Thursday, October 11, 2012

TEKSI KUALA LUMPUR NOMBOR 1.

 
Pihak LondonCabs.co.uk telah meletakkan Malaysia pada kedudukan nombor 1 dalam ranking  "Top 10 cities with the worst taxi drivers". Kata mereka pemandu-pemandu teksi di KL "telah diketahui mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan, menyimpang dari jalan yang sepatutnya serta enggan menggunakan meter". Reputasi ini sebenarnya adalah memalukan. Akan tetapi dilihat dari sudut lain,  ia telah berjaya meletakkan nama KL sebaris dengan bandar-bandar besar yang lain,  mengalahkan pemandu teksi di kotaraya Eropah dan Amerika seperti Rome - nombor 2; Paris - nombor 4; New York - nombor 5 dan Zurich - nombor 7. 

Mulanya saya tidak kisah sangat membaca keputusan ranking tersebut hinggalah saya membaca akhbar The Star pada 6/10/12 yang sekali lagi meletakkan cerita pemandu teksi di muka hadapan seperti keratannya di bawah.


Gambar wartawan akhbar The Star yang menyamar menjadi pelancong.

Saya sendiri sudah lama sangat tidak menaiki teksi di Kuala Lumpur. Kalau ada pun  adalah menaiki teksi dari KLIA ke rumah yang menggunakan sistem kupon. Jadi saya tidak tahu setakat mana benarnya dakwaan tersebut.   Tetapi laporan muka depan akhbar The Star bertarikh 6/10 yang saya sebutkan di atas telah mengesahkannya kebenarannya melalui penyamaran yang dilakukan oleh salah seorang wartawannya yang berwajah macam orang putih.

Saya percaya, tentulah ada pemandu teksi di KL yang baik tetapi bilangan mereka bukanlah majoriti. Mungkin pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" tidak sesuai digunakan di sini. Rasanya lebih tepat kalau diubah kepada "kerana nila secerek, rosak susu sebelanga".

Saya pernah juga merasa menaiki teksi di beberapa buah negara seperti Amerika, London, Jepun, Indonesia dan terbaru di Saigon.  Saya harus mengatakan bahawa pemandu teksi di London adalah yang paling berbudi bahasa dan arif tentang jalan-jalan di London. Mungkin juga saya bernasib baik mendapat pemandu teksi yang baik.


Gambar saya semasa menaiki teksi di London pada tahun 2003 - kelihatannya rambut saya masih banyak lagi yang hitam.

Di bandar-bandar besar di Amerika pula kebanyakan pemandu teksinya adalah pendatang asing dari Benua Asia. Masa saya duduk di Amerika dulu banyak kali saya menaiki teksi yang dipandu oleh pendatang asing yang beragama Islam dari Asia Barat. Barangkali itulah sebabnya pemandu teksi di New York turut tersenarai di tempat ke - 5 kerana ".. many not actually know the area".

Bolehlah anda berkongsi pengalaman menaiki teksi di sini !

21 comments:

  1. Saya pernah naik teksi dari Hospital Ampang Putri ke rumah saya yang pada masa itu tambangnya tak mungkin lebih dari RM4, tapi pemandu teksi membawa saya melului jalan jauh dimakna saya terpaksa membayar hampir RM 10... Tak banyak beza kannnnnnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali suruh dia duduk belakang .. bagi kita bawa teksi dia. hehe

      Delete
  2. Kalau ke KL biasanya saya guna sistem kupon. Tapi bila mahu balik semula kadang-kadang terkena juga dengan teksi yang tak mahu guna meter ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu tak ada maknanya meter dipasang .. buat sakit hati jer.

      Delete
  3. Top ranking yg memalukan. Mungkin sebab kos sara hidup semakin tinggi buat mereka jadi begitu. Negara lain sebab mereka bukan org tempatan itu yg tak tahu lokasi dituju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ikutkan negeri lain, contohnya Jepun dan UK, lagi tinggi kos sara hidupnya.

      Delete
  4. Sy banned teksi sejak dpt tahu pengalaman dr kwn yg kenakan tambag mhl walhal jarak jalan cuma sekangkang kera. Sgp bersesak dlm rapidkl. Serius!

    Oleh itu Pakcik, mari kita bertepuk dan bersorak-sorai di atas kejayaan Malaysia merangkul tmpt pertama.

    =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau penumpang tak halalkan tambang yang tidak berpatutan, sampai bila pun hidup takkan senang.

      Delete
  5. itu belum pergi mesir lagi pakngah..masa saya kat mesir penah nak bertumbuk dengan pemandu teksi sebab dia naikkan harga , asalnya sepatut hanya 10 geneh aje yg dipersetujui..bila sampai destinasi dia mintak 20 geneh..alasannya jalan jammed..apa lagi..otak saya pun jammed lah dengan perangai arab nih...sy bayar 10 geneh dan terus blah...HAHA ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau negara Arab lagilah dahsyatnya .. pemandu bas kat Mekah pun kena beri 'rasuah' baru bas jalan tak sangkut2.

      Delete
  6. memalukan sebenarnya. dalam berkempen budi bahasa budaya kita last2 itu yg muncul?

    ReplyDelete
  7. Masa saya bekerja di hotel dulu, rasa sungguh malu bila banyak pelancong asing merungut sebab ditipu pemandu teksi. Dan teksi tu pulak, kita yang panggilkan untuk bawak pelancong tu. Bayangkanlah, ada pemandu teksi pura-pura tak tahu jalan, dan ikut jalan yang jauh semata-mata nak untung lebih.. Memang layaklah dapat ranking nombor 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya masing-masing mengesahkan apa yg dilaporkan oleh akhbar tersebut.

      Delete
  8. saya dah tak berani nak naik teksi , tak kiralah dimana2 pun...pernah alami kejadian yang sangat menakutkan...walaupun saya selamat tapi rasanya cukup-cukuplah...

    semoga Tuan Haji akan lebih banyak kisah untuk dikongsikan...jangan peram tulisan lama2 ya...dan kalau boleh biarlah draft yg tersiar akan terus berganti baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. deraf entri di bawah segmen "Terkenang Semasa Dulu" pun rasanya ada 30 lagi yang belum tersiar.

      saya bimbang tak punya cukup masa utk lawat blog pengomen ..

      Delete
  9. TOP 10 BAGI SESSUATU YANG BURUK.. MALU LA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu memang memalukan .. sebenarnya banyak lagi perangai buruk orang kita yg memalukan.

      Delete
  10. teksi kolumpo? hah.. kalau dengar org slanga lain sikit dorang mesti katok punya. saya selalu terkena sebab saya kan org kedah . slanga pun pekat giler. Asyik dok pusing kat building tu je berkali kali.

    sib baik company bayar. kalau idak bernanah poket gak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak patut .. tak kisahlah kalau company yg bayar.

      Delete
  11. Ayah bonda pemandu teksi uncle...sejauh mana kebenaran fakta tersebut bonda kurang pasti. mungkin benar...kerana nila secerek...habis rosak susu sebelanga ^_^

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.