Sunday, May 29, 2011

SIRAMAT MANDUG !

Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari Kuching petang semalam. 
Malam tadi ada dua kenduri berdekatan rumah. Cuma dapat pergi satu sahaja. 
Selepas tengok Maharaja Lawak terus bungkam. 
Hari ini pula sangat sibuk dari pagi hinggalah ke malam.
Saya ingin menunjukkan beberapa keping gambar semasa saya di Kuching yang sempat saya rakamkan.


Gambar 1: Siramat Mandug .. sila besarkan untuk mengetahui maknanya.



Gambar 2: Sempat juga kami di bawah ke Kampung Annah Rais sebuah penempatan rumah panjang orang Bidayuh kira-kira 2 jam  perjalanan dari Kuching. Entah kenapa saya tidak melihat kesibukan mereka membuat persediaan untuk menyambut hari Gawai Dayak.



Gambar 3: Berdiri di bawah papan tanda Kupo Saba. Saya tanya pengiring apa maknanya.
Dia pun tak dapat memberi jawapan yang pasti.



Gambar 4: Sungai yang mengalir merentasi kampung tersebut yang masih belum tercemar. Alangkah bertuahnya kita kalau Sungai Kelang sejernih ini.



Gambar 5: Pemandangan dari bilik penginapan saya. Nampak tersergam di sudut atas sebelah kiri, bangunan Dewan Undangan Negeri.




Gambar 6:  Saya pernah bekerja di tingkat 3 bangunan Wisma Bapa Malaysia ini kira-kira 30 tahun lalu iaitu pada tahun 1980-81.



Gambar 7: Mereka ini saya jumpa  di lobi hotel tempat saya menginap. Barangkali mereka ada function di sini.
Bila saya ajak bergambar, mereka tidak keberatan. 
Terima kasih atas kesudian anda semua.

.

Tuesday, May 24, 2011

BAGAIMANA KITA MEMBAHASAKAN DIRI KITA ?.

http://4.bp.blogspot.com/_6KxNHWBJDEk/TEkzqzfxoLI/AAAAAAAAAbY/S6OrK9rfx3M/s1600/prayvz7.jpg

Gambar sekadar hiasan hasil carian Google.


Untuk membahasakan diri, saya gunakan  macam-macam gantinama bergantung dengan siapa saya bercakap.

Kalau bercakap dengan arwah emak dulu, saya guna perkataan esey, dengan cikgu/ustaz - saya, dengan kawan-kawan dari NS - eden, dengan kawan-kawan bukan NS - gua aku, dengan raja - patik, dengan isteri - abang, dengan Barack Obama - ai.

Tapi lain orang, lain pulak gantinama yang di gunakan untuk bercakap misalnya dengan emak dia. Ada yang gunakan perkataan saya, kita, ambe, Kakngah dan sebagainya. Tak kurang juga menggunakan nama sendiri.

Tapi ada juga gantinama yang agak mengelirukan. Ada seorang ustaz itu membahasakan dirinya ustaz. Misalnya dia cakap, "kitab ini ustaz yang punya" bila beritahu orang kitab itu dia yang punya.  Nasib baik saya tak tanya "ustaz mana ?" .

 Begitu juga ada seorang Datin tu,  dia membahasakan dirinya Datin. "Datin lebih suka makan pizza dari makan nasi" bila dia beritahu makanan kegemarannya kepada orang lain. Pelik sikit bunyinya kan ? Seolah-olah macam dia merujuk kepada orang lain pulak.

Yang paling manja dan eksotik bila ada orang yang membahasakan dirinya "orang".  Misalnya kalau dia nak beritahu kereta yang di minatinya,  "Orang lebih suka Mercedes dari BMW". Kalau kita tidak biasa dengan dia, kita mungkin bertanya "orang mana pulak ni ?"

Bagaimana pula anda membahasakan diri anda ? Cer citer !

.

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR - TANAH TUMPAH DARAHKU.


