masalah tu.
7. Saya tak nak mengganggu jalan. Kalau saya buat rumah terbuka, saya kena pasang khemah atas jalan depan rumah saya sebab kawasan rumah saya sempit. Nanti susahlah orang nak lalu-lalang. Disebabkan saya nak buat rumah terbuka, jalan jadi tertutup pula.
8. Saya tak mahu seorang Mamat tu datang. Dia tak tahu saya tak suka dia datang. Kalau saya buat rumah terbuka dia pasti datang. Tak payah jemput. Dengan tidak membuat rumah terbuka, dapatlah mengelakkan daripada Mamat tu datang. (Untuk pengetahuan, Mamat tu dah 7 kali keluar masuk Hospital Bahagia).
9. Saya tak nak kawan katerer saya marah. Dia pernah pesan, kalau nak buat rumah terbuka, mesti ambil dia. Tapi masakan dia tak sedap. Kalau saya nak buat rumah terbuka, terpaksa ambil dia. Tanpa saya tak buat rumah terbuka, tak adalah saya menimbulkan kemarahan dia.
10. Sebenarnya saya malas nak fikir dan buat macam-macam. Pergi jemputan rumah terbuka orang lagi senang. Biarlah dia orang fikir dan buat itu semua. Bak kata Finaz, buat rumah terbuka tu tak wajib, tapi memenuhi jemputan rumah terbuka itu wajib. Saya harus akur dengan nasihat yang baik itu !
.
.