Saturday, March 31, 2012

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 24 : RM150 PERATUS.

.

Hey Kapoor ... macamana mahu baca ?


Friday, March 30, 2012

BOLEHKAH MENGUMPAT DAN BERBOHONG ?

Sebelum baca entri hari ini, bacalah dulu komen-mengomen di antara saya dengan Marilyn Marina Monroe seperti dibawah.




  1. Salam Pak Ngah,


    Ehhhh...kenapa tajuk Pak Ngah guna 'Mengumpat' tak rela bersekongkol..hihihihi
    guna lah perkataan 'perbincangan' lebih selesa rasa tanpa dosa..

    ReplyDelete

    Replies

    1. salam kembali.


      ada mengumpat yang dibolehkan .. begitu juga dengan berbohong, tapi saya tak cadang nak bincang di sini .. mungkin lain kali saya buat entri khas mengenai keharusan mengumpat dan berbohong.
      Delete

    2. Salam,

      Macam kata dialog PRamle 'Tipu Sunat' ker?
      Ilmu saya belum ada lagi tentang ini, boleh Pak Ngah citer sikit dlm masa terdekat. Bukan nak gunakan ilmu ni tapi untuk pengetahuan saja.
      Thank You in advance for sharing.
      Delete
.............................................................................................................................

Berdasarkan ilmu saya yang sedikit semasa belajar di sini dahulu, memang kita dibolehkan mengumpat dan juga berbohong dalam keadaan tertentu seperti untuk menghindarkan masalah,  mengelakan pergaduhan, menegakkan keadilan dan sebagainya. 

Menghindarkan Masalah.

Kalau kita mengetahui peribadi seorang jejaka itu tidak baik dan rakan kita ingin berkahwin dengannya, maka dalam kes ini kita boleh memberitahu (bermaksud mengumpat) keburukan jejaka tersebut supaya kawan kita tidak memilihnya sebagai calon suami. Keburukan yang diceritakan itu bukanlah yang diada-adakan atau yang dibesar-besarkan. Cukup sekadar untuk membolehkan kawan kita membuat pertimbangan dan menukar fikiran. Andainya kawan kita tetap juga mahu meneruskan hasratnya, terserahlah kepada dia.

Mengelakan Pergaduhan.

Kalau ada orang bersembunyi di rumah kita kerana melarikan diri dari penjahat yang ingin mencederakannya, maka dalam kes ini kita boleh berbohong dengan mengatakan tidak tahu jika ditanya oleh sipenjahat itu samada kita ada melihat si polan yang sedang bersembunyi di rumah kita itu.

Dalam kes yang berlainan, saya teringat contoh yang diberi oleh Dato' Ishak Baharom, Mantan Mufti Selangor sedikit masa dahulu, tentang keharusan suami yang beristeri dua berbohong, sekirannya dengan berbuat begitu boleh menghindarkan pergaduhan antara dia dengan isteri-isterinya atau di antara isteri-isterinya.

Menegakkan Keadilan.

Di dalam mahkamah juga, sekiranya kita menjadi saksi, kita juga dibolehkan menceritakan peribadi jelek orang yang dituduh, dengan niat untuk menegakkan keadilan dan megelakan orang yang tidak bersalah dari teraniaya.


Wallahualam bissawab.




Thursday, March 29, 2012

ULASAN AKHBAR 1.


Harap-harap  Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Utama 
Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia jangan berbuat begitu.
Takut nanti hilang kemuliaan.

Cerita lanjut di sini.


RUMAH BANGLO BERTUKAR MENJADI RUMAH TERES.



Rumah saya ada di antara rumah-rumah tersebut.

Banyak rumah banglo atau rumah sesebuah di taman perumahan saya sudah bertukar menjadi rumah teres (link house) atau nyaris-nyaris menjadi rumah teres.

Puncanya ?

Para pemilik berlumba-lumba membesarkan/menyambung rumah mereka hampir dengan pagar rumah masing-masing dengan harapan orang sebelah tak sambung rapat ke pagar. Bila  orang sebelah tengok jiranya sudah sambung hampir ke pagar, dia pun  fikir mana boleh jadi dan dia pun buat sambungan juga merapati pagar rumahnya.

Kesudahannya rumah mereka kelihatan seakan-akan bersambung dan angin nak lalu pun susah.  Itulah jadinya kalau masing-masing tak mahu mengalah.

