Friday, December 31, 2010

MALAM INI MALAM TAHUN BARU.




akan ada pertemuan
akan ada perhimpunan
akan ada rempit-rempitan
akan ada sorak-sorakan
akan ada nyanyi-nyanyian
akan ada tari-tarian
akan ada minum-minuman
akan ada himpit-himpitan
akan ada keriangan
akan ada pergaulan
akan ada percampuran
akan ada yang tidak karuan.

akan ada sorak-sorai menghitung hari berganti
akan ada pertunjukan bunga-bunga api
namun acara masih belum berhenti
akan diteruskan sampai ke dinihari
mungkin terlajak sampai ke terbit matahari.
kita lihatlah hasilnya selepas 9 bulan nanti.

hasil apakah yang akan mari  ?
itu lu kena pikirlah sendiri.




.

PETUA NAK BAGI ORANG SAYANG KAT KITA.

Siri Jelajah Maya - Rantai Kunci Ke 2.





Rantai kunci ini saya beli kat Oxford Street, London.
Masih baru. Kertas labelnya pun masih lekat lagi.
Saya sayangkannya kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan.


Saya dapati sekurang-kurangnya ia ada 5 kegunaannya.


1. Sebagai rantai kunci,

2. Boleh mengetip kuku,

3. Boleh membuka tudung botol,

4. Boleh dibuat batu ladung (sinker) untuk memancing,

5. Boleh dibaling kat orang yang selalu memekak kat bilik kita.



Moral cerita : Manusia pun begitu juga .. makin banyak kegunaan dan kepandaian, maka makin sayang orang kat kita. Sebagai contoh kalau seorang imam itu dalam masa yang sama boleh mengubatkan orang, memperbaiki kenderaan dan pandai memasak misalnya, tentulah dia akan disayangi oleh orang setempat. Kalau ia ditukarkan, mungkin ada yang tunjuk perasaan. Dan begitulah sebaliknya. Kan ?

.

Hari ni cuti dan Isnin minta cuti nak hantar Ifa masuk sekolah Tingkatan 1. Maka bolehlah blogwalking puas-puas.

.

Thursday, December 30, 2010

3 HARI 2 MALAM DI KOTA BHARU.

KAKCIK,YUS, KTS, MAMA ZHARFAN, ANIF, UST ABD RAZAK, ZULKBO, IMANSHAH, AKUANAKPAHANG, DINAS ALDI, RELEVAN, IBUINTAN, SAHROMNASRUDIN, SAYANGSAYANGIBU, UMMI HUMAIRA, KAKZAKIE, JEJARI HALUS, DR SINGA, GADISBUNGA, PAISH, MIECYBER, AUJINZ, CEMPAKA, MISZ SEPHIA, CIK SHINJU, AZ, ABANG TEMUK,  ROSNANIE, HAJARUS, ASADA RYUTARO, KUCINORENGEMUK, TIJAH, CKLAH, SHA, MONALEA, ZOOL@TOD,  ABU MUAZ, LYDIA MIZA, FA*ATIP, KAK ERNA, HONEY BUNNY, HIDIER, POK LI, ARDINIMUHUMAIRA, MAKDARA TERDIVA, AMY SYAQUENA, MENTIBANG LAUT, YB.

Terima kasih atas kesudian anda berkunjung dan meninggalkan komen pada beberapa entri saya yang lalu. Saya minta maaf tak dapat balas komen anda satu persatu macam selalu kerana berada di luar kawasan. Maaflah kalau ada nama yang tercicir.

.............................................................................................................................

Sekarang masuk entri hari ini.

Kali terakhir saya ke Kota Baharu adalah pada bulan Puasa yang lalu. Ada saya buat entri di sini. Kali ini saya datang lagi, dan menginap di hotel yang sama. Perjalanan agak terganggu sedikit kerana hujan berterusan. Cuma berhenti sekejap-sekejap sahaja. Terpaksalah mengusung payung ke sana ke mari.







Gambar 1. Di Klia. Nak tunjuk beg baru, beli kat Kuching tempoh hari yang masih "kurus"



Gambar 2. Makan tengah hari kat Restoran Nasi Ulam Cikgu. Ramai orang terpaksa beratur untuk mendapatkan tempat. Kalah KFC.



