Tuesday, October 27, 2009

SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK ?


Kerap kali kita dengar orang bercakap ... "seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak". Bahkan di mass media seperti di saluran tv dan akhbar2 arus perdana juga, ungkapan itu biasa di dengar atau di baca.

Soalnya perlukah disebut Sabah dan Sarawak setelah menyatakan seluruh Malaysia. Bukankah bila di sebut seluruh Malaysia, ia termasuk semua negeri yang berada dalam Malaysia? Apakah negeri Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam Malaysia? Bahkah kemasukan negeri-negeri tersebut ke Persekutuan Tanah Melayulah yang telah turut melahirkan negara Malaysia!.

Tidakkah kita berasa janggal bila mendengar kenyataan "produk tersebut boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak". Perlu apakah disebut termasuk Sabah dan Sarawak kerana semua orang tahu bahawa seluruh Malaysia itu termasuklah Sabah dan Sarawak. Faham-fahamlah bila sudah dikatakan di seluruh Malaysia itu, tentulah termasuk semua negeri yang berada dalam Malaysia.

Apa kata kalau kita terdengar kenyataan "produk tersebut boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Sembilan". Rasanya ramai yang melompat !

Saya rasa dengan berterusan menggunakan ungkapan "seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak" tidak akan membantu menjayakan gagasan 1 Malaysia bahkan mungkin akan mewujudkan rasa pengasingan pula.

Apa kata anda terutamannya orang-orang Sabah dan Sarawak?
.
.

43 comments:

  1. assalammualaikum

    saya buka orang sabah atau sarawak, tetapi saya setuju ngan ntri ini

    ReplyDelete
  2. seluruh malaysia-dah termas0k la tu

    kal0 sebut semenanjung malaysia baru x termas0k...

    ReplyDelete
  3. kerana pada mereka sabah dan sarawak itu sudah terpisah dari semenajung...macam mana nak 1malaysia

    ReplyDelete
  4. kalau "waktu berbuka puasa bagi negeri Sabah dan Sarawak termasuk seluruh Malaysia" lagi haru..hu3

    ReplyDelete
  5. kalau camtu tukar slogan la..2 malaysia..bkn 1 malaysia..ok tak?

    ReplyDelete
  6. salam..
    Komen San..

    satu cita2..
    blainan,rasa....he3

    ReplyDelete
  7. entri ni bertujuan utk sedarkan kita satu malaysia..tapi macam tak satu bila sabah dan sarawak macam terasing..

    ReplyDelete
  8. Salam.
    saya setuju dengan n3 ni.Gagasan tak terbina kerana sebutan.. seolah-olah ada benteng pemisah..

    ReplyDelete
  9. salam..

    saya pun bukan org sabah atau sarawak..tapi keja saja di sarawak..hakhak..

    SATU MALAYSIA!!!

    ReplyDelete
  10. salam..

    tah la..
    salah sape sbnrnya?
    hehhehe..
    cm nk sdarkan kita jer kn..
    yeah kempen 1 Malaysia masih rancak..

    ReplyDelete
  11. betul2..

    harus tiada ayat spti ini...
    sudah memadai hanya menyatakan Malaysia...

    ReplyDelete
  12. hahahah..mmg tak tercapai pun..bahkan harga barang sendiri sudah berbeza..w/m harga lain e/m harga lain..malah makin mahal lg..tang pembangunan tak pyh citer la..lg jauh bezanya dgn semenanjung terutama lembah klang..

    ReplyDelete
  13. jambatan gantung akan diperiksa diseluruh malaysia termasuk sabah dan serawak.

    ReplyDelete
  14. "Apa kata kalau kita terdengar kenyataan "produk tersebut boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Sembilan". Rasanya ramai yang melompat !"

    hahaha adui! sengal perut saya tahan gelak.. anyway walupun sy hanya berkakak iparkan org Sarawak tp saya sgt setuju dgn N3 nih.. x patut betul buat pngasingan cam gini tau..

    ReplyDelete
  15. salam en alv,

    tu la pasal. mungkin sebab ini lah ramai rakyat sabah serawak terasa terasing atau dianak tirikan.

    heeeeeeeee

    ReplyDelete
  16. Teman Setuju sekali!
    Kalau sebut semenanjung barulah boleh kata termasuk atau kecuali sabah dan sarawak.

    ReplyDelete
  17. Boleh diperbetulkan
    Orang Media kena PEKA dgn benda2 ni..

    ReplyDelete
  18. I thot u have posted this entry before. Or perhaps i have mistakenly belief that u have done so.

    Aneway, setuju.

    ReplyDelete
  19. owh tuan..

    Saya rasa isu ini pernah dibangkitkan dahulu . Tetapi terbiar begitu sahaja.

    Adakah kerna telah menjadi kebiasaan or.. menjadi biasa.. or telah terbiasa .. ? tepuk dada tanya selera .


    btw ~ tq atas doa anda..now omak saya dah sihat . syukur ..