Sebagai persediaan untuk menghadapi persaraan (memang tak ada kena mengena),
saya ingin turut serta segmen bloglist ABGTEROR seperti di atas. 
Untuk turut serta cuma jawab 4 soalan mudah sahaja.

SOALAN

1. Dimanakah anda dilahirkan?

Di sebuah rumah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

2. Dimanakah anda di besarkan?

Di merata tempat di Negeri Sembilan termasuk negeri Pahang dan juga KL.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror?

Negeri Sembilan (setelah mendapat perkenan orang rumah)

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut?

*adik beradik dan saudara mara ramai di sini.

* selesa dengan budaya, makanan dan juga percakapan.

* tak jauh dari KL, KLIA, PD dan Melaka.

* sekarang sudah menetap di NS - sejak 6 tahun lalu.


 Kepada sesiapa yang ingin turut serta, sila klik kat sini.





Monday, May 23, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 6 - HAI-la BLOGGER




Tajuk Entri: HAI-la BLOGGER.

Nama Pena: Augustina Early Harry Iskandar

Nama Blog: Simply Aku O'gosh. 

Tarikh Di siarkan: 7 Januari 2011.

Dengan izin pemiliknya, saya 'copy-paste' entrinya seperti di bawah ini.
Yang paling saya suka part ini ..

HAI-la BLOGGER
Tak patut la berkira2 ..
Dulu x femes sume kau layan ..
Skang dah 'fofular - yang kecik2 kau 'bohlayan' ..

Baca seterusnya sampai habis .. Ok !


http://2.bp.blogspot.com/_cU2v7xdRhKg/TSbQxn8KFgI/AAAAAAAAAJU/mbMsDRMl370/s1600/untitled.bmp

Entri asalnya di sini .

Komen saya:  Saya  kagum dengan kebijaksanaan penulis memilih dan menyusun kata-kata yang  berirama, ringkas dan jelas sekali maksudnya. Saya tidak tahu kepada siapa ditujukannya. Akan tetapi, siapa makan lada dialah yang terasa pedasnya. Rasalah cuping telinga sendiri, panas tak ? Nanti saya minta Makngahnya rasa cuping telinga saya. Hehe !

Seterusnya silalah lawat sendiri blog tersebut untuk membaca entri-entri yang segar-bugar dari ladang !

.

Sunday, May 22, 2011

KENAPA HARGA MAKANAN DI KEDAI MAMAK BERBEZA-BEZA ?


Gambar Hiasan hasil carian Google.


Seorang kawan saya cerita, semasa dia di Sandakan, dia minum pagi di sebuah kedai mamak selama tiga hari berturut-turut.


Dia hairan kenapa dia dikenakan harga yang berbeza pada setiap kali dia makan, walhal benda yang dia makan adalah serupa. Hari pertama dia rasa harganya agak murah. Tapi hari kedua dia rasa agak mahal. Dan pada hari ke tiga, harga yang dikenakan adalah pertengahan. Lalu dia bertanya kepada taukehnya ...

"kenapa harga awak lain-lain walaupun saya makan benda yang serupa"


"ini macam incik .. hari pertama saya charge incik, banyak moorah sebab saya kasi diskaun sama incik sebab encik baru punya orang. Hari kedua, saya charge sama incik, sikit mahal sebab saya mahu cover semalam punya harga, dan ini hari biasa punya harga semua orang bayar jugak"


Kawan saya tak dapat kata apa-apa sebab jawapan yang di beri itu kira masuk akal. 


Ini cerita benar, bukan rekaan.  Kalau tak percaya tanya kawan saya itu. Dia hidup lagi.


p/s: Entri yang berkaitan yang bertajuk "BIAR TAK BERAPA SEDAP- ASALKAN CEPAT"  yang telah mendapat sambutan hangat dari pembaca boleh di baca di sini.


.

Saturday, May 21, 2011

PETUA TIDAK MAHU HILANG BEG TANGAN !

http://eveline.alviset.free.fr/Vocabulaire/Forget.jpg

Kepada  wanita-wanita di luar sana yang selalu sangat lupa di mana letak dan susah nak cari beg tangan mereka, jangan bimbang lagi. Ikutilah petua ini.