Gambar 3. Singgah tempat orang buat batik dan tengok orang tengah mencanting



Gambar 4. Pekan Pengkalan Kubor. Tak ramai pengunjung walaupun cuti sekolah. Sebabnya barang-barang yang dijual banyak dijual di Wakaf Che Yeh dengan harga yang lebih murah pula. Baik beli kat Wakaf Che Yeh.




Gambar 5. Dengan rakan-rakan di pasar malam Wakaf Che Yeh sebelum membawa haluan masing-masing dan bertemu semula di kenderaan seperti masa yang dijanjikan (walaupun taklah tepat sangat).



Gambar 6. Singgah beli serunding tempat kilang membuatnya. Rumah tokeh (wanita) dibelakang kedai punyalah besar, kalah rumah saya. (Tak nampak dalam gambar)



Gambar 7.  Minum teh o panas di tepi sungai Kelantan.



Gambar 8. Arah kiblat dipasang juga di padang letak kereta.




Gambar 9. Termenung memikirkan "pitih" yang dah habis beli baju kelawar yang di pesan oleh anak2 dan makngahnya.




Gambar 10. Saya ingatkan 'come' 'come' tu mari-mari .. rupanya comel comel.


Pemerhatian.

1. Budaya berniaga sangat subur di kalangan orang Melayu Kelantan. Mereka terlibat dalam semua bentuk perniagaan.

2. Kanak-kanak, gadis sunti dan pemuda telah mula berniaga tanpa rasa segan silu. Mereka patut di contohi oleh mat rempit yang gemar merempit di Jalan Senawang.

3. Semua peniaga amat ramah ramah dan bijak dalam teknik menjual sehingga menyebabkan kita kadang-kadang tertukar fikiran daripada tak nak beli kepada beli dan daripada membeli satu terbeli dua.


.

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA BOLEH !


http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/2010_AFF_Suzuki_Cup_logo.png




dari buluh di buat lidi
mari diraut di waktu petang
hanyakah jaguh di kampung sendiri
merebut takhta di laman orang ?



syabas Malaysia !!!

.

siaran selari di dua blog.

Tuesday, December 28, 2010

SAYA MASIH DI KOTA BHARU. KELANTAN. MAAF TAK DAPAT JAWAB KOMEN. SUKAR GUNA HENFON.

Monday, December 27, 2010

BAGAIMANA SAYA MENGHABISKAN HARI MINGGU SAYA.

http://i27.photobucket.com/albums/c182/kuyeen/ms%20autoparts/IMG_0681-1.jpg
Kalau nak tahu inilah rupanya eksoz kereta. Sumber carian Google.


Cerita 1.

Hari tu kereta Kelisa Makngahnya ada bunyi. Dia bawa pergi kedai.. "eksoz bocor .. RM250"  katanya menalipon saya kat ofis sambil memberitahu harganya.
"Mahalnya  .. nantilah kita buatkan".  Saya fikir tentu dia dikenakan oleh taukeh yang nak ambil kesempatan ke atas perempuan.
Hari ini saya pergi buat. Nasib baik ada kedai buka.  Bila selesai, tak fasal-fasal kena RM800. Nasib baik Makngahnya tak "pulangkan paku buah keras". Penyudahnya saya tertukar absorber, karbon penapis habuk, gajet menahan gegaran gempa bumi dan ada dua tiga benda lagi yang saya nak sebut pun tak reti. Kata foreman tu, baik tukar sekarang untuk menjaga kesihatan sebuah kereta secara keseluruhannya. 
"Lain kali tak boleh tukar ke ?" saya tanya pada awalnya.
"Lu punya suka lah .. tapi lain kali upah kira lain" jawab dia.
"Pulak dah". Kata saya dalam hati.
"Kad kredit kita pun terima" .. dia mencadangkan sambil mencuba nasib.
"Ok tukarlah" Kata saya, demi kesejahteraan kereta Makngahnya.

Lalu segera saya teringat entri saya ini. (klik)

............................................................................................

Cerita 2.

