Monday, November 29, 2010

YANG DITUNGGU TAK TIBA.




Kemana orang lain ni tak sampai-sampai .. ?
Janji nak ambil gambar pukul 8.30. Ni dah dekat pukul 9.
Ambil gambar sorang-sorang pun best juga ..
bukan selalu dapat macam ni. Hehe !
.
.

SAYA SUKA KALAU KENA TAG MACAM NI - HARAP2 BEN ASHARI PUN SUKA !


Saya telah ditag oleh GadisBunga. Saya kopipes peraturannya dalam Bahasa Inggeris yang mudah seperti berikut:

Peraturannya adalah:
 
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"

Saya suka tag yang semacam ini kerana kita tak terikat dengan soalan kerana tidak ada soalan nak dijawab. Cuma tulis 25 perkara, fakta, habit atau matlamat  secara rambang tentang kita. Maknanya kita bebas nak tulis apa saja tentang kita dalam skop yang ditetapkan itu.

Bagus juga sebab banyak juga tentang diri kita yang orang lain tak tahu dan sebaliknya.  Mari kita mulakan. 


1. Saya berumur 56 tahun ++.
2. Saya dilahirkan di Kampung Serting Hilir, Negeri Sembilan dan membesar di merata tempat.
3.Saya sudah bersara secara pilihan di penguhujung tahun 2007 pada usia 53 tahun.
4. Dilantik semula oleh YDP Agong secara kontrak untuk tempoh 3 tahun dan akan tamat pada bulan Jun tahun 2011. 
5. Kalau dapat sambung 3 tahun lagi, bagus juga. Kalau tak dapat, saya akan berblog secara sepenuh masa hingga boleh mencapai Tahap 6.
6. Saya berkahwin pada tahun 1980 dengan orang Perlis dari Kampung Alor Sena (Tak jauh dari Tasik Melati)
7. Saya mempunyai lima orang anak. 3 perempuan dan 2 lelaki.
8. Anak yang sulung, perempuan sudah berkahwin dan berumur 30 tahun.
9. Anak yang bongsu, lelaki berumur 9 tahun ++
10. Saya suka bertukar-tukar kereta. Hingga hari ini sudah lupa berapa banyak kereta saya dah pakai.
11. Saya geram kalau tengok motor kapcai lalu ikut lorong paling kanan dan diberi hon pun masih tak mahu ketepi.
12. Saya suka buat 'collection' benda2 kecil, macam keychain, mug, topi dan sebagainya.
13. Satu hobi saya yang kekal sejak dari belum bersekolah sehingga kini ialah memancing ikan.
14. Saya tidak suka dan tidak tahu bermain golf tetapi tidak memusuhi pemain golf kecuali mereka memusuhi pemancing.
15. Saya suka lauk keladi dan cendawan .. tak kisahlah apa jenis.
16. Saya tak berapa gemar makan pizza. Selain tak sesuai dengan selera, ia juga mahal.
17. Saya meminati pasangan arwah P.Ramlee dan Saloma.
18. Tokoh yang masih hidup yang saya kagumi adalah Dr. Mahathir.
19. Saya tidak menghisap rokok. Orang lain nak hisap, hisaplah asalkan jangan dalam kereta saya.
20. Apa yang menggembirakan saya ialah bila entri saya ada orang baca dan komen.
21. Apa yang menyedihkan dan menakutkan saya ialah bila komen, usikan dan teguran saya disalah erti.
22. Saya tidak pandai masak tetapi saya dapat membezakan masakan yang sedap dengan yang tak sedap serta sangat menghargai orang yang pandai masak.
23. Negara  luar yang saya teringin nak lawat adalah Jepun.
24. Satu sikap buruk saya ialah, malas nak tengok e-mel, kadang-kadang dah sampai beratus2 baru saya baca.
25. Saya cadang nak lawat MAHA tapi bila tengok kereta beratur maha panjang langsung tak jadi.
26. Harapan saya ingin mati dalam iman dan masuk ke syurga. Insya-Allah.


Walaupun dia minta 25, saya bagi 26.  Dr Singa ..cukuplah 26 kot.

