Pada 24 haribulan yang lalu, saya terkejut mendapat pageviews sebanyak 10,931 manakala sehari sebelumnya pula sebanyak 1,638. Jemput lihat statistik di bawah.
Saya tidak percaya kebenaran statistik yang menyatakan ada kunjungan sebanyak itu. Tak masuk akal langsung. Keraguan saya bertambah lagi bila semak statistik audien. Saya dapati pengunjung teratas dari Belgium iaitu sebanyak 4,050. Apahal pulak orang Belgium ramai-ramai datang melawat blog saya. Saya pun bukannya ada membuat apa-apa entri yang menyebut nama negara tersebut. Pelik kan ?
Sebelum ini nak dapat kunjungan 500 pageviews sehari pun susah. Tiba-tiba melompat ke angka hampir 11 ribu.
Adakah ini satu cara syarikat yang memiliki blog menyedapkan hati para blogger agar terus berblog kerana sekarang ini berblog bukan lagi trending dengan adanya saingan dari fesbuk, instagram, whatsapp dsb. Atau ia adalah suatu usikan (prank). Ataupun kaunter pengira tu rosak. Entahlah.
Sunday, December 31, 2017
Saturday, December 23, 2017
TERKENANG SEMASA DULU - 98: GILA BERMAIN SALJI 3.
Hari ini (22hb. Disember) bermulalah musim sejuk di negara-negara hemisfera utara. Ramai petani-petani mereka yang kaya raya akan melarikan diri ke tempat-tempat yang bercuaca panas. Manakala orang yang dari negeri bercuaca panas pula, ramai yang bercuti kesana. Begitulah resam manusia, sentiasa ingin merasa apa yang mereka belum rasa atau yang tak ada pada mereka.
Saya rasa, dalam banyak-banyak gambar dalam simpanan saya, gambar bersama salji adalah paling banyak kerana bila jumpa sahaja salji, tak kira dekat rumah, pejabat, kompleks beli belah, lapangan terbang, tepi jalan dsb, pasti akan bergambar. Al-maklumlah kat Jempol mana pernah ada salji. Begitu juga kat kampung Makngahnya di Perlis. Tapi tak tahulah masa akan datang. Itu semua kuasa Allah. Jadi jangan jemu kalau melihat gambar orang kampung gila berjumpa salji.
Gambar 24: Buka je pintu dah berlonggok salji. Tak perlu pergi jauh-jauh.
Gambar 26: Saya datang ke sini atas tugasan menguruskan pelajar Malaysia yang hadapi masalah gangguan jiwa.
Gambar 27. Tepi jalan pun jadi juga ambil gambar.
Gambar 28: Di Andrew Airport Base, Maryland bersama kawan-kawan sepejabat menyambut ketibaan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
Gambar 31. Bergaya memegang gumpalan salji yang terkumpul di bumi. Lalu teringat air batu kepal kat Malaysia, tinggal bubuh sirap je.

Gambar 25: Tengok tu .. salji dah beku berjuntaian dari cucur atap.
Gambar 26: Saya datang ke sini atas tugasan menguruskan pelajar Malaysia yang hadapi masalah gangguan jiwa.
Gambar 27. Tepi jalan pun jadi juga ambil gambar.
Gambar 28: Di Andrew Airport Base, Maryland bersama kawan-kawan sepejabat menyambut ketibaan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
Gambar 29. Bergambar di sebelah kereta sapa ntah, janji nampak salji.
Gambar 30: Di belakang tu kelihatan rumah perahu tempat orang jual ikan segar. Ketamnya masih hidup lagi. Di sinilah saya mendapat bekalan hasil laut yang segar dan murah berbanding di pasar raya.
Gambar 31. Bergaya memegang gumpalan salji yang terkumpul di bumi. Lalu teringat air batu kepal kat Malaysia, tinggal bubuh sirap je.
Thursday, December 21, 2017
KISAH SAYA DENGAN CIKGU MOHD NOH.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Pada tahun 1966, semasa saya berada dalam darjah 6, nama saya tersenarai sebagai calon ujian untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Masa itu kalau tidak silap saya, hanya ada 3 buah sekolah berasrama penuh untuk murid lelaki iaitu MCKK, STAR dan SDAR. Memasuki salah satu sekolah tersebut merupakan cita-cita setiap murid dan harapan keluarga termasuk guru-guru sekolah kerana ia boleh menaikan nama sekolah mereka.
Saya masih teringat kepada jasa arwah cikgu Mohd Noh, guru kelas saya yang berusaha keras membantu saya menghadapi ujian itu. Dia membawa saya ke rumahnya selepas habis kelas setiap hari dengan membonceng motor Vespanya untuk diberi tuisyen peribadi pada sebelah malamnya. Di rumahnyalah saya makan, tidur dan belajar. Besoknya saya ikut dia pergi sekolah semula. Begitulah rutin saya untuk beberapa hari hingga ke tarikh saya ambil peperiksaan itu di Bentong. Dia jugalah yang uruskan pemergian saya ke Bentong.