    ReplyDelete
  20. asm org kampong???

    apo kaba? heheh. tak sangko dok setaman last2 jumpo kek blog lak.

    sokgi nak poie bfast kek maulana. nak join moh la...

    ReplyDelete
  21. klcitizen
    sharamli
    mamai

    t.kasih kerana bersetuju dgn saya.

    ReplyDelete
  22. sha
    kalau gitu ramai orang suka, sbb cepat sikit buka.

    ReplyDelete
  23. fadzilah
    damaiinx
    alvin
    anak muallaf
    che la
    cik amy
    bintang hati
    kimisai
    sahrom

    terima kasih atas komen anda.

    ReplyDelete
  24. finaz
    bluecity
    lanabulu

    saya setuju dengan komen anda. tkasih.

    ReplyDelete
  25. naizaf
    anda seorang yang bermata tajam. entri ini telah di modify untuk disesuaikan dengan gagasan 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  26. linda
    saya dah tepuk dada ... dia kata dia nak makan kuetiau kerang goreng basah.
    syukur ibu awak telah sehat kembali.

    ReplyDelete
  27. tijah.
    t.kasih kerana sudi singgah di blog saya yang sepertinya ini. (ayat ini betul)

    ReplyDelete
  28. maiyah.

    nampaknya semua kata setuju (termasuklah saya) dan tidak ada yang tidak bersetuju, maka usul saya diluluskan dengan sebulat suara.

    ReplyDelete
  29. ...........Gemar memerhati dan menulis perkara2 kecil yang kadang2 mungkin orang besar2 terlepas pandang ......[petikan saya cilok tanpa izin]

    mereka dah terlepas pandang terlalu lama al-lavendari.. sbb sedap kot sebut ayat tu..macam makan nasi dgn sambal belacan,budu dan cincalok...ditambah pulak dengan ulam tenggek burung

    eheeeee!! [saya tukar sengeh lak kali ni boss]

    ReplyDelete
  30. mamamin

    "ulam tenggek burung"

    tak pernah dengar pun nama ulam tu ! lain macam benar bunyinya.
    yang mamamin panggil saya boss ni, ikut sapa ?

    ReplyDelete
  31. ntah..!!! kalau x silap nama lain dia ialah pucuk gajus <<--maybe [x pasti] tapi sedap, masam2,kelat dan rangup..

    saya x ikut sape pun, jari ni yang taip camtu.. !!

    ReplyDelete
  32. mamamin
    ulam tu sedap barangkali sebab di ber..kan dek burung kot.

    kalau jari mamamin dah nak taip macam tu, biaq pi lah kat dia. asal jangan panggil ahlong sudah !

    ReplyDelete
  33. kekeke <<-- suka gelak ni jugak.. cam kiut jerk..

    adeh!!

    ReplyDelete
  34. brunei dlm malaysia tak??


    .
    .


    sbb selalu gak nampak,
    seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan brunei

    :D

    ReplyDelete
  35. KTS

    BRUNEI SEMEMANGNYA DALAM MALAYSIA .. MACAM KUALA LUMPUR DALAM NEGERI SELANGOR.

    ReplyDelete
  36. TO: MAMAMIN

    saya ade email pada mamamin, sy safrina dari UPM sedang jalankan kajian tentang persepsi ulam tenggek burung. Harap mamamin dapat baca email dan berikan maklumbalas. Terima kasih mamamin! :)

    ReplyDelete
  37. SARRINA

    HARAP2 MAMAMIN BACA KOMEN AWAK DAN HUBUNGI AWAK. SAYA DAH LAMA TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN DIA. SEMOGA BERJAYA.

    ReplyDelete
  38. Sakit ati adlah...huhu...tq for the entry ni ,, haku x tao pon hal ni...nasib p terjah blog kengkawan yg lain...

    ReplyDelete
  39. ANGEL

    MEMANG PATUT PUN AWAK MARAH. T/KASIH KERANA SUDI TERJAH ENTRI LAMA SAYA.

    ReplyDelete
  40. Sabah Dan Sarawak bukan Negeri Kekal di Malaysia. Kedua-duanya adalah negeri naungan Malaysia.
    1. Sekiranya Orang Semenanjung masuk Sabah dan Sarawak, kena pakai slip kemasukan. Masa balik kena cop keluar. Kalau tak tak boleh naik flight. Macam pendatang di bumi sendiri, Nama aje Malaysia.

    2. Antara sebab Kenapa barangan di letak Sabah dan sarawak sebab Kerajaan Pusat tak hak di Sabah Dan Sarawak untuk masuk campur dalam beberapa perkara. Antaranya, Menteri sendiri, System sendiri, pribumi, ekonomi dan sebagainya.

    Sila cari perjanjian Malaysia 1963. Baru lebih paham.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.