Masa saya sedang menunggu kereta Makngahnya dikerjakan, ada seorang pemuda duduk sebelah saya tanya,
"Kalau tukar eksoz besar, JPJ tak kacau ke ?"
"Tak pernah dengar pulak" jawab saya sejujurnya.
"Saya nak tukar yang besar sikit, tapi takut bunyinya tak lulus oleh JPJ".
"Tak reti saya nak jawab"" kata saya dan seterusnya bertanya tempat kerja dia.
"JPJ Seremban". Jawabnya ringkas tanpa rasa bersalah.
"Kalau begitu awak patut lebih tahu". Kata saya separuh geram.
"Tapi saya kerja bahagian pejabat". Dia membalas.
"Tapi takkanlah awak tak ada kawan kerja bahagian teknikal atau kejuruteraan". Hujjah saya.
"Banyak .. tapi sorang pun tak jawab SMS saya". Jawabnya selamba.

Patut ke saya layan orang macam ni ?

...................................................................................................

Cerita 3.

Tak lama selepas tu ada sebuah kereta Kancil merapati bengkel.Tayar sebelah kiri depannya kempis habis.  Dua orang wanita, saya kira awal 30an turun.
Lalu segera didekati oleh pekerja bengkel.
"Nak tukar ekzos"  kata pemandu kereta itu tanpa sempat ditanya.
"Lu punya tayar pun pancit maa". Kata pekerja bengkel itu seraya menunjuk 
ke arah tayar kereta wanita itu.
"Ya Allah ...". Wanita itu separuh menjerit sambil menepuk dahinya.
Saya hanya mampu tersenyum. Dia boleh tak sedar tayar kereta dia pancit.
Malas nak komen lebih-lebih nanti ada pergerakan wanita marah kat saya.

Nota kaki:  Mula-mula ingat nak jadikan 3 entri tapi bila fikir stok entri dah banyak, publish jerlah sekaligus.

.

Sunday, December 26, 2010

1 BIJI 2 KALI SEHARI !


Pada masa ini saya tinggal di Seremban dan bekerja di Seri Kembangan. Semasa dalam perjalanan pergi balik, sempatlah saya memikir bahan2 untuk di muatkan ke dalam blog. 

Bila sampai ofis saya terus taip sebagai draf. Kengkadang tu, kalau bernasib baik, sampai 2-3 tajuk sekali dapat. Begitu juga semasa balik.

Sedar tak sedar, sekarang ni dah ada dekat 200 tajuk yang belum tersiar. Ada sesiapa berhajat nak beli ? 

Mungkin selepas ini saya kena buat entri 2 - 3 kali sehari. Tetapi saya bimbang pulak kalau ada orang cakap .. "kau tak ado kojo lain ko jang ?"

Salah satunya yang dah lama tersimpan, adalah entri fasal antibiotik.




Dia suruh saya makan 1 biji 2 kali sehari.

Persoalannya  .. ada beza tak kalau saya makan antibiotic tu 1 biji 12 jam sekali ?


Ada beza tak ?

.
.
.



Ada ?

Tak ada ?

Saya rasa ada.

Kalau makan 2 dua kali sehari ..

Maknanya jika saya makan pukul 8 pagi sekali dan 15 minit kemudian sekali lagi .. dah dua kali sehari kan ?


.
.
.

Apa kata Dr Singa ?



p/s: isu ini tertimbul mungkin saya dah terlebih makan antibiotic agaknya pada masa tu !

.

.

Saturday, December 25, 2010

BAGAIMANA SAYA MENGHABISKAN HARI KRISMAS.


Pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi dari Seremban singgah Ulu Kelang, ambil kakak, terus ke Gambang, Kuantan untuk menghadiri kenduri kawin anak sepupu saya. Syukri dengan Nadrah. Selamat pengantin baru dan tahniah kepada ayahnya iaitu abang sepupu saya yang mendapat menantu pertama.




Gambar 1: Cenderahati yang sangat saya hargai .. untuk menambah koleksi mug saya.



Gambar 2: Sempat bergambar dengan kedua mempelai di pintu masuk semasa nak balik.





Gambar 3: Dalam perjalanan balik, singgah di R & R Gambang untuk sembahyang. Nampak ada orang berkelah di sebelah gerai. Saya fikir mereka tentu bukan balik dari kenduri kawin !



Pemerhatian: Semasa doa di bacakan, lucu tengok ada orang menadah sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi melambai-lambai kenalan. Ramai juga yang menadah tangan sambil berjalan mencari tempat duduk.

Ada juga yang menadah tangah sambil menghantar SMS.

Kalau nantinya doa tidak dimakbulkan, faham faham sahajalah.


.

Friday, December 24, 2010

CANDID CAMERA .. KOMPANG KENDURI KAWIN.

