Thursday, May 31, 2012

BEDEBAH.

Terlebih dahulu saya nak cakap, saya bukan anti gotong-royong secara borong. Tapi saya rasa macam tak sedap bila penduduk taman perumahan di satu-satu kawasan tadbiran majlis perbandaran atau bandaraya mengadakan gotong royong  mencuci longkang, memangkas pokok, memotong rumput dan seumpamanya. Saya rasa macam tak berapa kena  buat kerja-kerja macam itu kerana kita sudah bayar cukai pintu dan kerja-kerja tersebut sepatutnya dibuat oleh pekerja bandaraya atau majlis perbandaran berkenaan. Selalunya penganjur menggunakan alasan untuk berkenalan dengan sesama penduduk dan mengeratkan silatulrahim.

Lainlah kalau gotong royong itu untuk membersihkan surau, masjid, tanah perkuburan, rumah anak yatim dan sebagainya kerana memang bandaraya atau majlis perbandaran tidak bertanggung jawab membersihkannya.

Baru-baru ini ada program gotong-royong di taman perumahan saya. Antara kerja-kerja yang kami lakukan termasuklah menebang pokok yang membahayakan rumah penduduk yang berdekatan dan memotong dahan pokok yang berjuntaian ke arah jalan yang menggangu laluintas dan pemandangan. Untuk makluman pokok-pokok tersebut ditanam oleh majlis perbandaran. 

Dahan dan daun-daun pokok itu kita kumpulkan di beberapa tempat dan meminta majlis perbandaran mengutipnya.  Memang dia orang ada kutip pada hari gotong royong itu,  tapi tak habis dan selebihnya dibiarkan termasuklah yang di hadapan rumah saya. Saya ingatkan dia akan sambung esoknya tapi lepas seminggu tidak juga dibuatnya, maka terpaksalah mengupah orang  mengutip dan membuangnya.

Saya sakit hati betul. Kita dah tolong kerja mereka menebang pokok, mencantas dahan yang menggangu lalulintas .. di samping kita teruk dikerjakan kerengga, sepatutnya mereka berterima kasih kerana kita telah membantu mereka tapi inilah balasannya.


Gambar 1: Lihatlah betapa gigihnya kami bekerja .. menebang pokok yang membahayakan rumah penduduk yang berdekatan.


Gambar 2:  Oleh kerana tangga tak ada, kita gunakan pikap ini sebagai ganti tangga. Dan sang kerengga pulak setia menunggu di atas sana.


Gambar 3: Ada gaya tak sebagai mandor pekerja Majlis Perbandaran ?



Wednesday, May 30, 2012

PAKNGAHNYA TAK DAPAT PERGI RUMAH PUTIH.

Kalau semalam lewat entri ini, saya cerita pasal Makngahnya yang tak dapat pergi ke TV 9. Hari ini saya nak cerita yang saya tak dapat pergi ke Rumah Putih (White House) - tempat tinggal rasmi presiden Amerika Syarikat. Makngahnya pergi dengan seorang doktor dari Malaysia yang tumpang tinggal di rumah kami kerana menghadiri seminar di sini. Tarikhnya saya tak berapa nak ingat, tapi rasanya pada awal tahun 1982. Saya pun tak ingat kenapa saya tak ikut sama melawat. Mungkin jaga anak kot !

Boleh kata setiap minggu saya melalui  bahagian depan atau belakang Rumah Putih ini dalam perjalanan pergi balik membeli lauk (ikan, udang, ketam dsb) kat Water Front. Setiap kali lalu, saya akan berkata dalam hati .. "bila ada masa nanti, aku lawat". Begitulah hari demi hari, hinggalah saya dapat arahan untuk balik bertugas di Malaysia. Masa itu dah tak ingat nak melawat mana lagi sebab dalam kepala hanya terfikir nak bungkus barang .. !

Akhirnya sampai ke sudah, saya tak dapat melawat. Tak adalah menyesal sangat, cuma tak dapatlah nak cerita lebih-lebih kat sini.



Gambar 1: Rumah Putih dari arah hadapan. Melihat pokok itu yang tidak berdaun, pastilah masa ini di kemuncak musim sejuk.

 
Gambar 2:  Untuk makluman, budak dalam kereta tolak itu, bukan anak kami.


Gambar 3: Makngahnya beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam rumah berjumpa Ronald Reagan.



Gambar 4: Sempat juga dia bergambar dengan Mamat ni.



