Sunday, January 15, 2012

JAWAPAN KEPADA KOMEN DARI 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194.

Lanjutan dari enti saya bertajuk Cukup-Cukuplah Tu PTD saya mendapat komen yang agak menarik dan lain dari yang lain dari  2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194   seperti di bawah.


 


Bila saya buat entri "Cukup-Cukuplah Tu PTD" saya sudah bersedia untuk menerima komen seperti itu. Sebab itu, saya buat secara terbuka (bukan dalam bentuk surat layang) tanpa menyembunyikan identiti saya. Dan yang keduanya, kalau saya mahu, boleh sahaja saya 'delete' komen dari tuan 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194 itu kerana ia tidak selari dengan tulisan saya dan juga saya tidak tahu identiti penulisnya.  Walaubagaimana pun saya boleh meneka bahawa dia ini adalah seorang pegawai PTD yang telah JUSA kerana hanya pegawai JUSA sahaja yang amat kecewa bila kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA ini.

Kalaulah ditakdirkan Kerajaan yang memerintah selepas PRU 13 nanti sependapat dengan saya, saya rasa orang yang macam  2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194   ini akan segera menukar haluannya. Dan kalau Kumpulan Pelaksana masih tidak berpuas hati dengan hasil semakan yang akan dibuat kepada SBPA ini, tidak mustahil kerajaan sekarang akan berubah kerana setiap kakitangan Pelaksana membawa sekurang-kurangnya 4 undi secara purata jika diandaikan ibu bapa, mertua dan adik beradik mereka juga turut tidak berpuashati dan bersimpati dengan mereka.


Berikut adalah reaksi saya kepada komen dia.

1. Saya Skeptikal. Perbezaan terbesar antara sektor awam dan swasta ialah birokrasi. Walaupun ramai yang tak suka birokrasi, tapi ia adalah 'necessary evil'. Semua pegawai walau  di Jabatan atau Kementerian mana mereka berada harus patuh kepada semua Surat Pekeliling, Pekeliling, Garis Panduan dan arahan2 yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Agensi Pusat seperti JPA, Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, MAMPU, Akauntan Negara dan lain-lain.  Dengan itu ruang untuk penjawat awak berkreatif dalam pengurusan adalah amat terhad. Kalau bakat dari luar di ambil masuk, mereka juga harus patuh kepada peraturan yang ada. Mereka tidak boleh menguruskan sesebuah Kementerian atau Jabatan, mengikut citarasa mereka. Bahkan saya yakin, bahawa satu hari nanti Tuan  2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194 akan merasa kesal  jika ditakdirkan terpaksa bekerja di bawah bakat terbaik yang dibawa dari luar nanti. Manalah tahu bakat tersebut merupakan suami seorang Menteri atau menantu seorang Menteri Besar yang dah kena 'reject'. Semuanya mungkin belaka. Kalau itu berlaku saya harap dia kenanglah entri ini nanti.

2. Saya Hairan. Semua orang tahu, pada masa ini tapisan dan penilaian yang dibuat untuk memasuki PTD adalah sangat ketat. Hanya yang benar-benar terbaik (cream of the cream) yang lulus segala ujian dan tapisan sahaja yang akan terpilih. Di samping itu mungkin majoriti yang memohon juga mempunyai Ijazah Pertama Kelas Pertama bahkan ada yang ada Ijazah Sarjana. Mereka juga kemudiannya dihantar berkursus di INTAN sebelum memasuki perkhidmatan. Kemudian setelah bekerja akan dihantar lagi mengikuti kursus samada di dalam atau diluar negara. Adakah JPA masih tidak yakin dengan bakat pegawai-pegawai  mereka untuk menerajui Kementerian atau Jabatan Kerajaan ? Kalau benar, alangkah malangnya nasib pembayar cukai.

3. Saya Tersenyum. Dia kata "PTD tua saja yang takut dengan bayang2 sendiri bila nak buka jawatan Ketua Perkhidmatan pada orang luar macam cacing kepanasan".  Dia tahu saya sudah pencen. Mengapa pulak orang pencen perlu merasa takut dan jadi macam cacing kepanasan. Adakah dia ingin merujuk kepada diri sendiri ? Jelaslah saya menulis bukan untuk diri saya tetapi saya menulis kerana memikirkan nasib malang pegawai-pegawai muda tak kiralah sama mereka PTD, Guru, Pertanian, IT dll serta pekerja bawahan yang juga turut melibatkan anak, adik serta saudara mara saya yang  berkhidmat dalam kerajaan pada masa ini. 

