Akhbar The Star : 24/7/2012.
1. Bersikap biadap dan memandu cara membahaya seperti menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat dan membunyikan hon secara melampau.
- Sekali sekala saya pernah buat perangai ini mungkin secara tak sedar atau terlupa.
2. Tidak mematuhi papantanda, makan dalam LRT, merokok di kawasan larangan merokok, membuang sampah merata-rata dan meletak kereta di tempat di zon bukan tempat meletak kereta.
- Saya tak pernah makan dalam LRT, tidak merokok dan cukup berhati-hati membuang sampah. Bahkan kertas pembalut gula-gula HACKS pun saya simpan dalam poket. Dalam pada itu saya baru kena saman kerana meletak kereta di tepi jalan kat Padang Besar masa raya tempoh hari. Saya telah pun membayar samannya sebanyak RM100 sahajaaaa .. tunai.
3. "Merampas" tempat meletak kereta sedangkan orang lain sudah lama menunggu.
- Saya tak pernah buat kerja samseng macam ini tetapi banyak kali kena.
4. Orang muda tak beri tempat duduk (dalam kenderaan awam) kepada perempuan mengandung atau orang-orang tua.
- Saya sendiri sudah layak mendapat tempat duduk kerana telah tergolong dalam zon orang-orang tua.
5. Tidak memberi ruang kepada penumpang pengangkutan awam seperti bas dan keretapi turun terlebih dahulu sebelum mereka memasukinya.
- Sudah berpuluh tahun saya tidak naik bas dan keretapi. Cuma tahun lepas saya naik bas rombongan ke Kelantan menghantar anak buah berkahwin di sana.
6. Bercakap dengan kuat melalui henfonya di tempat awam seperti dalam pawagam.
- Sejak saya ada henfon saya belum lagi pernah menonton wayang di pawagam.
7. Tidak memegang pintu atau pintu lif untuk orang lain memasukinya selepas mereka masuk atau keluar.
- Rasanya saya akan buat begini kecuali orang itu musuh ketat saya.
8. Tidak mengucapkan terima kasih selepas menerima sesuatu yang elok dari orang lain.
- Rasanya saya tak pernah lupa mengucapkan terima kasih kecuali terlupa.
9. Amalan tidak bertimbang rasa seperti meninggalkan troli membeli-belah di tempat letak kereta, mencangkung di atas tandas duduk atau mengotorkan tandas awam.
- Kalau saya mencangkung atas tandas duduk, alamat hancur lebur mangkuk tandas itu.
10. Sering lewat.
- Ini masalah sikit sebab selalunya penganjur akan letak ketibaan tetamu satu jam lebih awal dari sepatutnya. Misalnya mereka tulis ketibaan jemputan 8.00 pagi sedangkan majlis hanya bermula pada jam 9 pagi. Alasannya, kalau letak jam 9 pagi, orang akan datang pukul 10 pagi. Akibatnya kita tidak tahu waktu mana patut datang.