Thursday, March 8, 2012

APA ? SBPA BATAL ? BEDEBAH !

 Bila kerajaan umumkan SBPA batal sebentar tadi, saya seronok sangat. Berbaloi juga saya kena maki hamun hari tu seperti di bawah. Entri penuhnya serta penjelasan bela diri saya ada di sini.



Entah apalah agaknya  perasaan Encik 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194  pada masa ini. Tentulah bermuram durja dan gundah gulana yang teramat sangat agaknya.

Mungkin syarikat penjual kereta Mercedes, BMW, Vellfire akan mengeluh selepas ini akibat pembatalan tempahan yang mendadak.

Nota kaki: Kerana gembira, saya belanja diri saya dan Makngahnya nasi Beriani gam Batu Pahat (Cawangan Paroi) makan tengahari tadi (bungkus).



.

45 comments:

  1. Makan tengahari yang sedap tu! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap .. saya bertambah sekali. selalunya saya jarang bertambah.

      Delete
  2. nanti belanja sya jugak ye ;p nak jugak merasa belanja pencen dari pak ngah...

    ReplyDelete
  3. hehe memang tengah tunggu komen pakngah pasal ni tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya balik juga kepada zaman kemegahan SSM.

      Delete
  4. saya nak cakap kat CUEPACS PADAN MUKA..HEHEEHHE..ASYIK TAK PUAS HATI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya gembira kerana peratusan kenaikan gaji gred rendah adalah lebih tinggi dari gred jusa .. tidak seperti dalam SBPA.

      Delete
  5. makan mmg cara yg best utk meraikan kegembiraan. heh heh heh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi yang boleh di buat .. takkan nak pergi kelab dangdut pulak. hehe

      Delete
  6. saya dah tengok difb tadi..nak pi paroi jugak lah.tak perasan pulak ada kedai ni diparoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai tu selepas kedai 7-11. memang ramai yang belum perasan.

      Delete
  7. Layaklah al-lavendari bergUmbira, bergEmbira. Tapi, mengapa tak bergAmnasi berianinya? Hehehe. Sebab seronok, kalau nasi putih pun pasti sedap. Dalam zaman transformasi ni kadang-kadang ada orang lupa, ada cara lama yang tinggi efisiensi dan nilainya. Salam bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menghidu gam itu bahaya apa lagi memakannya. hehe

      memang saya suka cara lama. contonya lemang. sedap lagi yg dibakar dalam buluh dari masak dalam oven.

      Delete
    2. pak ngah telah beri saya idea untuk mencari resepi lemang yang dimasak guna oven

      Delete
    3. ini berdasarkan pengalaman masa kerja kat amerika dulu .. kita buat lemang dgn cara masukkan pulut dalam kertas timah dan bakar dalam oven. adalah lebih kurang 20% rasa lemang. jadilah untuk pengubat rindu.

      Delete
  8. kat mana kat Paroi tu uncle? sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan nak pergi Taman Margosa .. di kawasan yg ada deretan kedai baru buka .. sedap dan harganya pun berpatutan.

      Delete
  9. Saya sedang berkira2 nak buat catatan juga, tapi kena ditimbangtara dulu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang komen melalui kakcik,

      PTD tua banyak pengalaman,
      sudah tahu mana jantan mana betina,
      tahniah tuan PTD atas pandangan yg diberi.

      Delete
    2. kakcik.

      lebih ramai yg membuat catatan, lebih bagus.

      Delete
    3. abu muaz

      kesian kat awak terpaksa tumpang laluan kakcik. saya beri pandangan sebagai bekas PTD. Kalau bukan PTD beri pandangan, barangkali tuan yang tak tahu nama tu, lagi melenting.

      Delete
  10. assalamualaikum tn hj..

    kat mana kedai ni? nk sy try kat citu huhuhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      kalau dari bandar Seremban masuk kiri di trafic light sebelum balai polis paroi. kedainya cuma kira-kira 300 meter dari situ.

      Delete
  11. Hihi, uncle, sy tak rasa apa pun, cuma mungkin sedikit gembira. sama je rasanya. saya memang tak pandai menilai kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sedikit gembira itu, sudah bagus daripada gembira sampai tak ingat dunia.

