Monday, March 5, 2012

SALAH KE OSBON MAKIN 'DEMAND' ?

.



Ingat buat lawak senang ke ? Buat lawak tak sama dengan menyanyi. Kalau kita menyanyi lagu yang sama walaupun banyak kali, orang tak jemu dengar. Bahkan kadang-kadang lagi lama, lagi sedap. Contohnya, lagu Cindai .. saya dah dengar beratus-ratus kali, tapi masih lagi tak jemu mendengarnya. 

Berlawak lain. Kalau bahan yang sama dipersembahkan 4-5 kali, saya rasa pasti orang akan menyampah. Satu lagi, kalau kita nyanyikan lagu orang lain, penonton tak kisah. Mungkin akan puji kalau nyanyian kita lebih sedap dari nyanyian penyanyi asal.  Akan tetapi tidak begitu halnya dengan lawak. Kalau kita cedok idea lawak orang lain, alamat kita akan kena boo dek penonton. Maknanya berlawak lebih susah dari menyanyi.

Jadi lawak Osbon ini macam durian Musang King. Harganya cukup mahal berbanding dengan durian biasa. Sebabnya tak lain tak bukan kerana rasanya yang sedap di samping ia tak banyak dalam pasaran. Jadi salah ke penjual durian Musang King jual duriannya lebih mahal dari durian biasa ?


Kalau kita tak ada duit jangan beli. Penjual itu pun tak paksa kita beli.  Atau pun beli sahajalah durian yang harganya RM10 selonggok.  Tetapi kalau 'busuk',  jangan komplen.



p/s:  Entah kenapa saya merasakan tulisan wartawan tu macam ada sedikit unsur PhD.



25 comments:

  1. Saya tak baca artikel tersebut tapi saya percaya salah satu matlamat MLM itu untuk memartabatkan pelawak-pelawak senior. Bila sudah dimartabatkan, jadi isu lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai orang tak senang bila tengok orang lain senang.

      Delete
  2. Replies
    1. tahniah .. berapa kali dah dapat tempat pertama ?

      Delete
    2. tuan AL,
      sukarnya saya nak masuk ruangan komentar tuan sekarang.

      Delete
    3. tapi malangnya saya tak reti nak buat macamana untuk bagi senang.

      Delete
  3. OSBON DEMAND PUN APA SALAHNYA.. DAH LAH OTAI, LEPAS TU JUARA MAHARAJA LAWAK PULA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal .. kalau adele minta sejuta, tak pulak dia komplen.

      Delete
  4. Mereka memang berhak.. Tiada salahnya. Mungkin ramai yang kurang senang dengan kejayaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kurang senang .. tapi dengki atau iri hati.

      Delete
  5. kalau afdlin shauki demand mesti depa tak kata apa2 kan?

    ReplyDelete
  6. weii...sedapnya gambar musang king tu, kenapalah pakngah keluarkan gambar tu? tp nasib baik bukan gambar org sedang makan musang king tu kan?
    wartawan tu ada unsur phd tak pun dia dah tak ada cerita lain yg nak di utlis kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ini dah tak musim .. baru2 ni pakngah ada tanam sebatang belakang rumah. entah hidup atau tidak .. entah sempat atau tidak.

      Delete
  7. Meletak harga sedikit tinggi scr tdk lgsg meningkatkan prestij jenama sebuah kumpulan. Apatah lagi kumpulan berlabel pelawak.

    Mrk dah puas hidup susah. Bglah peluang. Takkan nak bg peluang artis seksi je? Wartawan nie mmg tau! Cili mulut tu baru tauuuuuuuuuuuuuuuuuu!

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kena beri kursus adab sopan kepada wartawan2 hiburan ini.

      Delete
  8. Sebab yg demand tu Mr Os dan Abon uncle...cuba tanya pulak berapa Afdlin Shauki mintak? berapa Harith Iskander mintak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin afdlin dan harith tu pandai cakap orang putih ..

      Delete
  9. setuju dgn komen daddy ziyyad.. os tu org kampung saya huhuhu.. sian os..jgn fitnah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong Os letak harga sementara masih laku ni .. tak kan nak penganjur je untung besar.

      Delete
  10. ler, biasa la demand.. tengah laku kan. Normal la.
    Sedangkan harga minyak pun tiap2 bulan naik.

    Abon ada cakap, kalau ia berkenaan Abon dia terima saja berapa bayaran.
    Tapi kalau berkenaan Osbon, dia perlu la diskas harga dulu sbb Osbon bedua bukan dia sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. sebagai kumpulan tentulah mahal sikit. lagipun mereka terpaksa pecah kepala mencari bahan untuk melawak.

      Delete
  11. baru2 nie makan durian musang king kat kebun mmg sodap sangat.masa kuar ttk isu osbon nie kat melodi sayapun bising ngan husband kta tak salah dowg nak demand.namapun pemenang.kadang wartawan nie lebih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa boleh makan durian musang king .. sebab boleh kena sakit jantung kerana harga dia mahal sangat. hehe

      Delete
  12. tau tak per...wartawan keje dia menghancurkan hidup org tu pasal gaji x berkat hampeh pawana tul lah

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.