Sunday, December 29, 2013

RAMAI YANG BODOH SOMBONG.

Kalau boleh saya katakan, salah satu kesalahan besar mereka yang menjadi orang Nombor 1 dalam mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi kerajaan ialah keengganan mereka meminta pandangan daripada bekas orang-orang Nombor 1 sebelumnya, sebelum mereka membuat sesuatu  keputusan penting.

Selalunya apa yang saya perhatikan dan macam sudah jadi tabiat pulak, mereka seboleh-bolehnya mahu mengubah segala dasar atau cara yang pernah dibuat oleh orang Nombor 1 sebelumnya. Kalau mereka bertanya kepada bekas orang-orang Nombor 1, seolah-olah jatuh taraf dia di mata dunia. Padahal saya percaya orang Nombor 1 sebelum dia sangat sudi dan berbesar hati memberikan pandangan mereka kalau diminta.

Akibatnya banyaklah kesalahan yang pernah dialami oleh orang Nombor 1 sebelumnya yang terulang semula atau banyaklah kejayaan orang Nombor 1 sebelumnya tidak diterus, dipertingkat atau lebih malang dibiarkan begitu sahaja.

Alangkah ruginya orang yang sedang memegang jawatan Nombor 1 yang tidak mahu mengambil faedah dari pengalaman bekas orang Nombor 1 yang pernah mengisi kerusi yang didudukinya sekarang. Inilah sikap yang saya kesalkan kerana ia tidak menguntungkan sesiapa jua kecuali barangkali sedikit rasa kehebatan diri sendiri orang Nombor 1 yang berkenaan.

Saya cuma ingin mengambil satu contoh (maafkan saya kalau contoh ini tidak tepat) iatu Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam yang telah diilhamkan oleh Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian yang seolah-olahnya telah dibiarkan begitu sahaja oleh menteri yang menggantikannya. Akhirnya  projek bernilai jutaan ringgit itu terbiar lesu begitu sahaja ? Siapa yang rugi ? Apakah menjadi terhina kalau menteri yang mengambil jawatan dari Sanusi  dulu meneruskan dan mempertingkatkan projek tersebut.

Mari kita lihat beberapa keping gambar semasa zaman kehebatan Tamam Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tersebut. Saya berkesempatan mengunjungi beberapa taman di luar negara, dan saya berpendapat Tamam Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam adalah setanding dengan taman-taman yang pernah saya lawati. Saya rasa projek ini sangat baik dan berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan dari dalam dan luar negeri kalau ia diteruskan dan ditambahbaik lagi isinya.

 






 


Saya tidak pasti apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh projek ini. Adakah ia berpunca dari masalah status tanah, kewangan atau masalah sikap seperti yang saya sebutkan. Kalau masalah status tanah atau masalah lain, mengapa ia boleh dibina sedemikian rupa sebelum ini. 

Maka kepada mereka yang sedang menjadi orang Nombor 1 atau baru menjadi orang Nombor 1 atau akan menjadi orang Nombor 1, saya berharap anda janganlah jadi bodoh sombong. Janganlah terlalu mengikutkan ego sendiri untuk meninggalkan bekas masing-masing kerana anda dipertanggungjawabkan dengan amanah mentadbirkan dan menguruskan wang dan harta awam dan bukannya wang atau harta sendiri.

Di bawah adalah gambar semasa, keadaan jambatan yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi.

6 comments:

  1. Sgt setuju dengan Tn Hj. Padahal idea asas pusat2 rekreasi sudah pun diwujudkan. Cuma yang terlibat hanya perlu 'menambahbaikan' saja samada dari segi material dan penyelenggaraannya sahaja.

    ReplyDelete
  2. Memang sengaja eja "Tamam" ke...?

    Agaknya memang cara orang Malaysia macam tu kot. Sebab tu banyak benda tak menjadi sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah eja tu .. terima kasih kerana menarik perhatian saya .. memang teliti awak membaca.

      Delete
    2. Selalunya saya suka baca sebanyak dua-tiga kali bertujuan untuk faham. Tu yang terjumpa "tamam".

      Kalau baca sekali imbas, mungkin tak perasan kot...

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.