4.  Saya Sedih. Saya sedih kerana dia menghina PTD tua termasuklah bekas bos-bos dia dulu dan bapa/ibu atau pakcik/makcik dia kalau mereka juga PTD. Sikap PTD seperti dialah yang menyebabkan perkhidmatan lain semakin menyampah dengan PTD.  Lagipun apa kena mengena umur dalam membahaskan isu ini.  Adakah PTD tua atau orang tua tidak boleh memberi pendapat ? Hanya orang yang ketandusan idea sahaja yang biasanya menggunakan umur, bangsa, jantina dalam perbahasan. Selain dari itu saya sangat pasti bahawa  Tuan juga akan tua satu hari nanti. 

Akhirnya silalah baca artikel dalam Berita Harian  hari ini yang "menggemakan" apa yang saya tulis sebelum ini. Saya harap dia juga akan menulis surat kepada Berita Harian mempertikaikan apa yang ditulis oleh saudara Azhar Abu Samah itu.


  
Berita Harian - 14 Januari 2012.
 
.......................................................................................

Sub-Entry: Rekod Kedatangan Dipecahkan.



Sehingga jam 8 pagi tadi iaitu waktu tutup pengiraan, jumlah pengunjung ke blog saya semalam adalah seramai 1,836 orang.  Ini merupakan rekod tertinggi dari segi jumlah kedatangan ke blog saya dalam satu hari. Terima kasih kepada anda semua terutamanya yang sedang membaca catatan ini.




Nota kaki: Hari ini saya melanggar kebiasaan saya tidak mahu menulis perkara yang berat-berat di hujung minggu.

 

45 comments:

  1. Biasalah - apa juga yang kita suarakan, mesti ada yang pro dan ada yang kontra - walaupun kita hanya berkata 'ya' atau 'tidak'...

    Jangan terkejut kalau yang menulis itu pun sebenarnya keliru antara suara hati dan nalurinya sendiri!

    ReplyDelete
  2. yg benar tu pahit untuk sesetengah orang.

    tetibe saya rasa entri ni tak berat dibaca pun. :)

    ReplyDelete
  3. kalau saya jd tuan, saya da delete komen tu sbb saya tak kenal identiti si pengomen tuh...

    dah la tak berani nak zahirkan identiti, lepas tu ngutuk2. dialah yg sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri.

    lontarkan pandangan dengan bersederhana dan berani. bukan baling batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  4. KAKCIK SEROJA

    SAYA PUN RASA MACAM KAKCIK RASA KEPADA PENULIS ITU YANG KELIRU DENGAN RASA HATI SENDIRI.

    SAYA JUGA TIDAK SULIT UNTUK MEMAHAMI KENAPA DIA MENYOKONG PEGAWAI JUSA NAIK GAJI 100% KERANA DIA TURUT MERASA NIKMATNYA. PEDULI APA SAMA ITU GOLONGAN MARHAEN !

    ReplyDelete
  5. GADISBUNGA

    UBAT MEMANG TIDAK SEDAP DI TELAN. KALAU AWAK RASA TAK BERAT, LAIN KALI BOLEHLAH UNCLE BUAT YANG LEBIH BERAT.

    ReplyDelete
  6. MUHAMMAD SYAHMI

    ORANG MACAM DIA INILAH YANG MEMBUATKAN PERKHIDMATAN LAIN MAKIN MENYAMPAH DENGAN PTD.

    SAYA TIDAK AKAN DELETE PENDAPAT YANG BERBEZA. SAYA CUMA DELETE KOMEN YANG TAK RELEVAN, LUCAH ATAU YANG MENYENTUH SENSITI MANA2 UGAMA ATAU KAUM.

    ReplyDelete
  7. Syabas bang. Ulasan yg jitu dan padu.

    Walaupun saya tak pernah kerja gomen, tapi saya nampak point2 yg abg utarakan itu ada betulnya.

    ReplyDelete
  8. YUNUS BADAWI

    TERIMA KASIH ATAS KOMEN AWAK ITU YANG MENYUNTIK SEMANGAT BARU KEPADA ABANG UNTUK TERUS BERBLOG.