Mula-mula beli sebuah handphone, tak perlu mahal-mahal.
Yang penting bunyi deringannya cukup kuat.
Makin jauh kita boleh dengar bunyinya, lagi baik.
Kalau boleh biar sampai 1 km.
Simpan handphone tersebut dalam poket beg tangan anda. 
Jangan di keluarkan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Kalau nak cas bateri pun, biar dia dalam beg tesebut.
Bila anda lupa di mana letak beg tangan anda, telefon saja handphone tadi ... pasti di situ ada beg tangan anda.

Cubalah .. tapi saya belum pernah cuba lagi !

p.s: tapi jangan pulak lupa nombor handphone tu... Tak dapek nak nolog eh ! 




Roll


.

Friday, May 20, 2011

KISAH SEORANG IMAM DENGAN BULU AYAMNYA.


Ini kisah seorang Imam yang menderita sakit buah pinggang. Makin hari makin teruk. Satu hari dia berdiri di anjung rumahnya sambil memandang ke bawah dengan sugul. Lalu pengikut2nya bertanya, kenapa dia kelihatan sangat sugul. Dia pun menjawab.


"Aku telah di sahkan oleh Doktor mengidap penyakit buah pinggang. Cuma dengan pemindahan buah pinggang sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa ku"


Pengikut-pengikutnya yang ramai di bawah, riuh rendah mendengar perkhabaran itu. Masing-masing mengangkat tangan seraya bekata ...

"Ambillah sebuah buah pinggang ku ini"


Imam itu pun tersenyum melihat reaksi pengikutnya yang kesemuanya berlumba-lumba  mengangkat tangan untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Setelah berfikir sejenak, Imam itu pun berkata ..


"Terima kasih atas kesudian kalian untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Tetapi aku hanya memerlukan satu sahaja. Beginilah .. untuk berlaku adil, aku akan menjatuhkan sehelai bulu ayam, dan sesiapa yang dihinggapi bulu ayam tersebut akan terpilih utuk memberikan buah pinggangnya"

Secara spontan, pengikut2nya berteriak, "setujuuuu ..."

Lalu segera dijatuhkan oleh Imam itu sehelai bulu ayam dan bulu itu melayang-melayang di udara dan secara perlahan-lahan jatuh ke kebawah. Dalam pada itu pengikut-pengikutnya berteriak-teriak ..

 "hinggaplah pada ku .. hinggaplah pada ku"

Apabila bulu ayam tersebut hampir hinggap pada seseorang, orang itu pun dengan segera menghembus bulu ayam itu agar tidak mengenai dirinya. Melihat bulu ayam itu sudah melayang ke tempat lain, orang itu pun berteriak ...

"hinggaplah pada ku" .. hinggaplah pada ku"

Bulu ayam tadi pun melayang-layang semula ke udara dan perlahan-lahan jatuh menghampiri orang yang lain pula. Akan orang itu dengan segera menghembus bulu ayam itu supaya jauh darinya  .. dan begitulah seterusnya hinggalah bulu ayam itu jatuh ke tanah tanpa sempat menghinggapi sesiapa. Imam tadi seakan-akan tidak percaya apa yang di lihatnya dan merasa amat dukacita.


Apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita di atas ?

.

Thursday, May 19, 2011

MAIN TERJUN- TERJUN.

Beberapa tahun dahulu, saya telah di jemput untuk melihat 
acara  "base jump"  dari Menara KL. Gambar-gambar di bawah menceritakan dengan lebih lanjut aktiviti-aktiviti dan perjalanan  acara tersebut.


Gambar 1. Gambar masa ketibaan. Rambut saya masih hitam lagi.



Gambar 2: Berkenalan Dengan Salah Seorang Penerjun Wanita Yang Paling Cun.



Gambar 3: Best .. entah apa yang best, entah ! 
Penerjun yang cun berada di kanan sekali.


