Perhatian: Entri ini dipamer secara serentak di kedua-dua blog saya. Kalau rasa nak jawab pantun silalah ke blog ini.
Orang politik kalau bergaduh,
Keluar dewan berpeluk-pelukan;
Orang kampung kalau bergaduh,
Tidak bertegur tujuh keturunan.
Orang politk kalau berbalah,
Keluar dewan berpegangan tangan;
Orang kampung kalau berbalah,
Bila sembahyang imam berasingan.
* Tajuddin itu orang UMNO dan Salehuddin itu orang PAS.
.
.
Errkk.. Hebat betul la mereka ni! Macam pelakon!
ReplyDeletePost Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #31
mungkin boleh menang anugerah Oscar ..
DeleteSandiwara yang membuatkan orang bawahan ada yang meluat.
ReplyDeleteitulah adalah dunia mereka .. pandai2lah kita menimbang.
Deletenak gaduh pun jgn la emo emo kan? kang anak cucu tak kenal sedara. sape yg susah?
ReplyDeletepayah juga kalau naik gaduh tanpa melibatkan emosi ..
DeleteMcm Kakcik pnh ckp, org politik w'pun gaduh2 tp msh boleh duduk makan satu meja. Meja VIP lagi. Kelassss! Dlm dok gaduh2, dijemput lagi ke bday party sape ntah yg modalnye smpi RM80k. Erk? Mcm ne diorang boleh tau modal nak bt bday party tu smpi RM80k? Sendiri mau igtlah kan?? Kuikuikuikui....
ReplyDeletebday sampai RM80k ..dia jemput Mariah Carey ke ?
DeleteMaaf, kakak nak jawab di sini juga tuan.
ReplyDeletesaujana nampak adanya teluk
meniti perlahan diatas batu
mata nampak berpeluk-peluk
dalam hati siapa tahu
telur itik di dalam cupak,
Deleteambil sebiji bawa ke hulu;
saya menilik apa yang nampak,
dalam hati tak mahu tahu.
mainan minda semata mata tu kan pak ngah?
ReplyDeletesandiwara kelas satu !
DeletePak Din ke kuala mencari lokan,
ReplyDeleteLokan masak lemak sedap dimakan,
YB keluar dewan berpeluk sakan,
Bertekak tadi cuma sekadar lakonan
Di waktu senja menuai padi,
DeletePadi ditampi sampailah lenguh;
Lakonan mereka memang menjadi
Ingatkan tadi bersungguh-sungguh.
MP satu profession berbekalkan ilmu, bakat,daya tahan dan 'fleksi', yaani umpama objek seperti getah - memeri;boleh memanjang dan memendek.
ReplyDeleteAlangkah indah dan warna warninya landskap politik kita, jika kebanyakkan di kalangan kita boleh 'gentleman'dan menjadi pendengar yang baik (tidak semestinya sependapat)apabila berhujah atau bersimbang dengan seseorang yang tidak sama wadah politiknya dengan kita.
Selepas berhujah atau bersimbang atau bertekak kita boleh sahaja lepak dan santai sambil menghirup teh tarik di restoran mamak.
itulah masalahnya .. rakyat akar umbi ingatkan mereka yang di dalam dewan tu gaduh sungguh2 berasaskan prinsip sehinggakan mereka tak dapat bezakan mana yang benar2 gaduh atas prinsip dan mana yang gaduh kerana kepentingan parti mereka.
DeleteBUAT APA NAK GADUH2... BAIK2 SAJA KAN ELOK.. BERPOLITIKLAH SECARA MATANG..
ReplyDeletepemimpin mereka nampaknya matang .. tu sebab boleh berpegangan dan berpelukan. yang tidak matang cuma pengikut akar umbi mereka sahaja.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteanak siapalah Keyna ini ?
DeleteOrang politik BERLAKON bergaduh,
ReplyDeleteKeluar dewan berpeluk SAKAN;
Orang BANDAR kalau bergaduh,
BAYAR LOYAR, SAMAN-MENYAMAN.
Orang politik BERSENDIWARA berbalah,
Keluar dewan BERGURAU-GURAUAN;
Orang BANDAR kalau berbalah,
Bila sembahyang SURAU berasingan.
ramai ramai pergi ke baruh,
Deleteramai ramai menangkap ikan;
makin ramai orang bergaduh,
makin ramai loyar jutawan.
politik dan persahabatan diasingkan.. professional :)
ReplyDeletesatu peringatan kepada yang amatur !
DeleteSungguh lazat di buah pauh
ReplyDeleteDimakan tupai jatuh ke kali
Pokok pangkal tak usahlah bergaduh
Beza pendapat damailah kembali
Siapa kata hujan tak teduh,
DeleteTurun cuma sekejap sahaja;
Siapa kata kita bergaduh,
Kita cuma memain sahaja.
yang mana lakonan, kemesraan atau perbalahan. kesian orang kampung. kenapa begitu sedangkan saya menyangka penduduk kampung sangat akrab dan jiran tetangga seperti keluarga.
ReplyDeletememang perbezaan faham politik di sesetangah tempat sangat parah, hingga berlaku boikot-memboikot dalam hal kejiranan dan kebajikan.
Deleteassalam AL..berpantun pantun semuanya ni..yang benarnya tak siapa tahu kan
ReplyDeletealaikumsalam.
Deleteyang benarnya mereka semua orang-orang senang belakak.
AL, Malas nak baca berita2 macam ni...Penatkan minda saya aje.
ReplyDeletesaya pun malas nak baca .. tapi gambar mereka berpeluk2an menarik perhatian saya.
Deletesalam...
ReplyDeletebiasalah....sedap cikit jalan ceritanya nanti..huh