      Delete
  12. Salam,
    SBPA, jika dilaksanakan, lebih banyak memberikan kelebihan dan faedah kepada pegawai2 JUSA ke atas. Pesara2 atas jawatan JUSA juga turut menikmati kenaikan besar dari segi pencen bulanan hasil drpd penyelarasan pencen bawah SBPA. Terasa sangat ketidakdilannya bila dibandingkan apa yang diterima oleh kumpulan pengurusan tertinggi ini dengan apa yang diterima oleh pekerja kumpulan pelaksana. Situasi ini belum lagi mengambikira pelbagai elaun dan kemudahan2 tertentu yang lain.

    Pengumuman PM Najib pagi tadi amat tepat dan dialu2kan. Malahan dicadangkan kenaikan RM80 bagi kumpulan gred yang terendah diteliti semula (ditambah).

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memang PM buat keputusan yang bijak dan berani walaupun mungkin tidak popular dikalangan sesetangah kelompok.

      kalau SBPA dilaksanakan, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menggigit jari.

      Delete
  13. eloklah dibatalkan. gaji naik.pergerakan tahunan pun naik. alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang sebaiknya .. majoriti berpuas hati.

      Delete
  14. makngah jugak yg untung...hihi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia selalu beruntung dan membawa untung.

      Delete
  15. Hehehehe! Untung Pakcik makan nasi beriani tu. Agak2 pedas tak kuah karinya? Heheheh.....untung Pakcik makan lauk penuh isi. Jgn mkn hati berulam jantung sudah le....gigit jari pun tak gune.

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pakcik makan cukup berselera kelmarin sampai bertambah. nasib baik tak tergigit jari. hehe

      Delete
  16. TAKDE REZEKI DIA LA TU... MACAMNI BARULAH ADA KEADILAN, GAJI KECIK NAIK TINGGI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang saya dan golongan majoriti inginkan. syukur kerana PM prihatin.

      Delete
  17. Saya ada juga beberapa org kawan PTD yang nampaknya mcm dah 'lupa diri' sejak menjadi PTD. Yelah, pegawai kerajaan plg penting (katanya). Sampaikan pandangan kita sebagai penjawat awam yang lain pun mereka dah tak ambil kira. Pendapat mereka saje yg plg betul dan plg bernas.

    Entah kenapa bila En Susah nak eja tu menulis mcm tu pd uncle, saya yang terasa menyampah (keterlaluan) pula dgn dia. Org yg tak bijak mcm saya ni pun, faham apa yg uncle maksudkan.

    Kesian pd kawan yang katanya naik gaji RM8 saje jika SBPA dilaksanakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sebenarnya lebih kepada pembawaan individu. uncle percaya ia hanya segelintir, tapi cukup untuk mencacatkan perkhidamatan PTD secara keseluruahannya. uncle harap awak bijak menilai "yang mana pokok yang mana hutan"

      Delete
  18. Alhamdullilah...terbau bau nasi beriani tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat betul deria hidung awak .. dari Kelantan pun boleh bau.

      Delete
  19. Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdullilah, semoga semua orang akan lebih yakin bahawa setiap rezeki itu datangnya dari Allah.

    Tuan, Kalau tidak keberatan saya nak minta alamat surat menyurat tuan untuk projek mini Mail box postcode 7647, kalau tidak tak apa.

    Email saya di mieza71@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      Memang rezeki itu datang dari Allah dan Dia boleh mengambilnya dalam sekelip mata. Inilah yg terjadi sekarang ini.

      alamat surat menyurat saya telah pun di emailkan.

      Delete
  20. Sesungguhnya terlalu banyak pembaziran telah berlaku. Dan hakikat ini tidak dibicarakan....

    ReplyDelete
  21. sana sini telah banyak dibicarakan orang tentang masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dibazirkan.

    ReplyDelete
  22. yg saye sokong, kenaikan peratusan JUS A-C lebih sedikit dari orang bawah.

    one word. ADIL

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.