    ReplyDelete
  9. TAKPE TUAN, SEKALI SEKALA BERBAHAS DALAM BLOG APA SALAHNYA.. TAPI DALAM PENGAMATAN SAYA, MEMANG ADA YANG BERAPA YANG TAK KENA DENGAN SBPA NI.. ELOKLAH DIKAJI SEMULA..

    ReplyDelete
  10. Hmm..Agaknya kata2 tuan tu terkena sensitif point dia...itu pasal lah melenting.Tapi saya rasa tuan sudah masak dgn sikap yg sebegitu..Syabas kerana menyuarakan yg benar.Anyway its your blog and you have the right to say whatever you wish to.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Salam tuan haji,

    Kami yang bekerja di badan berkanun ni ada juga mengumpat orang2 ptd di JPA tu, kami kata, kenaikan gaji mereka yang buat, jadi mesti mereka pentingkan gaji mereka dulu, baru gaji kita orang marhein.

    JUSA tu kan ada orang kata 'Jutawan Sektor Awam,' gaji ribu riban dengan elaun-elaun yang macam-macam sehingga menjangkau 20k lebih bagi JUSA A. Jusa C pun dan belas-belas ribu gaji termasuk elaun.

    Jadi betul seperti kata tuan haji, adjust-adjustlah jurang yang ada antara kita dengan JUSA ni. Sama-sama kita nikmati rezeki Allah beri. Kalau ada orang yang buat perancangan saja tapi orang yang nak melakukan apa yang dirancang tu tak ada, tak jadi jugak satu-satu kerja. Maksudnya kita saling memerlukan.

    ReplyDelete
  13. Saya teringat pepatah org tua2 .. "siapa yang makan cili , dia yang rasa pedasnya" ...

    ReplyDelete
  14. saya sebagai pegawai marhaen ini memang bersetuju dgn tuan, tapi kalau saya pegawai JUSA kemungkinan besar saya akan bersetuju dengan SBPA. :D Manusia, kan. cuma saya berdoa janganlah saya jadi seperti en anon berserial no panjang itu, jenis yang berani bersuara sinis, di balik tembok .

    ReplyDelete
  15. pakngah kalaulah semua orang yang berkenaan berfikiran seperti apa yang ditulis oleh pakngah sekarang, tiadalah yg di pinggiran akan terasa terpinggir
    dan tiadalah pepatah Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

    ReplyDelete
  16. haa..ayong sokong pasai gaji ayong naik sikit jeee...huaaa

    apa pun alhamdulillah..tak cukup bulan tu mintak le kat ayah sikit..boleh kan boleh kan....hehehe

    ReplyDelete
  17. Pakngah, saya belum ada pengalaman bekerja dengan kerajaan tapi saya tetap mengikuti setiap penulisan pakngah. bagi saya, si polan yang memberi komen itu sendiri yang merasa cemburu dengan pakngah hehe..

    ReplyDelete
  18. Tak mungkin kita wujudkan "classless society" di negara ini, dan saya pun bukanlah mencadangkannya. Tetapi jurang besar yang ada di kalangan kelas-kelas yang berbeza, yang pada asasnya ditentukan oleh perbezaan pendapatan, janganlah diperpanjangkan atau diketarakan sangat. Semua orang ada rol, hatta pengumpul sampah yang marhaen. Tidak mungkinkah ada implikasi politik yang serius ekoran sistem baru ini?

    ReplyDelete
  19. FAIRUS

    SAYA TIDAK ADA MASALAH LANGSUNG UNTUK BERBAHAS BERDASARKAN HUJAH MASING2. JANGAN BABITKAN SOAL UMUR, TUA, PENDIDIKAN, BANGSA DSB YANG TIDAK BERKAITAN.

    ReplyDelete
  20. HANI@DEBUMELUKUT

    SAYA TIDAK TERCALAR SEDIKIT PUN DENGAN KOMEN2 SEBEGINI. BAHKAN TIDUR SAYA NYENYAK SEKALI MALAM TADI. KOMEN YANG LEBIHTERUK DARI ITU PUN SUDAH SAYA TEMPUHI.

    ReplyDelete
  21. KUNANG-KUNANG

    SALAM KEMBALI.

    SETUJU. KITA SALING MEMERLUKAN. KADANG2 GOLONGAN PELAKSANA INI LEBIH PENTING DARI GOLONG PEMBUAT DASAR. DI BAHU MEREKALAH GAGAL ATAU JAYANYA SESUATU DASAR YANG DIBUAT OLEH PEMBUAT DASAR. DAN JANGAN LUPA, GOLONGAN PELAKSANA INI RAMAI DAN DENGAN ITU MEREKA DENGAN SENANG SAHAJA BOLEH MENUKAR KERAJAAN KALAU MEREKA MAHU.

