Tuesday, April 25, 2017

CERITA LAWATAN KE JEPUN # 3: MENGINTAI GUNUNG FUJI.

Sejak sampai pada 29 Mac malam dari Malaysia, hari ini sudah masuk tiga hari saya demam. Seluruh badan lemah longlai. Hari ini jadualnya nak pergi meninjau Gunung Fuji. Besoknya pula dijadual ke Disneysea. Saya fikir kalau saya pergi ke Gunung Fuji, besoknya saya tak mungkin larat untuk ke Disneysea. Antara Gunung Fuji dan Disneysea, saya pilih untuk melihat Gunung Fuji kerana saya rasa tak sah lawatan ke Jepun, kalau tidak melihat Gunung Fuji, sedangkan produk Disney merata tempat ada di dunia ini.

Dari homestay saya terpaksa naik teksi untuk ke stesyen keretapi Shibuya kerana sangat lemah untuk berjalan. Jaraknya cuma tak sampai 300 meter sahaja. Drebar teksi tu pun hairan kenapa ada orang menahan teksinya hanya untuk pergi ke tempat yang sejauh itu. Walaupun jaraknya hanya sejengkal, tambangnya adalah sebanyak 410 yen bersamaan lebih kurang RM17.

Pada mulanya saya ingatkan bila sebut melawat gunung Fuji bermaksud mendaki gunung Fuji ke paras tertentu, tapi rupanya hanya melihatnya dari jauh sahaja.  Pemandu pelancong kami membawa kami untuk melihatnya dari pekan Kawaguchiko. Ramai orang lain yang pernah mendakinya atau melihatnya dari tempat lain. Banyak yang telah ditulis oleh blogger mengenainya, kalau kita rajin menggugel.



Video 1. Pemandangan luar bandar Jepun dari dalam keretapi semasa dalam perjalanan untuk melihat Gunung Fuji bagi saya sangat cantik. 

 
 
Gambar 1: Dari dalam keretapi lagi sudah ambil gambar gunung Fuji, punyalah teruja, nampak sekerat pun jadilah.


Gambar 2: Sempat bergambar di stesyen keretapi bandar Kawaguchiko. Bandarnya kecik je. Rasanya besar lagi bandar Seremban. Hehe.


Gambar 3: Pintu gerbang ini menarik hati saya kerana nampak keJepunannya.

 

Gambar 4: Pekannya yang bersih dan lengang.


Gambar 5: Kami menapak dari stesyen keretapi menuju ke bukit tempat pemandangan kira-kira satu kilometer. Badan yang demam dan kudrat yang berkurangan menyebabkan saya rasa macam tak ada daya nak meneruskan perjalanan.


Gambar 6: Kelihatan tasik Kawaguchiko yang sangat permai di belakang saya. Sebenarnya gunung Fuji juga boleh dilihat dari bot tambang yang membawa pelancong. Tetapi kami buat keputusan untuk melihat dari puncak bukit.


Gambar 7: Menapak sambil mendaki bukit untuk ke stesyen kereta kabel memang sangat meletihkan bagi orang tua yang demam.

 

Gambar 8: Stesyen menunggu kereta kabel untuk membawa pengunjung ke puncak bukit.


Gambar 9: Berlatar belakangkan Tasik Kawaguchiko yang permai. Saya tak nampak pulak ada orang mancing ikan. Perasan tak kon biru sebelah kiri gambar tu ? Kalau kat Malaysia selalunya yang pernah saya tengok warnanya merah.


Gambar 10: Sebahagian bandar di pinggir tasik Kawaguchiko dari stesyen kereta kabel.


Gambar 11: Kereta kabel seperti dibelakang saya itulah yang mengangkut pengunjung ke puncak bukit yang entah apa namanya.


Gambar 12: Bergambar bersama semua anggota rombongan. Gunung Fujinya sedang ditelan awan. 