Gambar 5: Makngahnya memperagakan beg tanganyna yang membawa bekalan nasi lemak !



Gambar 6: Di sebelah kanan adalah doktor yang saya maksudkan. Daddy Ziyyad mungkin kenal. Kelihatan Makngahnya sedang berusaha untuk menangkap seekor burung merpati untuk dibuat lauk makan malam nanti.


Pengajaran: Kalau kita hendak berbuat sesuatu (yang baik), usah bertangguh-tangguh.

Tuesday, May 29, 2012

MAKNGAHNYA TAK DAPAT PERGI TV 9.

Hari tu Biro Wanita surau di taman kami pergi melawat TV9 untuk menyertai program Tanyalah Ustazah.  Makngahnya selaku Setiausaha Biro Wanita, beberapa hari sebelum itu kelihatannya sibuk mengatur lawatan tersebut.

Tetapi sayangnya Makngahnya tak dapat pergi kerana tiada siapa yang  mampu mengambil alih tugas menguruskan ayahnya (mertua saya) yang dah macam baby. Kalau pergi sejam dua, bolehlah menantu dia tolong tengokkan. Tapi pemergian ini agak lama. Pergi pagi dan baliknya malam.

Kesian juga saya tengok dia duduk depan tv dengan kameranya semasa  program tersebut bersiaran secara langsung. Nampaknya dia sangat teruja dan gembira  melihat kawan-kawan dia keluar tv. Saya pulak yang sayu.



Gambar 1: Sebelum mereka bertolak sempat juga Makngahnya ambil gambar berkumpulan kawan-kawan dia dekat bas.


Gambar 2: Inilah program yang dimaksudkan. Ada sesiapa yang sempat tengok rancangan ini pada hari tu ?


Gambar 3: Antara gambar  yang Makngahnya sempat  tangkap.


Gambar 4: Inilah Ustazahnya ... rugi saya tak ikut !


Gambar 5:  Salah seorang peserta sedang mengajukan soalan yang telah di sediakan..


 Gambar 6: Makngahnya berbaju pink dengan geng suraunya dalam satu majlis lain sebelum itu. Tak dapat masuk tv, masuk blog Pakngahnya pun jadilah.

Monday, May 28, 2012

INSIDEN NAIK TEKSI DAN CUCI KASUT: MESTI BACA.

Insiden 1:  Naik Teksi.

Selepas selesai mengambil bagasi, perkara seterusnya ialah mendapatkan teksi untuk ke hotel. Kalau masa bekerja dulu, pasti  ada orang tunggu. Banyak tempat jual tiket, tetapi tempat ini kami tertarik kerana mereka mendesak mahukan duit RM. Dollar Amerika dan duit Dong dia tak berapa mahu. Rasa bangga juga bila duit kita popular di sini.
 
Bila tiba masa balik baru kita tahu, bahawasanya kita telah kena 'kelepet'. Kita terbayar kira-kira 40%  lebih mahal berbanding tambang  semasa balik. Rupanya mereka mainkan kita dalam kadar tukaran wang. Maklumlah masa tu, kita masih pening lalat, belum mahir lagi dalam mengira tukaran matawang.
  
Nasihat saya kalau nak naik teksi di Saigon, dapatkan harga yang terbaik dari 3-4 kaunter dan bayar dalam USD atau Dong kecuali anda boleh 'kelepet 'balik dia kalau nak bayar dalam RM.


Waktu tempatan menunjukkan tepat jam 10.59 pagi.
..........................................................................................................................................

Insiden 2: Cuci Kasut.


Gambar 1: Kita makan tengahari di sini. Dan di tempat inilah insiden ke-2 belaku. Sebelum sampai ke restoran ini, kita telah diekori oleh beberapa budak yang menawarkan untuk mencuci kasut dengan upah USD 1 sepasang.


Gambar 2:  Mamat ini beriya-iya sangat hendak mencuci kasut kita. Sampai masuk-masuk ke bawa meja dan memegang kasut kawan saya yang berbaju kuning itu. Oleh kerana kesian dan tak mahu diganggu, kawan saya pun merelakan kasutnya dicuci.