Minggu lepas saya pergi dua kenduri kawin saudara sebelah saya. Satu kat Tampin dan satu lagi kat Jelebu. Saya sempat merakamkan 'scene'  yang menarik menggunakan henfon saya seperti di bawah.





Video di atas sepanjang 27 saat  kenduri kat Jelebu. Boleh pulak gaduh-gaduh sambil main kompang ... Elok pulak tune tak lari !




Video di atas sepanjang 36 saat yang saya ambil dengan penuh berseni, sambil mengiringi pengantin lelaki masa kenduri kat Tampin.



.

Nota kaki: Siang tadi kat ofis dah buat entri ini tapi tak jadi. Balik rumah godekgodekgodek godekgodekgodek, baru jadi.


.

CUBA CARI PERSAMAAN.

Sebelum ini sudah 3 kali saya buat entri "Cuba Cari Perbezaan"  iaitu di sini dan di sini dan di sini. Hinggakan ada sorang blogger tanya, "Cuba Cari Persamaan" tak ada ke ? Bagi menyempurnakan hajat blogger tersebut, saya usahakan entri ini.


Gambar 1.


Gambar 2.


Gambar 3.



Gambar 4

Siapa pandai cari persamaan di antara Gambar 1 & 2 dengan Gambar 3 & 4 ? 

Dan gambar-gambar mana yang anda rasa lebih lawa ? 


.

Thursday, December 23, 2010

INGATKAN DIA NAK ROMPAK SAYA TADI.

Laporan Terkini.

Kejap tadi saya suka-suka taip 'rompak saya' kat Google Search .. lihat dapat nombor 1 kat carian Google. Terima kasih blogger akuanakpahang yang memberi ilham untuk buat macam ni. Patut kah saya berasa seronok ?



........................................................................................

Doofus




Semalam dalam perjalanan balik dari tempat kerja, saya singgah di sebuah bank untuk mengeluarkan wang. Ada beberapa orang berurusan kat mesin ATM. Saya perhatikan ada seorang teruna yang saya yakin mamat Bangla sedang berdiri di tepi dinding dengan kelakuan yang agak mencurigakan.

Bila semakin hampir giliran saya hendak mengeluarkan wang, dia pun semakin mendekati saya. Akhirnya tinggallah kami berdua. Saya rasa cuak juga. Manalah tahu dia hendak merompak saya. Tapi bila saya jeling-jeling dengan ekor mata saya, saya berkata dalam hati

mamat ni rasanya aku boleh "makan" ..

Sebaik selesai urusan saya dan ingin beredar, dia menghampiri saya seraya berkata:

'tolong abang' sambil menunjuk-nunjukkan kad ATMnya.

Fahamlah saya. Rupanya dia nak minta tolong. Saya cuba cakap Melayu, dia menggeleng. Saya cakap Inggeris, dia juga menggeleng. Saya pula belum belajar cakap Bangla. Saya tidak tahu samada dia hendak mengeluarkan wang, menyemak baki atau membuat pemindahan wang.

Tetapi dari isyarat tangannya saya tahu dia hendak mengeluarkan wang. Lalu saya mengisyaratkan supaya dia memasukkan kad ATMnya dan menekan nombor PIN. Dia pun berbuat demikian.

Kemudian mesin tu tanya dari Akaun Simpanan atau Akaun Semasa. Saya tanya dia yang mana satu. Dia pun terpinga-pinga. Dengan menggunakan KomenSen, saya pun tekan Akaun Simpanan. Kemudian mesin tu tanya lagi jumlah yang di kehendakki. Saya tunjukkan kat dia angka mana yang dia hendak di antara RM50 sehinggalah RM1,500.

Saya perhatikan dia gelisah bila meneliti angka-angka itu.

Setelah dia tak tahu nak membuat keputusan, sekali lagi dengan menggunakan KomenSen, saya tekan angka RM50. Keluarkan kenyataan yang kalau tidak silap saya lebih kurang begini

"baki wang dalam akaun tidak mencukupi"

Lalu saya tekan menu untuk memeriksa baki. Saya dapati dalam akaunnya cuma berbaki sebanyak RM53.00 sahaja. Setelah saya tunjukkan baki yang ada, lalu dia mengisyaratkan 4 jari kepada saya. Saya tekan 'lain-lain jumlah' dan seterusnya memasukkan angka 40. Duit sebanyak RM40 pun keluar. Dia pun tersenyum dan cepat-cepat mengambil duit itu dan berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Tak apalah.