Gambar 4: Gambar penerjun di ambil dari bawah.


Gambar 5: Satu lagi gambar penerjun yang membawa bendera Malaysia.

 

Gambar 6: Penerjun yang cun itu telah  selamat mendarat. 


Gambar 7: Dia orang tengah mengikat saya, takut saya terbang terjatuh.


Gambar 8: Cuma nak menengok saja. Ikatnya bukan main. 
Akibat takut ketinggian, rambut saya dah bertukar putih sampai sekarang.



Gambar 9: Memang pandai  mereka terjun dan bagus pemandangan dari atas.



Gambar 10: Salah seorang peserta bersedia untuk terjun.


Gambar 11: Ada yang terjun berpasangan. Gambar mereka dari atas.


Gambar 12: Ada yang terjun secara solo.

  
Gambar 13: Salah seorang jurugambar. ( Kawan baik Megat )


Nota Kaki: Penghargaan kepada En. Megat yang memberikan gambar-gambar tersebut. Sebenarnya ada beratus-ratus gambar lagi, tetapi saya pilih 13 sahaja pada kali ini.






Ada sesiapa yang pernah terjun dari Menara KL ? Atau ada sesiapa yang pernah naik ke puncaknya ?.

Wednesday, May 18, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 5 : BERHATI-HATI BERGURAU SENDA.




Lydia Miza seorang blogger cun dan popular yang pada masa ini tinggal di Doha, Qatar mengikuti suaminya yang bertugas di sana, ada membuat entri baru-baru ini bertajuk Berhati-hati Bergurau Senda.

Antara lain beliau mengingatkan ...

" Tapi awas ye ...bukan semua orang boleh diajak bergurau . Bukan semua orang sama penerimaannya "

Saya setuju sangat, sebab pernah juga terkena. Kita cakap lain secara bergurau, dia orang tafsir lain. Letih juga di buatnya. Saya percaya anda pun pernah mengalaminya.

Saya rasa antara sebab kenapa bukan semua orang sama penerimaanya, adalah berpunca dari:

1. Perbezaan usia.
2. Perbezaan profesion.
3. Perbezaan pendidikan.
4. Perbezaan jantina.
5. Perbezaan persekitaran.
6. Perbezaan kaum, budaya dan ugama dll.

Misalnya orang tua, suka berkias dan orang muda pula suka 'straight to the point'. Begitu juga profesion polis dan guru misalnya tentu ada istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kelompok masing-masing. Bila di gunakan dalam kelompok lain, mungkin akan menimbulkan pertanyaan atau kekeliruan.

Saya teringat satu peristiwa semasa hendak bergambar, saya pernah bercakap begini kepada jurugambar ..

"cepatlah sikit, kita dah letih berposting ni".

Tujuan saya menggunakan perkataan berposting dan bukannya berposing, hanyalah untuk bergurau.  Bagaimanapun ia telah di salah anggap oleh kengkawan, yang menyangka saya ini tidak tahu perkataan yang betul. Akibatnya saya telah menjadi bahan ketawa mereka. Bila saya kata saya tahu perkataan yang sebenarnya, mereka semua tak percaya dan ini telah menambahkan lagi suhu badan saya.

Jadi ingatan Lydia itu wajar di ambil perhatian, kalau kita tidak mahu timbul masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi dalam perhubungan maya di mana kita tidak dapat melihat bahasa tubuh orang lain untuk di buat penilaian samada orang itu senang atau sebaliknya terhadap apa yang kita perkatakan.

.

Tuesday, May 17, 2011

BEN ASHARI BODOH ?


Saya ada akaun dengan laman Apesal.Com. Setiap kali saya membuka blog, akan terpapar entri-entri dari laman tersebut. Petang semalam saya terkejut melihat satu entri yang bertajuk "Ben Ashari: Seorang Blogger Yang Bodoh" di antara entri-entri yang terpapar seperti di atas. Lalu saya pergi ke entri tersebut. Pemiliknya Sam Posmen.