Gambar 3: Bila dah siap dia mengenakan caj lebih dari 4 kali ganda kerana dia memandai-mandai memasang alas  kaki (sole). Kawan saya cukup marah sebab  dipermainkan begitu kerana dia tak minta pun alas kakinya ditukar. Saya pun tumpang sekaki marah sama. Kawan saya suruh ambil balik sole itu. Mamat itu pada mulanya enggan tapi bila kawan saya sebut perkataan polis barulah dia mengalah. Yang peliknya taukeh restoran tu buat tak kisah je.


Gambar 4: Kerana terlampau marah, habis licin semua roti nan kita makan.


.

Sunday, May 27, 2012

PERIHAL BUAH MANGGA YANG BESAR.

Sebenarnya saya sudah beberapa kali membuat entri tentang buah mangga yang saya tanam depan rumah di luar pagar rumah saya. Kali ini saya nak tunjukkan lagi sekali kerana buahnya semakin besar dan berat. Mari saya tunjukkan gambarnya  seperti di bawah untuk perhatian dan makluman tuan jua.


Gambar 1: Lihatlah saiznya, hampir sama besar dengan kepala Haiqal. Entah kenapa semakin Haiqal membesar, semakin dia pemalu.


Gambar 2: Beratnya tepat-tepat 2.5 kilogram. Sepanjang hidup saya yang baru 58 tahun, inilah pertama kali saya bertemu buah mangga seberat ini dan sebesar ini. Kalau harga sekilo, katalah RM7 maka 2.5 kilo bersamaan dengan RM17.50 sebiji. Kayo Pakcik !


Gambar 3: Cubalah bandingkan saiznya dengan buah mangga yang sederhana besarnya. Buah mangga yang kuning tu, 3 biji sekilo. Maknanya 7-8 biji baru sama beratnya dengan sebiji mangga yang berwarna hijau tu.

Pernahkan anda berjumpa buah mangga yang sebesar dan seberat  itu atau lebih besar dan berat dari itu ? 

Friday, May 25, 2012

APA KATA ASMARA.

Saya rasa tak seronok bila ada segelintir orang kita ..

jual madu lebah - dicampurnya gula.
jual durian - jika ada lubang disumbatnya dengan daun atau tanah.
jual lemang - rasanya macam pulut yang dikukus.
jual getah beku - dimasukkan kulit-kulitnya sekali untuk tambah berat.
jual rebung - lebih banyak buluhnya.
jual air kelapa - lebih banyak rasa air paip dari rasa air kelapa.
jumpa barang orang - alhamduillah .. ini rezeki aku.

Apa pula kata Asmara tentang orang Jepun.



  • Didikan moral yg kurang dan kehidupan yg susah yg memungkinkan terdesak nak mencuri. Waduh inilah paling tak best negara kita. Kes kecurian terlalu banyak, sekelip mata boleh hilang. Pengalaman saya 2x iphone tertinggal kat supermarket xde sorang berani ambil, dtg balik iphone masih berada atas kerusi. Camera dslr tertinggal dalam keretapi di tokyo ada yg sudi tinggalkan di kaunter. Byk lg la ikutkan keluar rumah x berkunci xde sape sudi nak masuk. Nape ye jd gitu kat negara kita yg Islam agama rasminya? Sy rasa sistem pendidikan dr kecil yg sgt berbeza antara msia dan jepun! Sekolah tadika dan rendah sini xde sibuk2 nak suruh bdk pandai baca abc dr kecik tp lebih pentingkan cara hidup dan berdikari. Mmg nmpk anak2 sya sekolah sini sgt hormat hak atau brg org lain. Mereka x akan sentuh atau usik kalau brg tu bukan milik diorg. Contoh terbesar tsunami dulu xde sorang yg mencuri walau susah mcmana padahal peluang depan mata! Bukan nk kata apa tp saya mmg betul2 respek sikap org jepun nih. Sy mmg nmpak semua berpunca dari cara didikan di sekolah dan dirumah juga! Dan lagi satu mmg rakyat diutamakan jd kadar kemiskinan sgt rendah! Semua benda org mampu milik. Wallahualam berdasarkan pndgn sy je.


  • p/s: yang lebih dahsyat lagi membeli juadah di bulan puasa. Saya banyak kali  terkena.  Beli kueh yang dah basi atau sup yang rasa macam air Sungai Linggi. Bulan puasa pun dia orang sanggup buat macam tu .. tapi bukanlah semua.

    Thursday, May 24, 2012

    TIGA ENTRI PENDEK # 2: TAK SERIK, SELONGKAR, BMW.