Nasib baik rumah saya tak begitu.
.

Wednesday, March 28, 2012

WW 30: MACAM SCHA TAHU JE SAYA MENGUMPAT DIA SEMALAM.





Tuesday, March 27, 2012

AWAL ASHAARI MELAMAR SCCHA AL YAHYA.



Video di atas menunjukkan Awal Ashaari  melamar Scha Al Yahya dalam rancangan Propaganza baru-baru ini yang ditonton oleh rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei melalui siaran Astro Ria 104 secara langsung.


Syabas ! Dah tak ada beza dengan budaya Mat Salleh kan ?

Masa dulu-dulu kalau seorang anak teruna ingin berumah tangga mereka meminta restu ibu bapa dan saudara-mara terdekat terlebih dahulu. Kemudiannya barulah masuk tahap pertama iaitu merisik. Kalau anak gadis yang dirisik itu masih kosong, baru masuk meminang. Kalau pinangan itu diterima oleh keluarga sebelah gadis, barulah bertunang. Dalam tempoh bertunang itu pula ada perjanjian dan pantang-larangnya sehinggalah sampai masa mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah melalui ikatan perkahwinan.
Proses itu diatur oleh orang tua-tua dari kedua belah pihak. Segalanya dibuat dengan mengikut tertibnya sesuai dengan adat resam orang Melayu. Penuh dengan kiasan, pepatah-petitih, usik-mengusik dengan bahasa yang sopan dan indah serta pantun memantun dengan penuh santun. 

Adakah adat itu sudah tidak sesuai lagi sekarang ini dan ketinggalan zaman ?
 Entahlah .. saya pun tak tahu nak cakap.

Mungkin selepas ini  kalau ada sesiapa yang nak tengok rupa tepak sirih kenalah pergi ke muzium.

Alahai budaya Melayu ku !



Ngomelan: Ingatkan nak kurangkan berblog, tapi tak boleh rupanya.


Monday, March 26, 2012

SAYA SUKA ENTRI INI 8: KITA PATUT MALU KALAU BERINTERNET BERJAM-JAM KITA SANGGUP ....













1. Tajuk Entri: KITA PATUT MALU KALAU BERINTERNET BERJAM-JAM KITA SANGGUP ..

2. Tarikh Disiarkan: Mac 2012

3. Nama Blog: NAMAN

4. Nama Pena: Cikgu Naman

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link:  http://naman0807.blogspot.com/2012/03/kita-patut-malu-kalau-berinternet.html


7. Sedutan Entri:

"Kita mampu online berjam-jam lamanya di depan PC dengan

a)
Blogging


Update, blogwalking dan macam-macam lagi. Belajar teknik naikkan trafik, teknik SEO, masuk contest macam² dan yang seangkatan dengannya. Lagi² baca gosip artis terkini.

b) Tweet

Bangga dapat tweet beratus sehari dan ramai orang retweet balik. Bahkan sekarang ada yang kata tak sah kalau tak tweet dalam sehari.

c) Facebook

Fuh. Setiap jam kita update status. Komen kat status orang , like dan bermacam lagi. Dari pagi update status dah mandi, dah sarapan, makan tengahari dan segala macam lagi.

Dan macam² aktiviti internet lagi yang kita lakukan setiap hari.

Kita, maksudnya termasuk saya kalau tergolong di antara mereka² yang melakukan aktiviti² di atas patut merasa malu sekiranya,

satu muka AlQuran pun kita tak mampu habiskan sehari. Setuju? "


8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini memberi peringatan kepada saya yang masih mempunyai projek yang berada di belakang jadual.  Salah satu sebabnya kerana facebook dan blogging.  Oleh itu saya terpaksa merehatkan facebook saya seketika dan menjarangkan membuat entri di blog. Ini adalah langkah sementara sehingga saya berjaya mendahului  jadual dalam pelaksanaan projek-projek saya.

 

9. Kesimpulan: 


Bahagikanlah masa kita dengan sakasama agar perkara-perkara yang penting dan patut didahulukan kita dahulukan. Peringatan buat diri saya sendiri.

Untuk membaca entri Cikgu Naman ini sepenuhnya sila klik kat sini



MARI KITA BUAT SENAMAN OTAK !

.