    ReplyDelete
  22. CHIK ATT

    SAYA PUN PERCAYA DIA TELAH TERMAKAN CILI.

    ReplyDelete
  23. KLCITIZEN

    NASIB BAIK CIK ANON TU KOMEN DI BLOG SAYA. KALAU BLOG ORANG LAIN BELUM TENTU NASIBNYA KERANA MUTU KOMEN BELIAU MEMANG LAYAK DIBAKULSAMPAHKAN SAHAJA.

    ReplyDelete
  24. KASIHIBU

    MEMANG TEPAT PEPATAH AWAK PILIH. MEMANG NAMPAKNYA MASING DAH JADI MACAM ENAU DALAM BELUKAR SEKARANG INI. MEREKA BARANGKALI SUDAH LUPA DENGAN PEPATAH 'MACAM AUR DENGAN TEBING'

    ReplyDelete
  25. OMAK KEPADA AMIRIN.

    MACAM TAK BIASA PULAK.

    ReplyDelete
  26. LAYLIE MDNOOR.

    MUNGKIN JUGA DIA CEMBURU SEBAB ITU KOMEN DIA BANYAK YANG TERSASAR DAN TIDAK MENJAWAB ISU YANG DIBANGKITKAN.

    ReplyDelete
  27. ABANG TEMUK.

    1. SAYA SUDAH MEMBAYANGKAN DALAM ENTRI DI ATAS IMPLIKASI POLITIK EKORAN PELAKSANAAN SBPA INI. BARANGKALI KERAJAAN SUDAH MENGHIDUNYA DAN SEBAB ITU IA DISEMAK SEMULA.

    2. SAYA SETUJU BAHAWA TIDAK MUNGKIN BERJAYA DIWUJUDAKAN NEGARA UTOPIA TANPA KELAS. CHINA TELAH GAGAL DAN SEKARANG JURANG PEMISAH ANTARA KAYA DAN MISKIN DI NEGARA TERSEBUT LEBIH TERUK LAGI DARI NEGARA KAPITALIS YANG MENJADI CEMUHAN MEREKA DULU.

    ReplyDelete
  28. Salam PakNgah, Apa khabar? Moga sihat dan bahagia sentiasa. Saya hanya penjawat awam muda yang masih belum tetap jawatan. Saya dah baca dua2 en3 dan saya berpendapat SBPA hanya satu alternatif separuh masak yang tidak relevan. Atau kurang relevan pada keadaan sekarang. Umum mengetahui, taraf hidup di Malaysia makin lama makin membebankan pada golongan sederhana apatah lagi mereka yang di bawah. Saya selalu tertanya, bagaimana mereka yang mendapat elaun perjalanan hari demi hari memahami keperitan golongan di bawah mereka yang perlu membayar untuk mengisi minyak hari2. Jika betul ingin menjaga kebajikan penjawat awam, bukankah itu berat sebelah? bagaimana dengan mereka yang bekerja sendirian? Kerana itu saya rasa SBPA bagai separuh masak. Adalah lebih tepat jika kerajaan yang memerintah mengutamakan kebajikan kesemua rakyat Malaysia dengan menambah baik perkhidmatan awam sepertimana negara2 maju yang lain. Contoh termudah, pengangkutan awam. Jika kita buat thought experiment bagaimana pengangkutan awam boleh bantu kesemua masyarakat-pengangkutan awam bertaraf antarabangsa menjamin produktiviti terbaik mereka yang bekerja. Tidak risau pergi dan balik, tak risau parking dan sebagainya. Ini secara tak langsung menamatkan fenomena overstress di kesesakan jalan raya selain daripada menjimatkan kos sara hidup mereka. Jika tak seluruh negara, cukuplah dengan menumpukan sepenuhnya pada bandar2 utama. Satu lagi, hasil pendidikan di negara kita berjaya memupuk budaya materialistik berbanding budaya ilmu dan kebajikan. Dan ini secara tak langsung berjaya melahirkan penjawat yang mengutamakan kehidupan material berbanding kepuasan berkhidmat untuk masyarakat kebanyakan. Alangkah hebatnya jika kita mempunyai contoh pemerintah seperti zaman Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidin yang menjadikan tanggungjawab pemerintah sebagai satu amanah dan bukan kawah mengisi dunia...Apapeun PakNgah, Semoga bahagia dan sihat2 selalu :)

