Thursday, March 15, 2012

SAYA ADALAH PENYOKONG KEADILAN.


 "Chong berkata, beliau tidak mengharapkan sebarang balasan daripada keluarga itu kerana beliau lebih mementingkan keselamatan Hazim dan dapat pulang ke pangkuan keluarganya"


Negara kita bermasyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum. Kaum yang terbesar adalah Melayu/Bumiputra diikuti oleh kaum Cina dan India. Walaupun kaum Cina dan India berasal dari tempat yang jauh, namun kini mereka semua telah menjadi warganegara. Mereka telah memilih negara bertuah ini sebagai negara mereka untuk hidup dan mati.

Mereka membayar cukai.
Mereka mengundi.
Mereka bersama-sama membangunkan negara.

Dalam hal membayar cukai, mungkin amaun cukai yang dibayar oleh kaum Cina melebihi dari cukai yang di bayar oleh kaum Melayu dan India.

Dengan itu saya berpendapat (tanpa menyentuh hak dan keistimewaan kaum Bumiputra) mereka berhak untuk mendapat bahagian mereka dalam agihan program dan projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Misalnya, mereka berhak untuk mendapat biasiswa Kerajaan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang miskin kerana bukan semua orang Cina misalnya, kaya-raya belaka. Mungkin ada yang lebih susah dari orang kita. Adalah tidak adil kalau kita menafikan hak ini. Islam juga menuntut kita supaya  berlaku adil dalam mengagihkan kekayaan kepada rakyat. Dalam pada itu, semua orang tahu bahawa keadilan itu bukan bermakna pembahagian secara sama rata, tetapi pembahagian mengikut keperluan dan kelayakan.

Kalau kita dapat berlaku adil, insyaAllah negara kita akan bertambah maju dan aman damai kerana tidak ada pihak yang merasa terpinggir. Dengan itu semua orang tanpa mengira keturunan, akan lebih berazam untuk membangunkan negara ini di samping mengekalkan perpaduan dan keamanan. Lagipun kita semua sebagai warganegara bukan ada negara lain untuk kita berpindah. Kalau ada pun yang ingin berpindah, bilangan mereka adalah sangat kecil kerana sebab-sebab peribadi seperti berkahwin dengan orang luar atau pun mereka yang sudah hilang semangat kecintaan mereka terhadap negara ini.  Biarkanlah mereka berpindah.

Jikalau kita ingin bercakap tentang resipi perpecahan, senarainya sangat panjang. Antaranya ialah perbezaan agama, perbezaan keturunan, perbezaan budaya, perbezaan fahaman, perbezaan taraf kehidupan dan banyak lagi. Bagaimanapun dengan semangat keinsanan seperti yang ditunjukkan oleh Chong tersebut,  kita mampu melawan semua unsur perpecahan tersebut. Insya-Allah.




.................................................................................................................

Sub-Entry: Gembira Tapi Tertanya-Tanya.

Kelmarin sehingga masa pengiraan ditutup jam 8 pagi tadi, jumlah pengunjung ke blog saya adalah seramai 2,033 orang. Saya rasa ini adalah rekod yang tertinggi sekali sejak saya berblog. Bagi blog personal seperti ini, jumlah itu amat memuaskan hati saya.



Tetapi saya tertanya-tanya juga dari mana mereka datang dan entri mana yang menarik hati mereka.

Majoriti kedatangan adalah dari Facebook iaitu sebanyak 211. Saya hairan macamana ini boleh terjadi dan belum pernah terjadi.

Entri yang menjadi tumpuan pula ialah entri yang bertajuk "Mari Kita Lihat Bilik Ketua Setiausaha Kementerian " yang mendapat 887 pageviews. Ini juga menghairankan saya kerana entri itu sudah lama diterbitkan iaitu pada 16 Januari 2011 yang lalu.
Terima kasih semua.
Kala.

26 comments:

  1. Harap lebih ramai seperti Chong di negara ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap juga kisah-kisah begini diketengahkan dan diwar-warkan daripada cerita artis yang entah apa-apa.

      Delete
    2. Mr. Lavend, 100% setuju. Pihak akhbar patut sedar relevan berita2 seperti ini.

      Delete
    3. kalau kita jumpa kisah-kisah begini, kita juga patut sebarkan. makin ramai buat dan makin kerap disebarkan, makin subur rasa keinsanan itu.

      Delete
  2. Perpecahan tidak boleh dielakkan bilamana kita sengaja membesar-besarkan keretakan atau berpura-pura menampal sedangkan dalam masa yang sama kita mencungkil-cungkil apa yang ada di celah keretakan itu! (sila tarik nafas panjang-panjang selepas membaca ayat tanpa noktah saya itu!)

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata kawan seribu masih sedikit, tapi musuh seorang sudah banyak. sayalah orang itu.

      Delete
  3. Terlupa pula saya.

    TAHNIAH atas jumlah kunjungan sehari yang menyamai kunjungan seminggu ke blog saya itu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, tapi saya masih lagi hairan dan masih tidak ketemu jawapan kenapa bilangan tersebut meningkat dengan mendadak.