     T
     A
    T A M A T
     A
     T

Perkataan tamat kalau dieja samada  ke kanan atau ke kiri atau ke bawah atau ke atas tetap sama  bunyi dan maksudnya. Ada banyak lagi perkataan lain dalam Bahasa Melayu yang kalau kita eja ke kiri atau ke kanan atau ke atas ke bawah akan tetap sama bunyi dan maknanya. 
Siapa nak cuba ?



Friday, March 23, 2012

RENUNGAN HARI JUMAAT - KALAU MAHUKAN RUMAH KITA NAMPAK BESAR !



Gambar Hiasan bukan Ihsan Google.

Ada dua cara kalau kita mahukan rumah kita lebih besar dari rumah jiran-jiran kita:

Cara Susah.

Besarkan rumah kita dengan membuat sambungan kepada rumah yang sedia ada; atau

Cara Mudah.

Pecahkan rumah-rumah jiran kita yang lebih besar dari rumah kita tanpa perlu membesarkan rumah kita sendiri. Cara ini lebih mudah dan murah.

Kedua-dua cara itu akan menyebabkan rumah kita jadi lebih besar dari rumah jiran kita. 

Tapi saya tak nasihatkan anda pilih cara mudah itu. Cuma nak cerita, ada juga orang yang pilih cara yang mudah itu di Malaysia ini.

.

WW 29: KALAU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT ...

.




......................................................................................................................

p/s. Terlupa pulak hari ini hari Rabu sehinggalah saya terbaca entri ini. Hari ini saya letih sangat sebab kelmarin pergi memancing. Bila kurang dapat ikan, keletihannya bertambah-tambah.



30 tahun dulu tak adalah letih sangat macam ni .. !

Thursday, March 22, 2012

KECOH: KITA KAT BAWAH JE YANG LEBIH-LEBIH.

Perhatian:  Entri ini dipamer secara serentak di kedua-dua blog saya. Kalau rasa nak jawab pantun  silalah ke blog  ini.




Orang politik kalau bergaduh,
Keluar dewan  berpeluk-pelukan;
Orang kampung kalau bergaduh,
Tidak bertegur tujuh keturunan.

Orang politk kalau berbalah,
Keluar dewan berpegangan tangan;
Orang kampung kalau berbalah,
Bila sembahyang imam berasingan.


*  Tajuddin itu orang UMNO dan Salehuddin itu orang PAS.

.

Tuesday, March 20, 2012

KITA TAK MINTA SESIAPA BERSEPPUKU ATAU BERHARAKIRI.



Ada yang tak tahu apa itu Seppuku atau Harakiri ? Kalau nak tahu lebih lanjut, klik sini. Itu adalah budaya orang Jepun yang mengambil nyawa sendiri dengan ritual tertentu bila merasa bersalah dan bertanggungjawab. 

Kita tidaklah sampai perlu mengamalkan budaya itu. Lagipun ia berdosa besar di sisi ugama Islam. Di Jepun sendiri pun sudah tidak kedengaran lagi ada orang buat Harakiri.  Cuma kalau boleh, bila  kita merasa bertanggungjawab atas sesuatu kesalahan, cukuplah meletak jawatan atau bersara bagi yang layak. Kadang-kadang tu sudahlah tak mahu meletak jawatan, ada juga orang tu dengan muka tak malu menuduh orang lain pula yang berkonspirasi untuk menjatuhkan dia.

Saya teringat kisah saya membuat kesilapan semasa bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jalan Raja Laut, KL suatu masa dulu. Pada masa itu saya berumur di akhir  30an. Pada satu masa saya ditugaskan untuk menyelaraskan penggubalan satu Pekeliling. Oleh kerana terlampau menumpukan kepada isinya, saya  kurang menumpukan perhatian kepada tajuk Pekeliling itu. Ejaan Penjadualan sudah tersilap cetak menjadi Penjadual sahaja. Itulah sahaja kesilapannya. Tapi kerana sifatnya sebagai Pekeliling, maka ia harus tiada cacat celanya.