Pengajaran dan kesimpulan.

1. Orang yang tak tahu cakap Melayu atau Inggeris pun boleh hidup di negara kita.

2. Jangan cepat berburuk sangka dengan orang (ditujukan kepada diri sendiri).

3. Saya adalah seorang yang boleh dipercayai dan boleh diminta pertolongan, sekurang-kurangnya pada pandangan Mamat Bangla tu. Jadilah !

..............................................................................................................................

Siri Jelajah Maya - Rantai Kunci 1




Rantai kunci ini memang sudah lama saya cari-cari.
Ejaan nama saya dalam huruf Jawi. Nampak tak ?
Sila baca dari kanan ke kiri. hehe.
Ia saya beli di Damsyik, Syria beberapa tahun dulu.

Sekian. Sehingga bertemu lagi di rantai kunci ke 2.

.

Wednesday, December 22, 2010

PERKENALKAN DIRI.




"Saya Datuk Seri Dr Haji Syed Mat Deris" ... ada orang perkenalkan diri dia.


.
.
.

Kalau begitu boleh tak saya perkenalkan diri saya macam ni:

"Saya tak ada Datuk Seri, tak buat PhD dan bukan keturunan Syed, Haji Hamzah"

Ye lah .. kalau orang ada Datuk Seri, lulus PhD, dah buat Haji dan berketurunan Syed boleh perkenalkan diri macam tu, tak kan saya tak boleh pulak.

Dari segi teknikalnya, saya rasa boleh ... tetapi dari segi 'urf atau resamnya, tak pernah lagi di buat dek orang. Jadi tak jadilah saya perkenalkan diri macam tu. Bimbang saya dianggap bukan dari spesis homosapien.

Lagi pun saya bukan sahaja setakat tak ada Datuk Seri, tak buat PhD dan bukan keturunan Syed tetapi juga saya tak ada Ferrari, Yacht, Kedai Donat ... dan banyak lagilah.



Apa pendapat anda ?

.
.

TAK SEMPAT NAK KARAOKE.



Kami sampai ke rumah pengantin dah dekat pukul 3 petang, agak lewat sedikit, sebab sebelum itu kami pergi memenuhi satu jemputan kahwin lagi di tempat lain.

Setelah beramah mesra dengan keluarga pengantin, kami pun pergi mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet.

Selepas itu kami mengambil tempat duduk yang strategik dekat dengan tempat orang berkaraoke. Sebaik duduk DJ pun berkata-kata:

"Sekianlah sahaja persembahan dari kami untuk kali ini.
Kami memohon maaf di atas apa-apa kesilapan dan kekurangan kami.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan kami sendiri.

Assalamualaikum" .

Maka makanlah saya dengan Makngahnya berdua-duaan dengan tenang sekali tanpa sebarang gangguan yang memekakkan.

(Ciss .. apalah salahnya dia orang nyanyi sampai habis kita orang makan)


p/s: masa sekolah menengah dulu saya ada masuk pertandingan menyanyi. Daripada 8 orang peserta yang mengambil bahagian, saya dapat nombor 9.


.

Tuesday, December 21, 2010

TERIMA KASIH BLOGLARIAN.

Saya amat berterima kasih kepada BlogLarian. Pertama kerana menerima saya menjadi keluarganya dan kedua kerana mempromosi contest saya baru-baru ini.

Tidak ada yang lebih membahagiakan kepada seorang blogger selain dari entri dan blognya dibaca dan dikunjungi orang.

BlogLarian  ? Apa dia Bloglarian ? Kalau nak tahu silalah klik kat sini !

Memang impak BlogLarian cukup besar dan hasilnya sungguh di luar dugaan, walaupun saya menyertai BlogLarian belum pun sampai dua minggu lagi. 

Lihat sahaja carta-carta di bawah.




Carta 1: Entri contest saya mendapat 3,450 pageviews. 
Bandingkan dengan pageviews yang tertinggi selama ini hanya mampu
mendapat 308 pageviews sahaja.




Carta 2: Referring Sites pula mencatat sebanyak 2,984. Masih di atas sekali.




Carta 3: Referring URLs  pula sebanyak 2,323 jauh mengatasi angka 615 yang diperolehi oleh dikjabloglist yang telah pun berusia lebih setahun. 