Dia tidak minta satu sen pun bayaran dari keluarga saya untuk itu semua kerana dia tahu kalau dia minta pun, keluarga saya tidak mampu membayarnya.
Namun nasib saya tidak begitu baik. Saya ditakdirkan gagal ujian masuk asrama penuh kerana rupanya ada murid-murid lain yang lebih pandai dari saya. Namun begitu, budi baik dan pengorbanan arwah cikgu Mohd Noh akan tetap saya kenang hingga ke akhir hayat saya nanti. Mohon kawan-kawan sedekahkan bacaan Fatihah kepada arwah Cikgu Mohd Noh. Semoga rohnya tenang di sana bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Terima kasih.
Friday, December 15, 2017
BUKALAH MATA KEPALA DAN MATA HATI.
Empat jenis manusia berhubung dengan pengggunaan mata kepala dan mata hati:
1. Ada yang terbuka mata kepala serta terbuka mata hati - Sangat beruntung.
2. Ada yang cuma tertutup mata kepala tetapi terbuka mata hati - Untung.
3. Ada yang cuma terbuka mata kepala tetapi tertutup mata hati - Rugi.
4. Ada yang tertutup mata kepala dan tertutup mata hati - Rugi serugi-ruginya.
Maka janganlah jadi manusia dari jenis ke 3, apa lagi jenis ke 4. Jadilah manusia jenis pertama atau sekurang-kurangnya jenis ke 2.

Thursday, December 14, 2017
CERITA LAWATAN KE JEPUN # 6: GELANDANGAN.
Saya sempat mengambil 4 keping gambar seperti di bawah. Bukan untuk memalukan sesiapa atau saya sengaja mencari-cari aib negara orang, tapi saya terjumpa secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan melancong ke negara tersebut baru-baru ini.
Gambar 1: Cuaca di luar agak sejuk terutamanya pada sebelah petang membawa ke malam. Nasib baiklah ada tempat ini untuk berlindung dari angin sejuk dan hujan.
Gambar 2: Yang ini saya terjumpa dalam kawasan yang sama seperti gambar 1 di atas. Mungkin dia sudah lama bergelandangan kerana barang-barang di sebelahnya agak banyak. Mungkin juga itu milik kawannya yang dia tolong jagakan. Saya pun tak tanya sebab saya tak pandai cakap Jepun.
Gambar 3: Yang ini saya terjumpa dalam perjalanan saya ke taman awam melihat bunga Sakura.
Gambar 4: Yang ini saya terjumpa di kawasan yang sama dengan gambar 3 di atas. Dia tidak memakai pakaian yang tebal kerana hari sudah hampir tengah hari dan cuaca sudah agak panas. Agak sayalah.
Di Malaysia pun terdapat juga gelandangan yang tidur di kaki lima, rumah-rumah kosong yang tinggal atau di bawah jambatan. Namun mereka agak bernasib baik berbanding dengan gelandangan di Jepun dari segi cuaca kerana di Malaysia cuaca tidaklah sesejuk di Jepun. Bahkan di Cameron Highlands yang dikatakan sejuk itu pun belum pernah ada salji turun atau suhu jatuh di bawah 10C. Masa depan tak tahulah pulak.
Entri pertama mengenai lawatan saya ke Jepun ada di sini.
Wednesday, December 13, 2017
Monday, December 11, 2017
LOBAI SALLEH PART 3: MANGGA NI MANIS KE MASAM?
Gambar hiasan hasil carian Google.
Lobai Salleh: "Boleh pakcik tanya sikit. Mangga ni manis ke masam?"
Anak dara: "Manis pakcik .."
Lobai Salleh: "Betul ke .. nampak macam masam je"
Anak dara: "Gerenti manis pakcik".
Lobai Salleh: "Berapa harga se kilo?"
Anak dara: "RM8 .. tapi kalau pakcik ambil dua kilo, saya bagi RM15. Berapa kilo pakcik ndak?"
Lobai Salleh: "Tak apalah. Sebenarnya pakcik nak cari yang masam punya .. nak buat jeruk".
* Asal usul Lobai Salleh di sini.
Sunday, December 10, 2017
HARGAILAH BENDA-BENDA BURUK.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Jangan pandang hina kepada benda-benda buruk kerana benda-benda buruk milik kita sangat jarang atau kurang mendatangkan sakit hati berbanding benda-benda baru.
Contoh.
Selipar buruk kalau hilang, kita tak sakit hati.
Kereta buruk, kalau tercalar, kita tak berapa sakit hati.