    ReplyDelete
  29. FAREEDSAIRI

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KOMEN YANG CUKUP BERNAS. SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT AWAK BAHAWA KEBANYAKAN PEGAWAI2 TINGGI SUDAH TIDAK LAGI MEMENTINGKAN KEPUASAN BERKHIDMAT SEKARANG INI. KALAULAH MEREKA DAPAT MENCONTOHI 10% SAHAJA DARI PERIBADI DAN AMALAN SAIDINA OMAR, ALANGKAH HARMONINYA PERHUBUNGAN DI ANTARA RAKYAT DAN PEMERINTAH.

    ReplyDelete
  30. Salam En AL
    saya tk berapa ambil kisah pasal perkara ni mungkin kerana tk terlibat..tapi baca juga supaya taklah jadi katak bawah tempurung sgt...

    Selalunya org yg menyuarakan pendapat mcm mamat tu(lelaki kot)sebab dia sendiri yg tk puas hati...dan dia tk dapat...

    ReplyDelete
  31. PTD tu apa? haha.... apa2 pun, sistem baru ni saya setuju sangat walaupun tau ramai yg tak puas hati..tp kena terima jer, sbb sistem baru mmg khas utk org baru bukan org yg dah lama..yg lama kena bersyukur sbb ada sistem baru. kalau tak puas hati jugak cadang la sistem yg lg baru sampai org puas hati. esok gaji..jom ramai2 ke atm yg berhampiran dgn ofis anda..ahaks

    ReplyDelete
  32. Salam tn. Saya sangat tertarik dgn jwpn 'Saya Skeptikal' tn bhg awal2 tu. Memang itulah realitinya. Mohon share ya tn.

    ReplyDelete
  33. Salam tn. Saya sangat tertarik dgn jwpn 'Saya Skeptikal' tn bhg awal2 tu. Memang itulah realitinya. Mohon share ya tn.

    ReplyDelete
  34. AIDA ALI.

    SAYA TIADA MASALAH BAHKAN BERBESAR HATI JIKA CIKGU NAK SHARE. SILAKAN.

    ReplyDelete
  35. NYANYISUNYI

    SALAM KEMBALI.

    KATA AWAK TU MUNGKIN BETUL MUNGKIN SALAH KERANA SAYA TIDAK KENAL SIAPA DIA.

    ReplyDelete
  36. FATIN MRAZ

    MEMANG KOMEN KAKCIK TU TEPAT.

    ReplyDelete
  37. MENTIBANG LAUT

    MEMANG DISIPLIN TENTERA BEGITU .. SEDIA DAN PATUH MENERIMA ARAHAN KERANA SAYA DIFAHAMKAN GENERAL2 DALAM TENTERA SANGAT MENJAGA KEBAJIKAN ANAK2 BUAHNYA.

    ReplyDelete
  38. terbaek la ulasan nie uncle. agak2 org yang tak tinggalkan identity tue brani jawab balik tak?

    ReplyDelete
  39. MAS ZUBER.

    KALAU DIA NAK JAWAB, UNCLE TENGOKLAH. KALAU HUJJAH DIA LEBIH BAGUS, UNCLE TERIMA. UNCLE TERBUKA. ADAB BERHUJAH ADALAH SEPERTI YANG UNCLE NYATAKAN DALAM ENTRI BERTAJUK "PTD KENA REJECT" HARI INI.

    ReplyDelete
  40. maunyer tak marah sbb nikmat nikmat dunie tak dapat dirasai..huhu.mmg bagus keputusan sbpa dikaji semula..

    ReplyDelete
  41. WAN NURUL HEZRINA

    WALAUPUN DI KAJI SEMULA, TAPI SAYA TIDAKLAH MENARUH HARAPAN YANG BESAR.

    ReplyDelete
  42. Agak2 bila 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194 nak tulis surat bantahan ke BH yer Uncle? Tingin nak baca.. ;p

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum en pak ngah..
    nk komen juga walaupun dah sangat lambat..saya tak berkaitan dengan isu ini tapi sangat tertarik dengan yang no 2..sama dengan apa yg saya fikirkan ketika membaca entry sebelum entry ni (yang berkaitan)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana baca entri lama saya. lewat tak pa .. tapi apakah ini bermakna awak bersetuju dengan saya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.