Saya sendiri tidak begitu mengenali Ben Ashari dan tidak mengikuti blog beliau. Akan tetapi saya tak dapat lari dari sentiasa bertembung dengan nama Ben Ashari. Boleh kata setiap hari ada saja entri tentang beliau di blog follower saya, terutamanya yang wanita. Begitu juga di bloglist mereka, nama Ben Ashari sering sangat saya terjumpa. Saya pun curious untuk tahu lebih lanjut tentang dia. Saya beranggapan sudah tentu ada sesuatu yang menarik tentang beliau. Lalu saya mencari beliau di Google dan amat mudah menjumpai dia. Cuma nama dia ada dua 'a' bukan satu 'a' seperti di tulis oleh Sam Posmen. Itupun bukan masalah kepada Google.

Wow .. follower dia sudah melebihi 14 ribu orang. Dia memang hebat. Mengalahkan artis. Sudah tentu dia seorang yang cerdik, kerana tak mungkin orang yang tidak cerdik dapat mengumpul sebegitu ramai follower. Pengunjungnya juga sudah mencecah 3 juta. Tentulah pendapatan dari iklannya juga banyak sebab saya dapati banyak iklan dipaparkan di blog dia.

Jadi kenapa Sam Posmen berkata Ben Ashari seorang blogger yang bodoh ? Apa motif dia cakap macam itu ? Sebenarnya ia sudah pun diterangkan dalam entri beliau kemudiannya. Kita terima sajalah penjelasan beliau itu.

Dan apa pula motif saya membuat entri ini ? Saya sebenarnya ingin menguji sesuatu. Nanti saya cerita.

Tapi jangan pulak salah sangka. Saya bukannya hendak meningkatkan trafik untuk menambah pendapatan kerana di blog saya satu iklan pun saya tak ada pasang.

Saya harap entri ini tidak menyinggung sesiapa dan saya pun tidak berniat begitu. Dan kalau ada yang tersinggung, saya minta maaf.

.

Monday, May 16, 2011

KEPADA CIKGU KAMI BERHARAP ...

Selamat Hari Guru terutama kepada rakan blogger yang menjadi Cikgu.
Saya pernah buat satu entri Sempena Hari Guru pada tahun lalu.
Setelah di semak dan di nilai semula saya dapati entri itu masih boleh di guna.
Kalaupun saya buat entri yang baru, ianya pun berkisar tentang itu juga.
Cuma tahun ini saya nak tambah dengan sedikit seloka.

Cikgu !

Di sini saya ingin mengadu dan berkisah,
Cikgu pun tahu kan, masyarakat kita semakin parah,
Parti politik yang ada banyak yang memecah belah,
Yang  tua banyak mengajar benda-benda yang tak semenggah,
Yang pemuda banyak yang terjerat dengan gejala dadah,
Yang pemudi pula entah mengapa bangga bila mendedah,
Di bahu cikgu tugas berat kami menyerah,
Mendidik anak bermula dari sekolah rendah,
Menyediakan pemimpin mentadbir negara yang bakal di serah,
Nampaknya tugas cikgu bertambah berat dan tak akan sudah,
Semoga cikgu tidak bersemangat lemah dan sebaliknya terus gagah,
Kerana kepada cikgu-cikgulah kami berharap selain Allah.


*

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU DARI AL-LAVENDARI @ HAMZAH ! 


.

Sunday, May 15, 2011

DARI FACEBOOK - TETIBA MATA SAYA JADI KABUR.

Remove Post
saya buka cermin mata, saya tanggalkan t-shirt, kemudian saya pakai semula cermin mata, tetiba penglihatan saya jadi kabur, saya jadi gelabah ... rupa-rupanya saya tersilap ambil cermin mata isteri saya yang terletak dekat-dekat - fuh legaa !
32 minutes ago · ·
 
p/s: Pada hari blogspot bermasalah, saya ada linkkan ke satu entri yang bagi saya terbaik  dari segi kreativiti gaya persembahan. Isinya turut menyentuh jiwa. Ia di buat sempena sambutan Hari Ibu.  Akan tetapi menurut pemilik blog tersebut seperti komennya di bawah, semua komen dari pengunjung telah hilang.  Entri saya hari itu dan komen-komennya juga  turut hilang. Untungnay RKA ada back-up tak macam saya. Maka dia pun pos semula entri berkenaan di sini. Kepada yang belum baca, eloklah baca dan yang sudah baca, tak mengapa kalau nak baca semula.