Carta 4: Yang Rajin Singgah (visitors) pula mencatat angka 1,416 mengatasi
semua pengunjung sebelum ini.



p/s: dalam pada itu kalau bosan-bosan ..  apalah salahnya singgah merapik kat sini !



.

KISAH PERGI LANGKAWI 3 - NAK HABISKAN CERITA DALAM SIMPANAN.


Nampak macam betul-betul. Jangan betulkan skrin komputer anda !


Macam orang lain juga, saya sebenarnya telah banyak kali pergi ke Langkawi. Sudah tak ingat jumlahnya. Samada pergi berseorangan atau dengan keluarga.
Atas urusan rasmi atau bercuti. Kali pertama saya melangkah ke Langkawi adalah pada tahun 1978 iaitu kira-kira 32 tahun dulu.

Dan yang terakhir adalah dari 11 hingg 14 Disember 2010 yang lalu.
Sayang, gambar lawatan pertama entah ke mana. Berikut adalah gambar-gambar lama  yang saya terjumpa.

Lawatan Fasa 1.


Gambar 1: Mac 1985. Pakai 'baju belukar' masa tu !


Gambar 2: Bercuti dengan keluarga. Menyewa kereta (kecik jer) untuk ronda-ronda.



Gambar 3:  Ketiga-tiga anak saya kini sudah berumur 
di antara 26 hingga 29 tahun sekarang.


Gambar 4: Sekarang ni kat Makam Mahsuri dah macam-macam ada.


Gambar 5: Kami tak masuk Air Hangat Village.. takut melecur poket !


Lawatan Fasa 2.



 Gambar 6: Di Jeti Kuala Perlis. Budak lelaki yang besar itu adalah budak yang sama
seperti dalam gambar 2,3,4 dan 5 di atas.


 

Gambar 7: Ifa dan Iqal masih berdukung lagi. Sekarang dah tahun 4 dah tahun 6.


Gambar 8: Iqal dalam mood yang serius !




Gambar 9: Iqal  mesti buat perangai .. bapanya tak pasal2 cekak pinggang
Macam Wonderpet !


Gambar 10: Yang saya cekak pinggang tak habis-habis ni kenapa ? 


Gambar 11: Kali ini dia orang bagi guna Mercedeslah pulak. Masa tu kereta ni baru keluar. Macam orang kayo meronda kotaraya Langkawi.



Gambar 12: Di jeti ke mana tumpahnya Kuah .. menunggu feri untuk balik  ke Kuala Perlis.
Muka pun antara senyum dan tidak.


Gambar 13: Kesian Iqal terpaksa minta sedekah ke hulu ke hilir untuk buat tambang feri 
sebab duit makayah dia dah habis beli minyak gamat !

.
.
.

Monday, December 20, 2010

PEMENANG CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA ADALAH ...



Tugasan yang telah diberikan ialah:


"nyatakan nama negara luar yang pernah saya
pergi / tajuk entri yang berkaitan / tarikh ia disiarkan". 

Adapun negara luar yang pernah saya pergi dan dinyatakan dalam entri sebelum ini adalah:

1. United Kingdom. 
2. Amerika Syarikat.
3. Jepun.
4. Korea Selatan.
5. Indonesia.
6. Arab Saudi.
7. Afrika Selatan.
8. Perancis.
9. Switzerland.
10. Jerman.
11. Syria.
12.Jordan.
13. Mesir.
14. Dubai, UAE.
15. Thailand.
16. Kanada.

Jawapan yang kurang daripada itu di kira tidak tepat dan jawapan yang lebih dari jumlah itu di kira tidak betul. Negara lain yang tidak tersenarai  pun tidak dapat di terima, walaupun memang ada negara lain lagi yang saya pernah pergi, tetapi tidak disebutkan dalam mana-mana entri.

Ada tiga peserta yang berjaya menjawab dengan betul, mengikut susunan yang mula diterima:


Walaubagaimana pun memandangkan Yus telah memberikan jawapan betul yang mula-mula di terima, saya perlu patuh kepada syarat yang telah di nyatakan di Para C (1): 

Kalau ada jawapan betul yang sama, jawapan yang mula-mula diterima akan dipilih.


... maka pemenangnya adalah ~Yus~.  Tahniah Yus ! 

