Tuesday, July 3, 2012

BENDA-BENDA KECIK YANG BUAT ANDA BENGANG ?



Di samping benda-benda besar (seperti orang pinjam duit kita RM10 ribu tapi tak bayar balik), banyak juga benda-benda kecil yang membuat kita bengang.

Antara benda-benda kecil yang buat saya bengang ialah:

1. Bila orang guna ubat gigi, picit kat tengah.

2. Bila orang pinjam selipar kat surau kemudian letak kat tempat lain.

3.  Bila orang yang buka tajuk lain sedangkan kita belum habis cakap.

4.  Bila orang buka botol minuman berkarbonat tapi tutup balik tak ketat.

5.  Bila orang tekan loceng kat pagar rumah berkalikalikalikalikalikalikalikalika..

Saya nak tag beberapa orang yang terlintas dalam kepala saya pada masa ini:


Kakzakie,  Kunang-Kunang, Queenie, Fairus, Junaina,  Encik Hanif, Insan Marhaen, Temuk dan Hanis Zalekha.

Yang lain-lainya, kalau berhajat,  silalah tag diri sendiri untuk turut serta dan tag seberapa ramai kawan-kawan anda. Diharap melalui eksesais ini,  kita dapat mengetahui perkara-perkara kecil yang boleh membengangkan mereka supaya boleh dielakkan.

49 comments:

  1. memang santai entry pak ngah ni

    no 3 tu mungkin dia tak minat nak dengar kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak sumbat jer mulut dia dengan selipar ..

      Delete
    2. Memang setuju yang no. 3 ni, bengang sangat!

      Delete
  2. no 5 mungkin jurujual yg datang tak buka buka pintu dia pun tekan lah berkali kali kali..atau mungkin diorang rasa orang dalam rumah tak dengar bunyi loceng agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kengkawan anak-anak suka main-main ..

      Delete
  3. hehehehe..eka paling bengang orang lambat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat apa ? lambat ni banyak jenis ... lambat makan, lambat bangun, lambat bayar hutang, lambat marah ..

      Delete
  4. Saya memang bengang dengan orang yang tak reti2 nak picit ubat gigi dari bawah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak cik,

      sama la dgn saya.. hangin je bila tgk ubat gigu herot petot..

      Delete
    2. kakcik

      dahlah tu .. tudungnya entah ke mana.

      ejescobart

      herot petot .. hehe

      Delete
    3. Belikan je ubat gigi seorang satu

      Delete
    4. kalau belikan pun, hak kita juga dia suka pakai.

      Delete
  5. Saya pun sama..

    Di rumah, kalau ada yang tak matikan lampu di bilik yang dibiarkan kosong pun buat saya bengang juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tu .. saya sekarang ni jadi tukang tutup lampu.

      Delete
    2. Samalah kita. Diorang ikut perangai emak / ayah dialah tu - pasangan kita juga hehe

      Delete
    3. tidak sama sekali .. saya kadang2 orang masih ada dalam bilik pun saya tutup lampu .. dah terbiasa.

      Delete
  6. yang no 3 tu memang kasi ptotng stim sungguh...saya pun bengang...

    tapi paling bengang kalau jenis ambil barang tak reti nak cakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak cakap tu, samalah dengan mencuri ..

      Delete
  7. hahaha..saya setuju sangat dgn kelima lima list uncle tu!

    ReplyDelete
  8. A`ah...Betul la! Sy pun bengang dgn 5 list yg Pakcik senaraikan tu.

    Tapi kalau hal lua dr umah, berkait rapat dgn tandas awam. Bila org yg pentingkan diri sendiri bertinggung atas jamban duduk. Nampak tapak kasut atas pelapik jamban. Tak pk ke kot preggy women nak gune toilet ke? OKU nak gune toilet? Atau org mcm sy yg lagi suke jamban duduk dr jamban cangkung nak gune toilet ke? Pnt tau nak bwk sanitizer liquid ke mane2!

    Err....sy lari tajuk ke Pakcik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan benda kecil lagi, tapi sudah menjadi masalah nasional.

      Delete
  9. kat blog tag org lain, kat fb tag orang lain. Kreatiflah abg ni ... ngeeee

    Harap tak bengang dgn komen ni

    ReplyDelete
  10. tak puas hati dgn org dalam rumah ke luar rumah?
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah .. tapi biarlah benda2 kecil je. jangan bawa masalah negara. hehe

      Delete
  11. kang hanis zalikha buat tag ni kang...kenduri uncle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak kenal dia, suruhlah dia tag .. kalau berani. hehe

      Delete
  12. bila orang tu asyek meminta sebungkus nescefe 3 in 1 tanpa beli sendiri hari-hari. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. ini pun boleh buat kita bengang. ada kawan saya tu bengang dengan seorang kawan dia yang selalu ambil rokok dia, bukan sebatang .. tapi dua pulak tu setiap kali ambil. katanya nak buat bekal.

      Delete
  13. saya pulak bengang bila kena tag nih! tapi...dah jawab dah...panjang sikit sebab ditulis oleh orang yang tengah bengang hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang panjang sungguh .. awak bengang dengan saya ke ?

      Delete
  14. yang paling bengang tekan loceng bnyk kali tu la.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada ke loceng yang hanya boleh tekan sekali je ?

      Delete
  15. yang no 1 tu saya selalu buat.. haha..
    saya bengang bila saya tgh tido (kat opis) pastu orang datang tanya 'lin, tido ke?' :)
    (kejadian sebentar tadi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak jawablah "tak tido, tengah goreng ikan .. awak tak nampak ke ?"

      Delete
  16. pakngah, nak tambah...saya jadi bengang kalau orang telefon kita lepas tu dia tanya kita balik, "ni siapa"..grrrrrr..... *yang ni tak tersenarai kat fb siang tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali awak jawab cenggini "ini bakal mak mertua awak"

      Delete
  17. hari ini lepas post entri ini sampai ke malam, tersangatlah sibuk. besok saya baca satu persatu dan komen balik. assalamualaikum.

    ReplyDelete
  18. sy malas nak fikir so sy setuju semua yang pak ngah tulih tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aman dunia ini kalau ramai orang macam awak .. hehe

      Delete
  19. obat gigi sekarang takde masalah picit dari tengah, sebab dibuat dari plastik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak masalah besar .. cuma tak cantik dipandang mata je !

      Delete
  20. no. 1 itu benar2 buat saya bengang...
    tetiap malam jadi tukang reper tube ubat gigi...

    ReplyDelete
  21. sy bengang bila org tanya soalan yg sama berulangkali..rasanya baru 5mnt td aku jwb,pastu tanya lg..

    lg 1 tak suka tuala utk lap rambut, dia guna utk lap bdn..tak suka..nti kena e..eh..dia...

    tp bengang gak bila org cerita separuh2..nk tanya pun separuh2..mcm ni :

    "aku ada benda nak tanya ni..tp nantilah..malam karang.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita .. semua benda2 tu saya pun bengang kalau berlaku kpd saya terutamanya yang tanya separuh2 tu .. rasa nak prap sekali.

      Delete
    2. tp betullh...benda ni remeh je tp kdg2 boleh jadi bengang giler..hehehe....

      Delete
  22. saya bengang kalau orang makan semeja ngan saya buat bunyi-bunyian kunyah makanan tak tutup mulut and sedut2 mencecet. Tau kan?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.