Saya yang menurunkan tandatangan memberi kelulusan pada draf terakhir sebelum dicetak.  Urusan percetakan dan pengedarannya di buat oleh Bahagian lain. Bila Pekeliling itu siap dan diterima dari Jabatan Percetakan Negara, kesilapan itu disedari oleh seorang pegawai di Bahagian yang bertanggunjawab menguruskan percetakan dan pengedarannya. Dia pun dengan suka hati membuat memo kepada ketua saya serta menyalinkan ke beberapa bahagian lain dan meminta Pekeliling itu diperbetulkan untuk dicetak semula. Masa sudah terlalu singkat kerana Pekeliling itu akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam satu mesyuarat berkaitan yang dipengerusikannya dalam tempoh seminggu lagi dari tarikh  tersebut.

Bila saya diberitahu oleh Pembantu Peribadi bos saya mengenai memo itu, saya pun segera mengambilnya sebelum bos saya sempat melihat. Terus saya membalas memo itu kepada pegawai yang menulisnya dan menyalinkan kepada semua Bahagian yang telah disalinkan memo tersebut. Antara lain saya menulis lebih kurang begini ..

"Walaupun memo tuan tersebut ditujukan kepada Pengarah saya, namun izinkan saya menjawabnya kerana ia melibatkan diri saya secara langsung. Saya mengakui itu adalah kesilapan saya. Saya berharap mendapat kerjasama tuan supaya menguruskan percetakan semula dan memberikan invoisnya kepada saya untuk dijelaskan bayarannya".

Lalu apa berlaku ? Saya telah ditegur oleh bos saya sendiri kemudiannya dan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Mereka berkata mengapa saya jadi bodoh kerana banyak lagi kesilapan lain atau pembaziran lain yang lebih besar daripada itu tetapi tidak ada siapa pun yang dikenakan tindakan.  Yang dimaksudkan dengan pembaziran itu ialah buku-buku terbitan Jabatan tempat saya bekerja dan juga pekeliling yang berlonggok dalam stor yang tidak diedarkan, samada kerana telah terlebih cetak atau sudah tidak relevan lagi.

Maka selamatlah saya dari membayar kos mencetak semula Pekeliling itu.

Berdasarkan kisah tersebut, tipislah harapan saya untuk melihat KSN atau KPPA atau pun orang lain meletak jawatan atau bersara awal seperti didesak oleh YB Dato' Ibrahim Ali sebagaimana dilaporkan di dalam keratan akhbar di bawah.



.

Monday, March 19, 2012

BLOG PUN ADA PERIBAHASA.


Sebenarnya saya pernah terjumpa satu entri tentang peribahasa twitter, tapi lupa nak ambil butir-butir pemiliknya. Dari situ saya mendapat idea untuk mengubahsuainya menjadi peribahasa blog.


1. Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
Sayangkan blog update-updatekan.

2. Lain padang, lain belalang
Lain blog, lain follower.

3. Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.
Blog orang dilawati, blog sendiri terbiar bersawang.

4. Harapkan pagar, pagar makan padi
Harapkan follower, follower tak mahu singgah.

5. Kalau seekor ayam tak berkokok, hari siang juga.
Kalau seorang blogger tak buat entri, blog jalan juga.

6. Bagai pahat dengan penukul.
Bagai blogger liat nak update.

7. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Jangan buat blog, jika takut kena kutuk.

 8. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang berblogwalking, biar sampai tengah malam.

9. Biar mati anak, jangan mati adat.
Biar mati road tax kereta,  jangan berhenti berblog.

10. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. 
Kerana marahkan Cik Anon, blog tidak lagi di pedulikan.

11. Kerana telur sebiji riuh sekampung
Kerana dapat pelawat lebih 10 orang, riuhnya macamlah sejuta.

12. Indah khabar dari rupa. 
Indah gambar profil dari rupa sebenar.

13. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Diam-diam blogger hilang Gliteriti (Nuffnang).

14. Bagaikan resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Bagaikan resmi blogger, makin diam makin pedas.

15. Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
Bagaimana gayabahasanya, begitulah peribadi tuannya.

16. Bagikan aur dengan tebing. 
Bagaikan bloggers dengan followers.

17. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. 
Jangan disangka entri yang pendek, tiada mesej.

18. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Biar update sebaris, jangan langsung tak update.

19. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
 Keyboard sudah di tangan, line sudah clear.

20. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Teruskan berblog walaupun sampai terlentang.

21. Sediakan payung sebelum hujan.
Mantapkan  idea sebelum buat entri.

22. Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.
Kerana entri - orang terasa, kerana komen - kita sakit jiwa.

23. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Sedangkan suami isteri lagi bergaduh, inikan pula dengan follower.

24. Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Bagaikan follower bertambah selepas kontes.

25. Ada udang disebalik batu.
Ada Cik Anon di kalangan pengunjung.

26. Tak kenal maka tak cinta. 
Tak follow maka tak suka.

27. Bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai berblog tiada pembaca.
 
28. Bagai duri dalam daging.
Bagai komen Cik Anon yang menyakitkan hati.

29. Bagai murai dicabut ekor.
 Bagai al-lavendari dilarang berblog.


Sampai di sini otak saya sudah tepu. Tak tahu nak tulis apa bagi peribahasa berikut ...




Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Bagaikan menegakkan benang yang basah.

Bagikan telur di hujung tanduk.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga





Kerja Rumah. Anda dipersilakan untuk sambung-menyambung peribahasa-peribahasa itu dan kalau rajin buat peribahasa yang lain pula. Saya tahu anda mesti banyak idea punya !



Saturday, March 17, 2012

SAYA INGIN TURUT SERTA DALAM PROJEK 100 BLOGGERS.

Projek 100 bloggers dikendalikan olah Bro Framestone dalam usaha beliau mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih.  Saya teringin nak mencuba. Kalau tidak terpilih pun tidak mengapa kerana mungkin blog saya belum cukup baik untuk diketengahkan.

Antara syarat-syaratnya ialah:
  1. Mempunyai trafik sehari dalam 500 uv (sekurang-kurangnya)
  2. Setiap blog post mendapat 5 – 10 komen dari pembaca. (sekurang-kurangnya)
  3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  5. Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.
  6. Duduk di Malaysia dan warga negara Malaysia.
  7. Sanggup memberi komitment kepada projek 100 bloggers (Bro dah xnak layan blogger yang banyak songgeh)
  8. Lebih diberi keutamakan kepada blogger ber”niche” : kekeluargaaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keushawanan, makanan.

Itu sahaja syaratnya. Untuk maklumat lebih lanjut silalah ke blog Bro Framestone di sini. 

Sebagai bukti trafik saya melebihi 500 sehari saya upload cetakan skrin statisk pengunjung ke blog saya pada dua hari lepas (tarikh entri ini dibuat).
 

Kepada anda yang memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan, marilah kita menyahut jemputan dari Bro Famestone ini.


Friday, March 16, 2012

ORANG KATA LELAKI TUA LEBIH MATANG, PENYAYANG. ADA YANG TAK SETUJU ?

Pagi tadi saya update status facebook saya dengan membuat pertanyaan samada ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa "Lelaki tua lebih matang, penyayang" seperti dalam keratan akhbar Berita Harian di bawah.


Saya mendapat jawapan yang menarik dari Noor Lubna sebagai input dan peringatan kepada saya dan juga mereka yang sewaktu dengan saya.  Bacalah !


  • Noor Lubna saya setuju. tetapi...pd pdpt saya mereka tiada pilihan melainkan bersikap penyayang itu. kalau dh tua2 nk jd mcm org muda...sapa yg nak jaga bila dh x larat nanti..? :D
    3 hours ago ·




  •  
    Noor Lubna yang itu disengajakan wpun sbnrnya mereka matang dgn pglmn. ataupun itu tanda2 nyanyuk sudah bermula?
    3 hours ago · · 


    p/s: tadi saya pergi sembahyang Jumaat sendirian menaiki motorsikal tanpa Haiqal kerana dia menghadiri kelas tambahan. Sungguh tak seronok sebab tak ada orang nak garu belakang saya macam selalu.

PEMANDUAN SEBELAH MANA LEBIH ISLAMIK ?

Baru-baru ini di facebook saya ada bertanya kenapa agaknya kereta pemanduan sebelah kiri lebih Islamik berbanding pemanduan sebelah kanan.

 


Saya cuba ringkaskan jawapan daripada beberapa orang sahabat facebook kerana tulisan di atas mungkin kurang jelas. Kalau ada yang ingin menambah, dipersilakan.

Sara Bee: Membolehkan kita melangkah masuk menggunakan kaki kanan.

Hamzah Abd Hamid. Boleh berludah ke sebelah kiri sebagaimana disunnahkan. Kalau pemanduan sebelah kanan, nahaslah penumpang sebelah kiri.

