Monday, March 26, 2012

SAYA SUKA ENTRI INI 8: KITA PATUT MALU KALAU BERINTERNET BERJAM-JAM KITA SANGGUP ....













1. Tajuk Entri: KITA PATUT MALU KALAU BERINTERNET BERJAM-JAM KITA SANGGUP ..

2. Tarikh Disiarkan: Mac 2012

3. Nama Blog: NAMAN

4. Nama Pena: Cikgu Naman

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link:  http://naman0807.blogspot.com/2012/03/kita-patut-malu-kalau-berinternet.html


7. Sedutan Entri:

"Kita mampu online berjam-jam lamanya di depan PC dengan

a)
Blogging


Update, blogwalking dan macam-macam lagi. Belajar teknik naikkan trafik, teknik SEO, masuk contest macam² dan yang seangkatan dengannya. Lagi² baca gosip artis terkini.

b) Tweet

Bangga dapat tweet beratus sehari dan ramai orang retweet balik. Bahkan sekarang ada yang kata tak sah kalau tak tweet dalam sehari.

c) Facebook

Fuh. Setiap jam kita update status. Komen kat status orang , like dan bermacam lagi. Dari pagi update status dah mandi, dah sarapan, makan tengahari dan segala macam lagi.

Dan macam² aktiviti internet lagi yang kita lakukan setiap hari.

Kita, maksudnya termasuk saya kalau tergolong di antara mereka² yang melakukan aktiviti² di atas patut merasa malu sekiranya,

satu muka AlQuran pun kita tak mampu habiskan sehari. Setuju? "


8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini memberi peringatan kepada saya yang masih mempunyai projek yang berada di belakang jadual.  Salah satu sebabnya kerana facebook dan blogging.  Oleh itu saya terpaksa merehatkan facebook saya seketika dan menjarangkan membuat entri di blog. Ini adalah langkah sementara sehingga saya berjaya mendahului  jadual dalam pelaksanaan projek-projek saya.

 

9. Kesimpulan: 


Bahagikanlah masa kita dengan sakasama agar perkara-perkara yang penting dan patut didahulukan kita dahulukan. Peringatan buat diri saya sendiri.

Untuk membaca entri Cikgu Naman ini sepenuhnya sila klik kat sini



12 comments:

  1. Salam Tn Hj,

    peringatan yg terbaekkk utk saya khususnya....Terimakasih panjang-panjangkan en3 cikgu ni....jazakaullah...

    ReplyDelete
  2. lama dah saya perhatikan ...ramai lebihkan masa di internet...termasuk saya juga...kadang-kadang manusia mudah lupa...jadi elok di ingatkan...

    ReplyDelete
  3. DAHULUKAN MANA YANG PENTING DULU.. BETUL TU.

    ReplyDelete
  4. Patutlah dah tak nampak abg kat fb kebelakangan ini. Semoga abg dapat mengejar jadual yg dah terkebelakang itu dan kembali ke fb dan blog bila ada masa senggang.

    Tak perlu balas komen saya ni kalau abg sibuk.... ngeeee

    ReplyDelete
  5. kadang tu tak update apa2 pun boleh mengadap sampai berjam2 sehari~

    ReplyDelete
  6. Adakala, ada baiknya juga umah sy takde line tenet. Klu tak....

    ReplyDelete
  7. asslam AL..semoga dapat mengejar jadual
    mengurangkan tak pe..melupakan jangan..nanti ramai kawan menanti dan mencari

    ReplyDelete
  8. setuju ngan GB, kadang baca status orang kat fb ngan blog orang pun boleh ralit..

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas memanjangkan entri saya..

    saling berkongsi dan saling mengingati ;)

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas komen anda semua. kesimpulannya .. kita masing2 ada komitmen dan t/jawab sendiri. maka sendirilah mahu ingat.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.