Kalau nak tahu inilah rupanya eksoz kereta. Sumber carian Google.
Cerita 1.
Hari tu kereta Kelisa Makngahnya ada bunyi. Dia bawa pergi kedai.. "eksoz bocor .. RM250" katanya menalipon saya kat ofis sambil memberitahu harganya.
"Mahalnya .. nantilah kita buatkan". Saya fikir tentu dia dikenakan oleh taukeh yang nak ambil kesempatan ke atas perempuan.
Hari ini saya pergi buat. Nasib baik ada kedai buka. Bila selesai, tak fasal-fasal kena RM800. Nasib baik Makngahnya tak "pulangkan paku buah keras". Penyudahnya saya tertukar absorber, karbon penapis habuk, gajet menahan gegaran gempa bumi dan ada dua tiga benda lagi yang saya nak sebut pun tak reti. Kata foreman tu, baik tukar sekarang untuk menjaga kesihatan sebuah kereta secara keseluruhannya.
"Lain kali tak boleh tukar ke ?" saya tanya pada awalnya.
"Lu punya suka lah .. tapi lain kali upah kira lain" jawab dia.
"Pulak dah". Kata saya dalam hati.
"Kad kredit kita pun terima" .. dia mencadangkan sambil mencuba nasib.
"Ok tukarlah" Kata saya, demi kesejahteraan kereta Makngahnya.
............................................................................................
Cerita 2.
Masa saya sedang menunggu kereta Makngahnya dikerjakan, ada seorang pemuda duduk sebelah saya tanya,
"Kalau tukar eksoz besar, JPJ tak kacau ke ?"
"Tak pernah dengar pulak" jawab saya sejujurnya.
"Saya nak tukar yang besar sikit, tapi takut bunyinya tak lulus oleh JPJ".
"Tak reti saya nak jawab"" kata saya dan seterusnya bertanya tempat kerja dia.
"JPJ Seremban". Jawabnya ringkas tanpa rasa bersalah.
"Kalau begitu awak patut lebih tahu". Kata saya separuh geram.
"Tapi saya kerja bahagian pejabat". Dia membalas.
"Tapi takkanlah awak tak ada kawan kerja bahagian teknikal atau kejuruteraan". Hujjah saya.
"Banyak .. tapi sorang pun tak jawab SMS saya". Jawabnya selamba.
Patut ke saya layan orang macam ni ?
...................................................................................................
Cerita 3.
Tak lama selepas tu ada sebuah kereta Kancil merapati bengkel.Tayar sebelah kiri depannya kempis habis. Dua orang wanita, saya kira awal 30an turun.
Lalu segera didekati oleh pekerja bengkel.
"Nak tukar ekzos" kata pemandu kereta itu tanpa sempat ditanya.
"Lu punya tayar pun pancit maa". Kata pekerja bengkel itu seraya menunjuk
ke arah tayar kereta wanita itu.
"Ya Allah ...". Wanita itu separuh menjerit sambil menepuk dahinya.
Saya hanya mampu tersenyum. Dia boleh tak sedar tayar kereta dia pancit.
Malas nak komen lebih-lebih nanti ada pergerakan wanita marah kat saya.
Nota kaki: Mula-mula ingat nak jadikan 3 entri tapi bila fikir stok entri dah banyak, publish jerlah sekaligus.
.