Lydia Miza:

1. Dapat menukar gear menggunakan tangan kanan.

2. Boleh guna tangan kanan pegang orang di sebelah.

3. Boleh makan makanan ringan menggunakan tangan kanan.

Azwa Kamar pula menyimpulkan kesulitan yang dialaminya selama ini. Saya salin sepenuhnya. 

Patutlah masih selalu terasa janggal bila masuk ke kereta dengan kaki kiri, meludah ke kiri juga dengan mengguna tissue, terpaksa guna tangan kiri bila tukar gear ... what to do ...

Fikir-fikirkanlah bila melihat kereta pemanduan di sebelah kiri betapa beruntungnya mereka.


p/s. ada juga sikit masalah bagi yang membayar tol secara tunai atau touch n go. Tapi masalah itu adalah masalah khusus dan ia akan selesai dengan sendirinya jika semua jalan raya kita tak ada tol lagi.

 Mana lebih cantik .. kiri ke kanan ?

Thursday, March 15, 2012

SAYA ADALAH PENYOKONG KEADILAN.


 "Chong berkata, beliau tidak mengharapkan sebarang balasan daripada keluarga itu kerana beliau lebih mementingkan keselamatan Hazim dan dapat pulang ke pangkuan keluarganya"


Negara kita bermasyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum. Kaum yang terbesar adalah Melayu/Bumiputra diikuti oleh kaum Cina dan India. Walaupun kaum Cina dan India berasal dari tempat yang jauh, namun kini mereka semua telah menjadi warganegara. Mereka telah memilih negara bertuah ini sebagai negara mereka untuk hidup dan mati.

Mereka membayar cukai.
Mereka mengundi.
Mereka bersama-sama membangunkan negara.

Dalam hal membayar cukai, mungkin amaun cukai yang dibayar oleh kaum Cina melebihi dari cukai yang di bayar oleh kaum Melayu dan India.

Dengan itu saya berpendapat (tanpa menyentuh hak dan keistimewaan kaum Bumiputra) mereka berhak untuk mendapat bahagian mereka dalam agihan program dan projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Misalnya, mereka berhak untuk mendapat biasiswa Kerajaan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang miskin kerana bukan semua orang Cina misalnya, kaya-raya belaka. Mungkin ada yang lebih susah dari orang kita. Adalah tidak adil kalau kita menafikan hak ini. Islam juga menuntut kita supaya  berlaku adil dalam mengagihkan kekayaan kepada rakyat. Dalam pada itu, semua orang tahu bahawa keadilan itu bukan bermakna pembahagian secara sama rata, tetapi pembahagian mengikut keperluan dan kelayakan.

Kalau kita dapat berlaku adil, insyaAllah negara kita akan bertambah maju dan aman damai kerana tidak ada pihak yang merasa terpinggir. Dengan itu semua orang tanpa mengira keturunan, akan lebih berazam untuk membangunkan negara ini di samping mengekalkan perpaduan dan keamanan. Lagipun kita semua sebagai warganegara bukan ada negara lain untuk kita berpindah. Kalau ada pun yang ingin berpindah, bilangan mereka adalah sangat kecil kerana sebab-sebab peribadi seperti berkahwin dengan orang luar atau pun mereka yang sudah hilang semangat kecintaan mereka terhadap negara ini.  Biarkanlah mereka berpindah.

Jikalau kita ingin bercakap tentang resipi perpecahan, senarainya sangat panjang. Antaranya ialah perbezaan agama, perbezaan keturunan, perbezaan budaya, perbezaan fahaman, perbezaan taraf kehidupan dan banyak lagi. Bagaimanapun dengan semangat keinsanan seperti yang ditunjukkan oleh Chong tersebut,  kita mampu melawan semua unsur perpecahan tersebut. Insya-Allah.




.................................................................................................................

Sub-Entry: Gembira Tapi Tertanya-Tanya.

Kelmarin sehingga masa pengiraan ditutup jam 8 pagi tadi, jumlah pengunjung ke blog saya adalah seramai 2,033 orang. Saya rasa ini adalah rekod yang tertinggi sekali sejak saya berblog. Bagi blog personal seperti ini, jumlah itu amat memuaskan hati saya.



Tetapi saya tertanya-tanya juga dari mana mereka datang dan entri mana yang menarik hati mereka.

Majoriti kedatangan adalah dari Facebook iaitu sebanyak 211. Saya hairan macamana ini boleh terjadi dan belum pernah terjadi.