Saya cuma nak tag seorang sahaja. Harapan untuk dia respon adalah tipis tetapi apa salahnya mencuba.  Orang yang dimaksudkan ialah Ben Ashari seorang ikon dalam dunia blogging. Saya percaya orang lain pun nak tahu beberapa sisi lain tentang dia.  

.
.

Saturday, November 27, 2010

DAH SIAP KENAPA NAK DIBUKA ?


 Utusan Malaysia:12.11.2010 - Masjid pasang siap dibuka.


Mula-mula baca tajuknya agak mengelirukan.

Kenapa pula masjid yang sudah siap, hendak dibuka. Selepas membaca keseluruhan rencana, fahamlah saya bahawa sebuah masjid telah mula digunakan di Inuvik, Kanada berhampiran Kutub Utara. Subhanallah.  Masjid itu di tempah di Manitoba dan di bawa ke Inuvik dengan menempuh jalan darat dan air sejauh 4,000 kilometer.

Begitulah susah payahnya orang Islam di sana yang jumlahnya dilaporkan hanya sekitar 80 orang, hendak menunaikan ibadat secara berjemaah dengan sempurna. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Kita di sini (termasuk sayalah tu), masjid di sebalik dapur pun kadang-kadang malas nak pergi !



p/s: Kalau lah ada tanda koma ( , ) selepas perkataan siap, kan lebih jelas. Tetapi itulah cara orang surat khabar bahkan blogger juga untuk menarik perhatian pembaca.
.
.

Thursday, November 25, 2010

3 HARI 2 MALAM DI KUCHING.

Saya sampai dari Kuching petang semalam. Sangat letih. Banyak aktiviti yang memerlukan saya berjalan semasa di sana. 

Kat KLIA pun boleh tahan juga jauh berjalan sebab pintu masa berlepas dan balik semuanya jauh-jauh belaka. Kalaulah ada perkhidmatan kereta sorong dalam airport tu, mahu saja saya menggunakannya.  

Jemput lihat sebahagian gambar yang saya ambil di sana menggunakan henfon blackcurry cap babas saya.



Gambar 1: Saya suka hotel ini. Nak cebok senang. Nak sembahyang ada sejadah dan jadual masa di sediakan. Sterika dan papan tempat menggosok pun turut di sediakan.  Nak shopping pun senang kerana hotelnya berkembar dengan shopping complex.  Tak payah keluar bangunan. Akibatnya, di luar kesedaran, saya  telah terbeli beberapa barangan yang sebenarnya boleh di beli di Seremban.



Gambar 2: Ramai orang tak tahu ada masjid di tengah-tengah deretan kedai di sini. Masuk pintu sebelah sini, boleh tembus sebelah sana. Macam lorong tikus. Hanya orang yang tahu sahaja, yang tahu.




Gambar 3: Gambar bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru di Petrajaya yang cantik dan unik nun jauh di seberang sungai.



Gambar 4: Pertama kali makan ayam penyet. Boleh tahan juga sedapnya. Kalau tak penyet, mungkin lagi sedap kot ! Kalau ada rezeki ke sini lagi, saya mahu cuba lagi.



Gambar 5: Dari seberang sungai Sarawak, nampak hotel yang saya duduki. Ada kawan terjerit-jerit bila bot yang kita naiki untuk menyeberang teroleng-oleng !




Gambar 6: Kalau tak pergi ke kedai jual kek lapis Sarawak tak sah.  Dari gambar2 yang ditampalkan kat dinding kedai ini, saya perhatikan ramai artis dari Semenanjung yang dah sampai. Yang belum sampai pun ramai juga.
 


Gambar 7: Saya tertarik dengan produk yang boleh dihasilkan dari buah Dabai termasuk Pizza. Saya tak sempat nak cuba.


Kesimpulan.

Saya melihat Kuching adalah sebuah bandar yang indah,  bersih termasuklah sungainya, lalulintas teratur (tidak ada orang yang cilok-mencilok macam kat KL), penduduknya yang sangat peramah, makanan yang sedap (termasuk apam baliknya yang rangup) dan perhubungan antara kaum yang nampak sangat harmoni.

Sangat jauh kemajuannya berbanding semasa saya bekerja di sini pada tahun 1980 - 1981 dahulu.

.
.

Monday, November 22, 2010

STESYEN KERETAPI BAWAH TANAH DI MOSCOW.