Kepada yang lain-lain yang tidak menang, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengambil bahagian. Jangan kecewa. Mungkin kali ini  belum rezeki anda.

Ulasan Penganjur.

1. Ini adalah contest pertama anjuran saya. Tentulah ada kekurangan di sana sini.  Insya-Allah akan saya perbaiki pada contest akan datang. 

2. Saya tahu memang susah nak melaksanan tugasan yang diberikan. Macam memasuki pertandingan 'mencari harta karun' ..  kena faham betul-betul arahannya.  Itu sebab saya tak bercadang hendak membahagi-bahagikan hadiah itu. Lagipun nilainya tidaklah sebanyak mana.

3. Saya sebenarnya tidak pasti adakah orang yang ingin mengambil bahagian. Agak memeranjatkan saya, pembaca yang baru atau yang jarang-jarang mengikuti blog saya ramai yang mengambil bahagian. Contohnya Yus baru sahaja mengikuti blog saya.

4. Chik Shinju juga baru mengikut blog saya. Yang menariknya dia boleh meneka pekerjaan saya.

5. Yang paling saya terharu ialah penyertaan dari Padel seorang 'team members' BlogLarian.  Saya langsung tidak menjangka  dia akan turut serta kerana beliau tentu banyak kerja mentadbirkan BlogLarian.

6. Sebagai  tanda penghargaan saya (walaupun asalnya tidak ada) kepada Padel dan Cik Shinju, saya cadang nak beri "top-up" henfon bernilai RM50 kepada Padel dan RM30 kepada Cik Shinju tanpa menyentuh hadiah utama.  Kopak aku bulan ni.  Kalau sudi menerima, sila tinggalkan nombor henfon anda di dalam kotak komen. Jangan bimbang, nombor itu saya tak akan publish.

7.  Ada juga beberapa orang blogger yang memberi jawapan hampir tepat yang cuma miss satu negara sahaja. Misalnya Nadia, beliau blogger yang pertama  mengemukakan jawapan.   Dia beri jawapan yang hampir tepat kira-kira empat jam selepas  contest ini dipublishkan. Dia cuma miss satu negara sahaja iaitu Jepun. Padahal dia dah jumpa entri itu. Saya pun tertanya-tanya bagaimana dia boleh menjawab dengan begitu pantas sekali.

8. Selain dari Nadiah, ada juga beberapa orang blogger yang memberi jawapan hampir tepat yang cuma miss satu negara sahaja. Misalnya Acu Sayang tak masukkan Mekah, Arab Saudi;  Shaa tak masukkan Kanada dan peserta terakhir Haszuraidah juga tidak memasukkan Mekah. Tentang Mekah ni memang saya tak ada sebut, tapi saya ada nyatakan pergi menunaikan Haji. Ke mana lagi kalau bukan ke Mekah ! Manakala Misz Sephia pula memang ada menyebut Arab Saudi tetapi tidak menyatakan entri serta tarikhnya. Maka terpaksalah saya tolak. Sayangnya !

9. Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih daun keladi yang khusus kepada BlogLarian kerana mempromosi contest ini. Ia sungguh berkesan. Setakat jam 8.30 pagi, 20hb. Disembar,  entri contest ini telah mendapat 2,856 pageviews !


Panjang pulak ulasan hakim ni !



Khusus buat Yus. 

Saya ingin menyampaikan hadiah itu melalui pemindahan wang samada melalui CIMB atau Maybank. Sila beri nama akaun dan nama penuh anda di kotak komen dalam entri ini. Maklumat itu juga tidak akan  saya publish.  Kalau Yus tak ada  akaun di bank itu, boleh guna akaun suami, adik-beradik atau sesiapa sahaja yang boleh di percayai yang mempunyai akaun di bank-bank tersebut !

Nota Kaki:

Terus terang .. saya sendiri tidak ingat entri yang berkaitan negara-negara yang saya sudah pergi. Nasib baik ada gajet "cari" atau search seperti yang terdapat di penjuru atas sebelah kanan tu. Tak sampai 10 minit dah jumpa semua. Tak percaya cuba taipkan Kanada atau Jepun. Tengok apa jadi !

.

MARILAH MASUK CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA !





Hari ini bilangan follower saya sudah sampai 300 orang. Taklah ramai mana berbanding Manis Zalikha atau Den Ashaari. Apa yang penting kualiti, bukannya kuantiti (alasan klise yang dah terlebih guna).

