Thursday, July 28, 2016

BAHASA MELAYAU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 8: JANGAN PEDULIKAN DIA, MINTA BANYAK SIKIT.

 Gambar hiasan hasil carian Google.

Bahasa Melayu ini unik bukan pelik. Kalau kita bukan orang Melayu yang berbudaya Melayu mungkin pening bila bertemu dengan perkataan atau ayat tertentu. Saya beri dua contoh:

1. Minta banyak sikit !

Selalu sangat kita dengar ayat ini. Si peminta nak minta tambah tapi tidak mahulah banyak sangat. Maka dia mintaklah banyak sikit.

2. Pedulikan dia !

Perkataan peduli ini kalau mengikut DBP bermaksud "menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan". Akan tetapi kalau ada orang kata kat kita "pedulikan dia", ia sebenarnya bermaksud jangan hiraukan dia.  

Sepatutnya ayat yang betul kalau ikut nahu ialah "jangan pedulikan dia".

Namun begitu, saya percaya anda semua tahu apa maksudnya kan?

Jadi cintaialah BM kita kerana ia sangat unik dan cantik.

.....................................................................................

Sub-Entry: Lobai Salleh Part 3.

 Lobai Salleh pening bila memikirkan jawapannya bila anak bongsunya bertanya 'melihat anak bulan' dalam Bahasa Inggeris.


Monday, July 25, 2016

POLIS TAHAN IBU MANGSA ROGOL.




"Polis tahan ibu mangsa rogol yang merotan suspek". Begitulah tajuk kecil berita dalam akhbar The Star, 1 Jun 2014. Berita ini memberi peringatan kepada kita supaya jangan memandai-mandai menghukum pesalah kerana negara kita ada undang-undang. Di samping itu,  kita juga usahlah hendak menjadi juara dengan menggalakkan orang lain mengambil tindakan kepada pesalah apalagi suspek. 

Prinsip keadilah menetapkan bahawa 'seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah' harus dijunjung. Untuk membuktikan seseorang itu bersalah sehingga hukuman dijatuhkan, ada prosedur dan prosesnya. Antaranya ialah aduan, siasatan, perbicaraan, dakwaan, pembelaan, litigasi rayuan dan sebagainya yang saya sendiri pun tidak begitu arif dengan proses dan prosedur keseluruhannya.

p/s. Entri ini tertangguh lebih 2 tahun. Banyak lagi entri saya dalam bentuk draf yang saya buat semasa semangat sedang berkobar-kobar berblog dahulu. Ada antaranya yang sudah tidak lagi relevan.



Tuesday, July 19, 2016

TIGA PERINGKAT SAKIT HATI SEORANG PEMANCING.


 Gambar hiasan hasil carian Google.

 
Saya suka mengkelaskan sakit hati seorang pemancing kepada tiga peringkat.

Peringkat 1. Sakit Hati Tahap Kuning.

Bila kita tak dapat dan orang lain pun tak dapat.

Sakit hati tu sakitlah juga tapi taklah sakit sangat kerana bukan kita seorang sahaja yang tak dapat.  Kita juga boleh pujuk hati kita dengan mengatakan bahawa mungkin ikan atau udang dah habis.

Peringkat 2: Sakit Hati Tahap Jingga.

Bila kita tak dapat tapi orang lain dapat.

Sakit hati ini ditambah dengan rasukan perasaan cemburu, memberi kesan yang parah dan berpanjangan. Lebih-lebih lagi kalau orang lain tu dapat banyak.

Peringkat 3:  Sakit Hati Tahap Merah.

Bila kita tak dapat, tapi budak kecikyangbelummasuktadika yang duduk sebelah kita, dapat. 

Yang ini sakit hatinya sangat parah dan kesannya sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau budak tu dapat ikan atau udang yang besar dan banyak. Balik rumah, makan nasi pun tak lalu.


Saya tidak tahulah samada ada atau tidak pemancing yang hatinya langsung tak tersentuh kalau mengalami tiga situasi seperti di atas.



Friday, July 15, 2016

TERKENANG SEMASA DULU - 91 : LAGI CERITA PENGALAMAN RAYA DI AMERIKA SYARIKAT.

Hari raya di perantauan jauh dari keluarga dan kampung halaman tidaklah menjadi satu masalah besar kepada saya. Walaupun sesekali perasaan sayu itu ada juga menyelinap di dalam perasaan tetapi disebabkan ramai-ramai kawan-kawan dari Malaysia, perasaan itu segera hilang bila bersama-sama dan bergelak-ketawa dengan mereka. Tambahan pula, sebelum ini saya dan isteri pernah menyambut hari raya di Kuching, Sarawak yang juga jauh dari kampung halaman dan sanak saudara.

Selain dari itu bila memikirkan bahawa bukan semua orang berpeluang mengalami apa yang saya alami, timbul perasaan bersyukur pula. Syukur kerana terpilih untuk bertugas di sini dari ramai-ramai sahabat yang berminat untuk bekerja di luar negara terutama di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang masih ada dalam simpanan saya yang rasanya belum pernah tersiar dalam mana-mana entri saya sebelum ini.



Gambar 1: Gambar ini asalnya memang kelabu. Bukan saya yang kelabukan atau bukan mata anda yang kelabu.


Gambar 2: Mana-mana pegawai yang tinggal di rumah (bukan kondo), masing-masing punya laman atau kawasan belakang rumah yang luas. Ini belakang rumah salah seorang kawan yang buat rumah terbuka hari raya.


Gambar 3: Balik dari sembahyang raya di rumah salah seorang kawan dan jamuan hari raya. Bawa balik bekas kosong. 

 

Gambar 4: Bersama 'Head of Cancery" (yang pegang kamera) yang akhirnya beliau menjadi KSU Kementerian Luar Negeri.


Gambar 5: Menghadiri rumah terbuka hari raya di rumah salah seorang kawan yang juga dibuat dibelakang rumah dia.


Gambar 6: Sedang mengambil makanan di salah sebuah majlis rumah terbuka hari raya. Yang pakai baju batik tu Akauntan di pejabat tempat saya bertugas.


Saya pernah membuat entri di blog ini mengenai pengalaman saya beraya di Amerika Syarikat kira-kira 4 tahun lalu. Entrinya ada di sini