Tuesday, March 20, 2012

KITA TAK MINTA SESIAPA BERSEPPUKU ATAU BERHARAKIRI.



Ada yang tak tahu apa itu Seppuku atau Harakiri ? Kalau nak tahu lebih lanjut, klik sini. Itu adalah budaya orang Jepun yang mengambil nyawa sendiri dengan ritual tertentu bila merasa bersalah dan bertanggungjawab. 

Kita tidaklah sampai perlu mengamalkan budaya itu. Lagipun ia berdosa besar di sisi ugama Islam. Di Jepun sendiri pun sudah tidak kedengaran lagi ada orang buat Harakiri.  Cuma kalau boleh, bila  kita merasa bertanggungjawab atas sesuatu kesalahan, cukuplah meletak jawatan atau bersara bagi yang layak. Kadang-kadang tu sudahlah tak mahu meletak jawatan, ada juga orang tu dengan muka tak malu menuduh orang lain pula yang berkonspirasi untuk menjatuhkan dia.

Saya teringat kisah saya membuat kesilapan semasa bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jalan Raja Laut, KL suatu masa dulu. Pada masa itu saya berumur di akhir  30an. Pada satu masa saya ditugaskan untuk menyelaraskan penggubalan satu Pekeliling. Oleh kerana terlampau menumpukan kepada isinya, saya  kurang menumpukan perhatian kepada tajuk Pekeliling itu. Ejaan Penjadualan sudah tersilap cetak menjadi Penjadual sahaja. Itulah sahaja kesilapannya. Tapi kerana sifatnya sebagai Pekeliling, maka ia harus tiada cacat celanya.

Saya yang menurunkan tandatangan memberi kelulusan pada draf terakhir sebelum dicetak.  Urusan percetakan dan pengedarannya di buat oleh Bahagian lain. Bila Pekeliling itu siap dan diterima dari Jabatan Percetakan Negara, kesilapan itu disedari oleh seorang pegawai di Bahagian yang bertanggunjawab menguruskan percetakan dan pengedarannya. Dia pun dengan suka hati membuat memo kepada ketua saya serta menyalinkan ke beberapa bahagian lain dan meminta Pekeliling itu diperbetulkan untuk dicetak semula. Masa sudah terlalu singkat kerana Pekeliling itu akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam satu mesyuarat berkaitan yang dipengerusikannya dalam tempoh seminggu lagi dari tarikh  tersebut.

Bila saya diberitahu oleh Pembantu Peribadi bos saya mengenai memo itu, saya pun segera mengambilnya sebelum bos saya sempat melihat. Terus saya membalas memo itu kepada pegawai yang menulisnya dan menyalinkan kepada semua Bahagian yang telah disalinkan memo tersebut. Antara lain saya menulis lebih kurang begini ..

"Walaupun memo tuan tersebut ditujukan kepada Pengarah saya, namun izinkan saya menjawabnya kerana ia melibatkan diri saya secara langsung. Saya mengakui itu adalah kesilapan saya. Saya berharap mendapat kerjasama tuan supaya menguruskan percetakan semula dan memberikan invoisnya kepada saya untuk dijelaskan bayarannya".

Lalu apa berlaku ? Saya telah ditegur oleh bos saya sendiri kemudiannya dan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Mereka berkata mengapa saya jadi bodoh kerana banyak lagi kesilapan lain atau pembaziran lain yang lebih besar daripada itu tetapi tidak ada siapa pun yang dikenakan tindakan.  Yang dimaksudkan dengan pembaziran itu ialah buku-buku terbitan Jabatan tempat saya bekerja dan juga pekeliling yang berlonggok dalam stor yang tidak diedarkan, samada kerana telah terlebih cetak atau sudah tidak relevan lagi.

Maka selamatlah saya dari membayar kos mencetak semula Pekeliling itu.

Berdasarkan kisah tersebut, tipislah harapan saya untuk melihat KSN atau KPPA atau pun orang lain meletak jawatan atau bersara awal seperti didesak oleh YB Dato' Ibrahim Ali sebagaimana dilaporkan di dalam keratan akhbar di bawah.



.