Sempena dengan bilangan itu, saya nak anjurkan satu contest yang menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Sahaja). Sebelum ini saya tak pernah buat contest lagi. Entah jadi entahkan tidak. Kalau ada kekurangan, harap maaf dan saya bersedia menerima teguran.

Tugasannya senang sahaja dan jawapan semuanya ada dalam entri-entri saya yang lalu.

Apa yang anda perlu buat hanyalah:

"nyatakan nama negara luar yang pernah saya
pergi / tajuk entri yang berkaitan / tarikh ia disiarkan".

(Jika lebih dari satu entri untuk satu negara yang pernah saya pergi, memadai dengan menyebutkan satu entri sahaja sebagai dalil)

Contoh jawapan:

1. Indonesistan / Jalan-jalan di kebun buaya tapi tak jumpa / 31 Ogos 2010.

2. ...... , dan seterusnya.


Terma dan Syarat.


A. Yang Wajib.

1. Buat satu entri tentang contest ini dan linkkan ke blog ini.

2. Lekatkan banner di atas dalam entri tersebut dan juga di sidebar dan biarkan di situ sehingga keputusan disiarkan.

3. Mesti menjadi follower. Kalau belum, sila jadi follower dahulu.

4. Jawapannya hendaklah diberi di ruangan komen entri ini sahaja.

5. Tag 3 rakan blogger anda untuk turut serta.


B. Yang Di Larang.

1. Anak-anak dan saudara-mara al-lavendari tidak dibenarkan menyertai contest ini.


C. Yang Lain-lain.

1. Kalau ada jawapan betul yang sama, jawapan yang mula-mula diterima akan dipilih.

2. Tarikh tutup kontes ini adalah 10 hari dari sekarang dan pemenangnya akan diberitahu dalam blog ini.

3. Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri kerana sudah pasti saya tahu ke mana saya sudah pergi.


Selamat mencuba dan semoga berjaya.




.

Sunday, December 19, 2010

PEMBERITAHUAN MASA TUTUP CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA.


Assalamualaikum.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian.

Perkara di atas di rujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa contest pertama anjuran saya akan di tutup pada 20 Disember 2010 jam 8.00 pagi. Selepas dari jam tersebut, penyertaan dan juga kotak komen akan ditutup.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Yang benar;

al-lavendari @ pakngah @ hamzah abd hamid @ dsb.

.
.

Saturday, December 18, 2010

SONYUM SOKOJAP 22 - BANDUAN SENGAL 1

Satu hari di kamar hakim.

Hakim: "Dari keterangan yang ada dihadapan saya, awak di dapati bersalah melakukan kesalahan seperti di dakwa. Sebelum saya menjatuhkan hukuman, ada apa-apa awak nak cakap?"

OKT: "Ada, Yang Arif. Sebenarnya bukan saya yang mencuri Yang Arif, tapi tangan saya ini (sambil mengangkat tangan kanannya) Yang Arif"

Hakim: "Kalau begitu baiklah. Memandangkan ini adalah kesalahan awak yang pertama, saya jatuhkan hukuman 3 kali sebat dan penjara 6 bulan ke atas tangan awak".

OKT: "Terima kasih Yang Arif" teratakian_oyehh.gif


*OKT = Orang Kena Tuduh

.

Friday, December 17, 2010

SUAMI PUN BOLEH NUSYUZ TAU !


Utusan Malaysia - 1 Disembar 2010.


Saya petik sebahagian rencana di atas:

"Lebih menarik, Menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap 'nusyuz' terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:

1- Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).
2- Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.
3- Tidak membayar mahar.
4- Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.
5- Membebankan isteri.
6- Memperlakukan isteri dengan kasar.
7- Merosakkan martabat isteri.
8- Menghalau isteri tanpa alasan.
9- Menuduh isteri berzina tanpa saksi "


Makngahnya kata suami dia lulus secara keseluruhannya. Tapi tidaklah cemerlang sangat. Ada kemungkinan disebabkan hal No. 5 itu. Suami dia memang terkenal malas nak basuh pinggan.

Saya percaya semua blogger yang bergelar suami yang membaca entri ini, lulus kan ? Bagus ! Bagaimana pula komen para blogger yang berstatus isteri tentang suaminya (sila jangan mengumpat) ?

.
.