      Delete
  4. Hello A-Lavendari, my bahasa is out of tune, sebelum Merdeka, but I think I understood about 35% of your this interesting posting.
    It is very heartwarming.....Glad the boy is okay.
    My best regards, keep well.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih uncle Lee kerana sudi membaca tulisan saya. Saya rasa bertuah kerana mendapat penghormatan dari tuan. Kalau boleh tanyalah sahabat yang boleh berBahasa Melayu atau gunakan penterjemah Google untuk membaca entri saya ini keseluruhannya.

    ReplyDelete
  6. Sy juga memihak kepada keadilan (bukan parti keadilan). Betul Pakcik. Tak semua rakyat Malaysia tu kaya. Negara kita bukan berada dlm peperangan. Tapi msh ada kemudahan yg serba daif.Jadi, tak elok rasanya klu nak disuruh bersyukur dan disuruh mengenang nasib rakyat Palestin sana (walau sy tahu isu itu sengaja diulang apatah lagi bila berkaitan dgn statement DSAI terhdp Israel). Sy percaya, klu Palestin tak berada dlm keadaan peperangan, pasti kemudahan utk rakyatnya jauh lebih baik dari negara kita. Rakyat tak memerlukan kemudahan serba mewah. Cukup sekadar selesa dan tidak menyusahkan. Kita bukan tak byr cukai. Malah mandatori juga dikenakan GST walau apa jua perkhidmatan.

    P/S - W'bagaimanapun, sy insaf dgn kejadian yg berlaku di Palestin baru2 nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik pun menyokong keadilan dengan "k" huruf kecil. hehe

      Delete
  7. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Alhamdulillah Hazim dah selamat dipangkuan keluarganya. Semoga lebih ramai 'chong' di kalangan kita.

    ReplyDelete
  8. berlaku adil adalah wajib. ketidakadilan akan dipertanggungjawabkan di sana.
    semuga perasaan keinsanan akan terus terpupuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. berdosa kalau tak adil selagi ia tidak melibatkan hati dan perasaan.

      Delete
  9. Berapa ramai orang Melayu yang boleh berfikiran kritis macam uncle? Sorry to say, ramai yang sudah lama termomok dgn propaganda UMNO pembela rakyat, hak melayu, bla bla bla. Tapi mereka sendirilah yang makan wang rakyat( yang dah kantoi Sharizat Jalil, Khir Toyo, Mat Taib, yang tak kantoi secara sah melambak). Selagi stail berpolitik di Malaysia masih main sentimen perkauman, selagi itu lah kita tak payah mimpi Malaysia akan jadi negara yg betul2 harmoni dan majmuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang memilih dan mempertahankan mereka adalah terpalit sama.

      Delete
  10. assalamualaikum tn hj..

    syabas atas pageviews yg cukup cemerlang itu tn hj...bercakap pasal perpaduan, saya secara peribadi menekankan akan sekolah satu aliran..hanya itu sahaja jalan paling mudah untuk merapatkan perpaduan di usia yang paling muda..

    jika dah remaja, agak sukar untuk menerapnya huhuhuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      memang saya setuju dengan pendapat awak tapi isu pendidikan sangat sensitif .. sesiapa yang berlawanan dengan sentimen ramai pasti akan kecundang.

      Delete
  11. Susah nk komen bab ni..
    Family yun mewakili kedua2 bangsa..
    Tp rasanye kaum minoriti yg tggal dlm negara IslaM
    jauh lebih terbela nasibnya dr Islam minoriti dlm negara
    kafir...

    Jgn utamakan perkauman sgt,lebihkan kekitaan..
    Nak ajak bergabung dlm 1 kwsn skolah pun xmau...
    Ape muslihatnya? Sdgkan sekolah tetap 3 aliran,cuma
    nak disatukan dlm kwsn yg sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan uncle sama seperti yang diberikan kepada sahrom di atas. pendidikan adalah modal politik yang cukup menguntungkan.

      Delete
  12. bos, sy nak komen yang sub entry.. hehe
    nape sy xpenah dapat tetamu ramai pon ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah .. saya pun tak tahu. saya cuma menulis sahaja apa yang terlintas dalam fikiran.

      Delete
  13. setuju dgn apa yang pakngah tulis di dalam entry ini
    tp hendak melaksana payah rasanya, sbb nanti orang kata kita orang melayu tak sayang negara sendiri
    mungkinkah mereka yang bercita cita hendak menguruskan negara ini akan berjaya melaksanakan apa yang pakngah tulis di entry ini?
    buat masa ini masih terus menjadi tanda tanya
    sbb biasanya mereka yang berpengalaman itu akan berkata
    belum dapat di tangan, macam macam hendak di rancang dan di canang
    boleh ke di umpamakan seperti angan angan mat jenin kisahnya?
    hrmmm...masih menjadi tanda tanya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu ..serupa juga macam kita tengok orang main bola. sedap je kata pemain tu kaki bangkulah, banganglah .. cuba awak main pulak, baru tahu betapa susahnya main bola.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.