Friday, March 23, 2012

RENUNGAN HARI JUMAAT - KALAU MAHUKAN RUMAH KITA NAMPAK BESAR !



Gambar Hiasan bukan Ihsan Google.

Ada dua cara kalau kita mahukan rumah kita lebih besar dari rumah jiran-jiran kita:

Cara Susah.

Besarkan rumah kita dengan membuat sambungan kepada rumah yang sedia ada; atau

Cara Mudah.

Pecahkan rumah-rumah jiran kita yang lebih besar dari rumah kita tanpa perlu membesarkan rumah kita sendiri. Cara ini lebih mudah dan murah.

Kedua-dua cara itu akan menyebabkan rumah kita jadi lebih besar dari rumah jiran kita. 

Tapi saya tak nasihatkan anda pilih cara mudah itu. Cuma nak cerita, ada juga orang yang pilih cara yang mudah itu di Malaysia ini.

.

14 comments:

  1. Takut pulak baca. Kalau semua nak jalan mudah, payahlah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihnya ada yang gemar memilih jalan mudah ..

      Delete
  2. betul ke ada uncle? isk!

    *uncle punye fb dah rest kejap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dan banyak .. lihat jawapan uncle kepada pertanyaan azi di bawah.

      fb uncle direhatkan sekejap. berblog pun akan dijarangkan kerana banyak projek uncle pada masa ini berada di belakang jadual.

      Delete
  3. Salam Pak Ngah..
    Ada makna yang tersiratkan....:)

    p/s Kalau saya Pak Ngah..dua-dua cara tu, saya tak mampu..hu..hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.
      memang dalam maksud tersiratnya. "kalau kita ingin dipandang hebat dan dihormati orang, biarlah dengan menambah ilmu dan kemahiran dan bukannya dengan memperkecilkan, memperlekeh atau memburukkan orang lain"

      Delete
    2. jalan mudah, short cuts, selalunya merbahaya dan merugikan. kehebatan yang palsu dan hanya menipu diri sendiri. suka mesej melalui analogi, lebih jelas gambarannya.

      Delete
    3. memang saya suka beranalogi .. tapi masalahnya ramai tak faham atau silap faham. satu kerja pulak nak membuat penjelasan kemudiannya.

      contohnya - sila baca entri berikut dan apa yang awak fahami ?

      http://al-lavendari.blogspot.com/2011/11/kalau-dah-dasar-kerengga.html

      Delete
  4. best ke duk rumah besar? Saya tak suka duk rumah besar sbb rumah saya sememangnya kecik...hehehe, statement sour grape jer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebahagiaan atau kegembiraan tidak bergantung kepada rumah besar atau rumah kecik .. ia bergantung kepada siapa pemiliknya.

      Delete
  5. rasanya kalau pilih cara kedua.lagi mudah nak dapat masuk kerumah yang tqk bertingkap tu kan..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang risiko dan kebarangkalian untuk segera dapat masuk ke rumah yang tidak bertingkap adalah tinggi .. jadi janganlah cuba-cuba.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.