Dalam entri saya sebelum ini saya ada memuatkan gambar tempat-tempat menarik di Iran.

Kini saya paparkan pula kecantikan senibina stesyen keretapi bawah tanah di Moscow, Russia. Sungguh saya amat kagum dan terkesima dengan keindahan setiap stesyen yang ada. Kalau dekat-dekat macam Rembau, mahu saja saya pergi melawat ke sana minggu depan.

Selama ini saya ingatkan Rusia itu mundur dan daif. Sungguh berjaya propaganda negara kapitalis barat merosakkan fikiran saya. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Ia dihantar oleh rakan sekuliah saya di Universiti Malaya.

Nikmatilah keindahannya.













Amacam ? Jauh sangat bezanya dengan stesyen keretapi kita di Malaysia kan ! Terasa negara kita macam negara sedang membangun pulak.

Sekarang jemput lihat keindahan Iran pula (kalau belum lihat lagi).



p/s: esok seawal 6 pagi akan ke KLIA mengambil penerbangan 8.10 pagi untuk tugasan di Kuching, Sarawak dan akan balik pada hari Rabu ini. Mohon didoakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.
.
.

Friday, November 19, 2010

"TAKE FIV5" - GAMBAR-GAMBAR MENAKJUBKAN DARI I.R.A.N UNTUK HALWA MATA.

Saya pos semula gambar2 ini kerana dalam entri terdahulu 
tidak ada dinyatakan nama2 tempat berkenaan.

*******************************************************

Biarlah gambar yang bercerita. Cuma nak beritahu kesemua gambar ini adalah 
tempat-tempat menarik di negara Iran.
Seorang kawan saya berbangsa Cina yang menghantar kepada saya melalui emel.
Saya ingin bekongsi menikmati keindahannya dengan anda. 
Mungkin ramai di kalangan kita tidak tahu
ada tempat-tempat seindah ini di negara Iran.
Saya sendiri pun belum pernah sampai ke Iran.
Cuma mungkin pernah melalui ruang udara dia sahaja kot.
Dan saya pun tidak pernah terfikir Negara Iran seindah ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.





Gambar 1:  Oroomieh Lake, North Western Iran




Gambar 2: Outskirts of Shiraz - Iran






Gambar 3: Ramsar - Northern Iran





Gambar 4: Saayeh khosh - southern Iran





Gambar 5: Chehel Sotoun Palace Pavilion - Isfahan





Gambar 6: Layalestan - Gilan, Northern Iran.





Gambar 7: Vank Cathedral, Isfahan.





Gambar 8: Marble Palace, Tehran.





 Gambar 9: Shahzadeh Gardens -Mahan - Kerman





Gambar 10: Kohgiluyeh & Boyer Ahmad Province - Iran





Gambar 11: Bagh -e Eram Palace @ Gardens, Shiraz








Gambar 12: Izeh - South - Western Iran





Gambar 13: Aali Gaapou - Isfahan , Iran






Gambar 14: Uramanat North-Western Iran





Gambar 15: Chahar Bagh Avenue - Isfahan






Gambar 16: Village of Roodbarak - Norhtern Iran





Gambar 17: Lahijan - Guilan Province , Iran





Gambar 18: Mansion in Mazanderan - Northern Iran





Gambar 19: Margoon waterfall





Gambar 20: Asalem - Khalkhal - Northern Iran





Gambar 21: Oroumieh Lake - N.W. Iran





Gambar 22: Traditional Persian outdoor teahouse





Gambar 23: White Bridge - Ahwaz, South-Western Iran





Gambar 24:  Waterfalls near Shiraz - Iran




Gambar 25: A serene Lake in Guilan, Northern Iran






Gambar 26: Winter night in Isfahan





Gambar 27: Cottage in Northern Iran.





Gambar 28: Pear Orchard - Shiraz





Gambar 29: Latian Lake near Tehran





Gambar 30: Museum of Fine Arts, Tehran.





Gambar 31: Arg-e Kola Farangi - Birjand , Iran



Gambar 32: Sistan & Baluchestan province





Saya memang benar-benar kagum dan terpesona dengan keindahannya.
Sebelum ini saya fikir hanya negara-negara barat sahaja yang cantik.

.