    ENTRI 1: TAK SERIK


    Dah 5 kali ? Saya dulu sekali jer emak rotan, dah tak berani buat lagi ..

    .....................................................................................................................................

    ENTRI 2: SELONGKAR.



    Hargailah pengorbanan seorang isteri dan ibu wahai suami dan anak !

    .................................................................................................................................

    ENTRI 3: BMW


     Mesti berpuluh-puluh juta orang yang akan menyokong BERSIH 4.0 ini. Masa BERSIH 3.0 dulu, tak ada hadiah pun ramai yang turut serta.

    A.K.U. K.E.L.I.R.U 27: MANA SATU NAK PERCAYA ?


    Pemimpin UMNO mengamuk dan isytihar keluar parti .. dua hari lepas.


    dan terikini .. "Saya masih setia pada perjuangan UMNO"


    Wednesday, May 23, 2012

    WW 33 : PEPAT XIII PEMAU.

    TIGA ENTRI PENDEK # 1: SEMOGA AMAN, TIRU, ONLINE

    ENTRI 1: SEMOGA AMAN !



    Jangan marah Acik Erna ye ! 

    .................................................................................................................................


    ENTRI 2: TIRU.


    Lepas ni saya percaya ramailah orang kita yang akan tiru Cerrah.
     Kan ke kita suka meniru !


    ...............................................................................................
     
    ENTRI 3: ONLINE 


    Apa sebenarnya makna online dalam Bahasa Melayu ... "atas talian" atau "dalam talian" ?

    Tuesday, May 22, 2012

    TERKENANG SEMASA DULU 50: JALAN-JALAN CARI MAKANAN ARAB.

    Ini adalah lanjutan daripada entri ini yang mana kali ini ia mengkhususkan kepada hal-ehwal makan dan makanan Arab.


    Gambar 1: Damsyik, Syria. Restoran ini berada di bawah tanah.
    Pintu masuknya macam ye tak ye jer ! 
    Bila masuk dan turun ke bawah, dalamnya macam sarang anai-anai !


    Gambar 2: Masih dalam restoran yang sama seperti gambar 1 di atas.

     
      
    Gambar 3: Inilah pintu masuk ke restoran bawah tanah yang saya maksudkan dalam gambar 1 dan 2 di atas.


    Gambar 4: Makngahnya dengan sebahagian pelajar perempuan Malaysia di Damsyik, Syria.


    Gambar 5: Sila tumpukan perhatian kepada makanan di atas meja tu ! 
    Boleh pengsan nak menghabiskannya dua orang.


    Gambar  6: Dekat Petra, Jordan selepas melawat tinggalan sejarah yang menjadi kebanggaan rakyat Jordan.


    Gambar 7: Makan malam di rumah Pak Duta kita di Syria. Rumah dia cantik sungguh di kawasan pergunungan.


    Gambar 8: Makngahnya di meja perempuan.


    Gambar 9: Pertunjukan tarian gelek ini pada malam Jumaat di sebuah kelab malam di negara para Anbia tidak jauh dari masjid di kota Damsyik. 
    Saya tak ada dalam gambar di atas ... percayalah.
    Saya cuma ambil gambar sahaja.

    (saya terpaksa kelabukan gambar di atas kerana bimbang disaman oleh kawan2 saya yang ada dalam gambar tersebut)


    Gambar 10:  Minum pagi di Hotel Conrad, Kaherah.

    ....................................................................oo0oo.........................................................


    SELINGAN.

    Gambar kat bawah ini Nasi Arab kat Seremban .. tak jauh dari rumah saya. Tijah dan Ikan Emas tahu sangat tempat ini. Atas nasi ada ayam .. bawah nasi ada kambing. Sekarang ini bila teringin nak makan Nasi Arab, tak perlu pergi ke Syria atau Jordan.
    Kat Seremban pun dah banyak.

    Monday, May 21, 2012

    RABAK.

    Berikut adalah beberapa keping gambar kesan kerosakan khemah dan peralatan di Kompleks Sukan Paroi petang semalam selepas habis sambutan Hari  Belia. Saya difahamkan tiada siapa yang cedera.  Yang hairannya, kawasan sekeliling tidak pulak terkena ribut.







    .............................................................................................................

    Sub-Entry: Saya juga rabak  !


    Menukar benda alah tersebut menyebabkan saya rabak sebanyak RM5,800 bulan ni ..
    Minta-minta tak adalah orang nak pinjam duit sekarang .. !