Blogger Abi Al-Baihaqi (RKA) said...
 
Assalamu'alaikum THJ... harap sihat... Komen2 dalam blog saya banyak dah hilang termasuklah komen THJ dan rakan-rakan lain dalam seloka Rumah Semi-D (Sempena Hari Ibu) tu... Bukan saya buang tapi hilang..!! Harap mereka semua tak berkecil hati dengan saya... terimakasih THJ kerana linkkan ke blog saya...
May 14, 2011 2:54 PM

MARI MAIN SMS 6 - SYMP.



Permainan SMS yang terakhir kita buat akronim JKKK. Ramai yang cuba. Semua ciptaan mencuit hati. Antaranya ialah:

kakcik said...
Kanda AL... JKKK -Jangan Kacau Kekasih Ku... :) atau boleh juga : Jiwa Kacau Kerana Kempunan!
Tijah said...
JKKK jangan kau ketuk ketua kampung eh. ter tambah 1 lagi K pulak .
jedi said...
Jawantankuasa kelam kelibut kota....
atie said...
Jabatan kaki kikis kampung... he....kampung tak jugak membangun yg dalam jabatan tu rumah wah hebat belaka.....
Ku Tak Sempurna said...
JKKK : Jari Kaki Ku Kaku
AZANI said...
salam Tuan Hajji JKK Jaga Kau Kaki Kondem
abu muaz said...
jin kucar kacirkan kampung JKKK
JunAina said...
Jiwa Kecewa Kerana Kamu...tapi bukan kerana tuan AL ye...
Kakzakie said...
Jiwa Kecamuk Kerana Kau....:) Jaringan Kecil Keuntungan Kemetot..
kucingorengemok said...
JKKK - janji kenyang, kita ketawa (tak sedap lah)
azmnor said...
Salam Tn Hj... JKKK - Jom Kita Kenal Kawan-kawan. JKKK - Jangan Kentot Kuat Kuat....(yg ni tak senonoh.....hahaha...)
gadisBunga said...
tumbuk hidung boleh tak uncle? JKKK - jalan kampung ke kota heheh~
MENTIBANG LAUT said...
JKKK-jangan kau kecewa keranaku
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...
JKKK = Jangan Kecewa Kerana Kekalahan..
Mommy Fara said...
Jamuan Khatan Ketua Kampung Ish...ish...tak sunat lagi ke?
sahromnasrudin said...
assalamualaikum tn hj.. JKKK - Jangan Kesal Kalau Kena Kejar... ( dah kau nak sangat jawatan nie heheheheheh)
 
ibuintan said...
Assalamualaikum... JKKK Jangan Kecewa Kerana Kekasih Janda Kaya Kemaruk Kekasih
 
Fairus Bin Mamat said...
J - JAGUH K - KAMPUNG K - KERJA K - KUAT
♠QlaterianKhalifa♠™ said...
Pergh...JKKK - jiwa kacau kerna kamu JKKK - Jangan Kerat Kaki Kambingku JKKK - Jom Ke Kedai Kiah JKKK - Jangan! Ketuk Kepala Ketua JKKK - Jari Kaki Kau Ke? sedap dan enak la baca blog Tn. Haji ni...
 
 
Oleh kerana sambutan masih menggalakan, saya lanjutkan lagi.

Kali ini cuba buat SYMP (Saya Yang Menurut Perintah) 

Seperti biasa saya mulakan dulu.

SYMP - Salih Yaakob Menikah Pulak..
.

Nota kaki:

Asal usul permainan ini adalah di sini.


.