Pakaian buruk, kalau tercarik kita kurang sakit hati.
Saya rasa cukuplah 3 contoh yang saya beri tu. Jangan melarat ke pasangan atau ahli keluarga pulak.
Thursday, December 7, 2017
NAK AMBIL KIRI KE KANAN?
Entri ini adalah sambungan dari entri ini.
Dalam perjalanan balik, pada persimpangan yang pertama kelihatan papan tanda di sebelah kanan tertulis KLIA dan papan tanda sebelah kira pun serupa ada tertulis KLIA iaitu jalan yang saya cari untuk balik ke Sereman. Masa datang tadi saya dari arah kanan tetapi agak banyak simpang siurnya.
Saya pulak belum pernah ikut kiri. Keputusan perlu dibuat segera sebelum lampu bertukar hijau. Nak ambil kanan ke nak ambil kiri? Hari sudah menunjukkan hampir 11 malam dan saya perlu balik juga ke seremban malam itu kerana esok pagi-pagi isteri saya ada urusan penting di tempat kami.
Kemudian terdetik dalam hati saya, "ah .. cubalah ambil simpang kiri, entah-entah lagi cepat dan dekat. Kalau sesat nanti, kita minta bantuan Googel Map"
Dipendekkan cerita, memang betul jalan yang saya ambil itu paling mudah dan cepat serta dekat untuk ke destinasi yang saya tuju. Alhamdulillah.
Pengajarannya: Jangan takut mencuba sesuatu yang baru
Wednesday, December 6, 2017
DARI FESBUK # 20: SAAT KU SEMAKIN HAMPIR.
Sepatutnya hari ini saya buat entri untuk segmen WW tapi tak jadi kerana dimunculkan oleh fesbuk entri saya dua tahun lalu yang sangat mengesankan hati saya seperti di bawah:
Post di atas melahirkan rasa hati kecil saya atas pemergian untuk selama-lamanya dua orang personaliti dari berlainan latarbelakang kehidupan. Mereka berdua dipanggil menghadap oleh Pencipta yang sama di usia yang sebaya dengan anak-anak saya. Dua baris pertama dalam rangkap pertama merujuk kepada arwah Pak Yus, pelawak popular dalam program maharaja lawak dan dua baris seterusnya merujuk kepada arwah Tunku Jalil, anakanda kepada sultan Johor sekarang.
Bila membaca kembali coretan saya itu, terasa benar syukurnya saya kepada Allah SWT di atas limpah serta izinNya saya diizinkan bernafas hingga ke saat ini. Dalam pada itu perasan saya semakin cemas kerana persiapan masih belum cukup untuk menghadapNya. Ya Allah ya Tuhan ku berilah daku sedikit waktu lagi agar dapat ku tambah dan perbaiki amal ibadat ku kepada Mu yang tidak seberapa ini. Amin.

Tuesday, December 5, 2017
TABIAT ORANG NOMBOR SATU
Sikap universal seorang pemimpin mana-mana parti politik :-
1. Mahu cakapnya didengar bukan dibantah.
2. Mahu semua penyokongnya beri taat setia sepenuhnya kepada dia.
3. Mana-mana personaliti yang boleh jadi ancaman akan dinyahkan.
4. Menjelang pilihanraya atau pemilihan parti, mereka akan memainkan isu yang dekat dihati pengundi. Lepas itu belakang kira.
5. Sebarang kesilapan musuh akan dieksploit sepenuhnya.
6. Sebarang kesilapan sendiri akan cuba ditutup sedaya upaya.
7. Bersedia bergabung dengan mana-mana pihak termasuk yang pernah jadi musuh ketatnya asalkan bawa keuntungan atau menyelamatkan dirinya.
8. Memperlekehkan apa sahaja program pihak lawan yang mendapat sambutan ramai.
9. Beri ganjaran kepada penyokong mereka atau golongan yang bersimpati dengannya.
Kalau sesiapa pun jadi pemimpin, sikap mereka pun mungkin seperti itu juga, sekiranya majoriti masyarakat merelakan perbuatan seumpama itu, kecuali orang itu benar-benar beriman dan takutkan Allah SWT.
Monday, December 4, 2017
Saturday, December 2, 2017
LOBAI SALLEH PART 10: DEMAM.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Dr. "Ubat ada lagi pakcik?"
Lobai Salleh: "Ada sikit lagi".
Dr. "Pakcik makan ubat tu pukul berapa?"
Lobai Salleh: "Pukul 7, pukul 8 dan pukul 9 pagi".
Dr. "Laaa .. kenapa dekat-dekat sangat masanya".
Lobai Salleh: "Salah ke? Kan doktor juga yang cakap makan 3 kali sehari. Tiga kalilah tu".
Siapa Lobai Salleh ? Klik sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)