26 comments:

  1. As-salam al-lavendari
    Terharu & bangga saya dengan kisah 'salah ejaan' al-lavendari itu. Begitulah sifat orang yang bertanggungjawab!

    Kalau saya tak berhenti daripada Kementerian Luar dulu (baru bekerja & baru 2, 3 bulan kat situ), mungkin saya dapat jadi KSN masa tu... Hehehe. Tapi mungkin bukan jawatan dalam cerita surat khabar tu. Mungkin jawatan Ketua Salaguna Nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikusalam.

      "Tidak ada yang lebih baik dari yang terjadi" kata HAMKA. Saya pun bersyukur dengan segala ketetapanNya.

      Saya suka dengan makna KSN yang baru itu .. hehe

      Delete
  2. SEHARUSNYA ADA TINDAKAN TATA TERTIB DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG BERSALAH MEMBUAT PEMBAZIRAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya begitulah .. tapi sayangnya kadang2 orang yang mahu dihukum tak mahu pulak orang hukum. Ingat lagi kisah wanita yang mengaku salah meminum arak hari tu dan minta disebat .. tak ada pulak orang nak sebat dia.

      Delete
  3. merekakah, atau ada yang lagi atas menekan hingga mereka jadi kambing hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu saya kurang periksa pulak .. kalau dalam perkhidmatan awam, mereka sudah cukup atas.

      Delete
  4. assalamualaikum tuan...

    tindakan tatatertib hanya utk org bawahan shj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      saya tak pasti adakah itu hakikatnya ..

      Delete
  5. Salam Pakcik,

    Sy mcm setuju lak dgn komen Sahrom....

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tak ada hal kalau awak nak setuju dengan dia ..

      Delete
  6. oh. isu sbpa lagi.

    apa kata orang atasan atasan itu pun mengaku bertanggungjawab jugak sebab tak tgk pun cadangan tu sebenarnya...kan senang. ngeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kita kata senang, tapi sebenarnya tak sesenang itu ..

      Delete
  7. rasanya silap ejaan yang begitu bukanlah besar sangat berbanding salah letak no dalam RM

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini soal prinsip .. besar kecil tetap salah.

      Delete
  8. Eh! mana komen saya semalam?

    Saya cuma komen catatan di atas tu ada kesalahan ejaan... ;-)

    Saya teringat kisaha saya membuat kesilapan (ini saya ambil dari catatan di atas).

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menunjukkan kesalahan .. saya kena bayar ke ?

      mungkin kakcik tak klik 'publish' selepas taip komen kot ?

      Delete
  9. desakan terhadap orang atasan?? sy merasakan, mungkin desakan itu hanya akan dipandang sepi... ditiup bak buih-buih di lautan.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun begitulah akhirnya .. sekadar mengocak air di lautan Pasifik dengan jari telunjuk.

      Delete
  10. apa pun org atas tetap selamat .....

    Dah banyak terbukti ..... yang telan berjuta-juta ..... tindakannya?

    Yang curi sebab tak cukup makan ...tindakannya ?

    Rujuklah akhbar2 terkini .... banyak dipaparkan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangkali itu sebabnya semua orang bercita-cita nak jadi orang atas ..

      tapi kalau mereka jatuh, lagi sakit dari orang yang duduk kat bawah2.

      Delete
  11. Singgah sini Uncle...

    ----- membawa hati yg kecewa... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati je ke yang dibawa ... organ lain macamana ?

      Delete
  12. Assallamualaikum Tuan,
    Sangat lama saya tidak melihat dan membaca blog kawan-kawan..hari ni saya telah menziarahi banyak juga..
    Semua kita biasa melakukan kesalahan. Sangat baik jika kita menghadapinya dengan jujur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      terima kasih kerana sudi memilih blog ini utk disinggahi.

      Delete
  13. sikit-sikit suruh letak jawatan. macam nak galakkan orang melarikan diri daripada bertanggungjawab pulak!

    ReplyDelete
  14. betul juga .. nanti bila buat salah, tak payah dakwa, suruh letak jawatan atau bersara. tapi sekali fikir letak jawatan itu juga satu denda terutamanya kepada mereka yang tak mahu letak jawatan.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.