Entri yang menjadi tumpuan pula ialah entri yang bertajuk "Mari Kita Lihat Bilik Ketua Setiausaha Kementerian " yang mendapat 887 pageviews. Ini juga menghairankan saya kerana entri itu sudah lama diterbitkan iaitu pada 16 Januari 2011 yang lalu.
Terima kasih semua.
Kala.

Wednesday, March 14, 2012

A.K.U. K.E.L.I.R.U 24: PM NAFI TAK BINCANG.



Makin hari makin saya keliru.
Ingatkan PM tak bincang.
Rupanya sepanjang tahun 2011, ada bincang 13 kali.
Jadi mengapa jadi begini ?
Siapa yang tak faham ?
Siapa yang tak ikut arahan ? 
Siapa yang memandai-mandai ?

Duit dah banyak habis. 
Masa dah banyak habis. 
Tenaga dah banyak habis.

Siapa yang mahu dipersalahkan ?
Siapa mahu dipertanggungjawabkan ?

PM  ?
CUEPACS  ?
KSN ?
KPPA ?

Sukacita diharapkan En. PTD yang bernama  2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194   boleh memberi jawapan.


WW 28 - SIAPA LEBIH HEBAT ?



Tuesday, March 13, 2012

AKU KELIRU - 24: ISU PASAL "E" TANDA.

Sebenarnya ini entri lama yang tak ada orang komen, sebab kotak komen saya tutup pada masa itu kerana saya keliru samada nak bagi orang komen ke tidak. Saya dah tak ingat kenapa saya keliru pada masa itu.

 ...........................................................................................
 
http://www.marimari.com/content/malaysia/popular_places/lakes/images/gph_bera.jpg


Inilah susahnya bila tak ada huruf 'e'  tanda atau 'e' pepet. Saya lebih senang memanggilannya dengan 'e' tanda. Saya tak tahu nak sebut  samada  perkataan Bera seperti menyebut perkataan 'beras' atau  Bera itu seperti menyebut perkataan 'becak'.

Macam mana nak tunjuk rupa 'e' tanda. Kat papankekunci ini tak ada huruf 'e' tanda. Masa saya sekolah rendah dan menengah dulu ada huruf 'e' tanda. Huruf 'e' tanda itu adalah huruf 'e' yang ada tanda atas kepalanya. Macam  kat bawah.   



Sebesar  itu sahajalah yang dapat saya tunjukkan. Nampak tak ?

Tak tahu pulak bila huruf "e" tanda itu berhenti digunakan. Oleh kerana sekarang ini kita sudah tidak menggunakan lagi huruf 'e' tanda, saya sering keliru tentang maksud sesetengah perkataan. Contohnya.

semak - boleh merujuk kepada perbuatan memeriksa dan boleh juga bermaksud keadaan kebun yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini.

http://www.padang-today.com/up/berita/25052011102216FT.jpg

perang - boleh merujuk kepada warna atau pun berlawan dengan musuh negara dengan senjata api.


http://www.solpass.org/7ss/Images/war.gif

bedah - boleh bermaksud nama orang atau pun boleh juga bermaksud belah perut. 

http://www.deamira.com/wp-content/uploads/2010/11/bedah.jpg

tekad - boleh bermaksud azam atau pun boleh bermaksud sejenis kerja tangan.

http://impak.uitm.edu.my/wp-content/uploads/2011/03/Tekad.jpg

sepah - boleh  bermaksud sisa atau pun boleh bermakna membuat sampah/benda merata-rata. Saya pun tak tahu nak menyebut dengan betul nama Kumpulan Sepah, samada dengan "e" tak bertanda atau dengan "e" bertanda.



bela - boleh bermaksud mempertahankan dan juga boleh bermaksud memelihara.


Akan timbul kekeliruan bila kita berjumpa kenyataan seumpama ini:

"Peguam tersohor itu membela seorang artis popular"

Adakah ia bermaksud peguam itu mempertahankan artis itu atau dia memelihara artis itu atau kedua-duanya betul ?

Kalau dua-dua betul adakah akan begini ayatnya "Peguam tersohor itu membela artis yang dia bela"

Sekarang nampak tak akan kepentingan 'e' tanda itu ?  Alangkah bagusnya kalau 'e' tanda itu digunakan semula. Kan ?