 

Video 2: Makngahnya yang memegang beg merah itu. Mungkin dia keletihan atau kesejukan atau pun kelaparan.


Gambar 13: Intai punya intai, puncak gunung masih lagi diselimuti awan.

 

 Gambar 14: Saya tidak dapat mengagak jarak gunung tersebut dari tempat saya berdiri ini. Rasanya hampir 30km kot.

 

 Gambar 15: Satu lagi gambar gunung Fuji yang mana awan masih lagi tidak bergancak dari puncaknya. Kalau ada masa dan rajin tunggu, mungkin dapat lihat puncaknya setelah awan berlalu pergi. Tapi kita tak ada banyak masa.

 

Gambar 16Hari ini 3/4/2017. Anggaplah percutian ni sebagai hadiah hari jadi  yang dibawa ke hadapan untuk Makngahnya yang jatuh pada 13/4.


Gambar 17: Tibalah masanya untuk beredar pulang. Bukan sahaja semasa naik kena beratur panjang, masa nak turun juga kena beratur ke tempat menunggu kereta kabel.


Gambar 18: Di atas puncak bukit tempat kami melihat gunung Fuji ini ada sebuah bangunan yang sedang di 'upgrade' bagi memberi keselesaan kepada pengunjung pada masa akan datang.


Video 3: Pemandangan gunung Fuji dari sebuah bukit di bandar Kawaguchiko. 

 

Video 4: Keadaan dan pemandangan dalam kereta kabel yang mengangkut kita ke atas dan kebawah tempat pemerhati.


Gambar 19: Kerana masing-masing sudah capek, kita buat keputusan naik teksi ke stesyen keretapi. Mungkin rezeki pemandu teksi ini untuk mendapat tambang dari kami pada hari ini.


Gambar 20: Macam biasa, saya akan beli satu ole-ole sebagai kenang-kenangan.

Memang perjalanan hari ini sungguh mencabar. Habis kudrat saya yang ada digunakan untuk membawa jasad ke tempat ini.  Namun saya rasa puas kerana impian untuk melihat gunung Fuji dengan mata kepala sendiri sudah tercapai. Sesampainya saya di tempat penginapan, rasa macam nak pengsan. Tapi saya terfikir juga, kenapa orang bersusah payah datang dari seluruh pelusuk dunia ke sini, hanya kerana ingin melihat gunung Fuji. Gunung je pun !




Ini gambar gunung Fuji di musim bunga yang saya jumpa hasil carian Google. Memang tidak dapat dinafikan gunung Fuji sungguh cantik. Allahuakbar.

Entri sebelum ini ada di sini.



8 comments:

  1. Alhamdulillah. Tercapai hasrat Pakngah menatap sendiri Gunung Fuji dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Namun bila Allah izinkan, pasti ianya tercapai juga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. namun begitu hasrat ingin mendakinya tidak lagi praktikal dgn umur dan tahap kesihatan pada masa ini.

      Delete
  2. Sikit ja gunung yang kena tutup ngan awan tu...

    Kalau makchaq pun pilih melawat fujiyama dari disneyland/disneysea..

    Untung makngah dapat hadiah harijadi bercuti ke Jepun dan melawat fujiyama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau kita ada masa tunggu lama sikit hingga awan itu beredar, dapatlah tengok puncaknya.

      Hadiah tu kecik je berbanding dgn jasa dia selama ini.

      Delete
  3. Alhamdulilah...berbunga bunga hati makngah bila dibawa berkembara kan..
    Ahamdulilah dapt sudah tengok wajah mt.fuji yang indah tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dia sehat walafiat sejak sampai hingga sekarang. Boleh bawak lagi.. hehe.

      Delete
  4. Alhamdulillah walaupun demam dan kudrat berkurangan sampai juga dan dapat melihat gunung fuji bersalut awan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kpd Allah atas limpah kurniaNya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Pakngah utk sampai ke sana.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.