Friday, March 2, 2012

KALAULAH SEMUA ORANG BAIK-BAIK BELAKA.



Kalau boleh  semua orang nak kaya.
Kalau boleh kita mahu semua orang beriman dan bertaqwa belaka.
Kalau boleh kita tak mahu ada orang buat jenayah.

Tetapi kalau semua orang kaya .. tak dapatlah kita nak buat pahala melalui sedekah.

Kalau semua orang beriman belaka, tak dapatlah kita nak buat pahala melalui dakwah.

Kalau semua orang tidak buat jenayah dan baik-baik belaka, maka  ..

1.  Tak adalah kerja pegawai penjara,
2.  Tak adalah kontrak buat penjara,
3.  Tak adalah kontrak bekal makanan ke penjara,
4.  Tak perlulah ada polis,
5.  Tak adalah kontrak buat balai polis,
6.  Tak perlulah ada peguam,
7.  Tak perlulah ada hakim,
8.  Tak adalah kontrak buat mahkamah,
9.  Tak adalah kontrak membekalkan kenderaan.

Kalau nak sambung .. sampai besok pun tak habis.

Ini bukanlah bermakna saya menyokong jenayah atau penjenayah, tapi kalaulah semua orang baik-baik belaka  .. macam-macam pulak implikasinya.




18 comments:

  1. kalau semua orang baik-baik belaka...

    sejahtera hidup nih~

    =}

    ReplyDelete
  2. Kalaulah tak ada blog, tak adalah orang nak menjadi goblok (agaknyalah......)

    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe .. kalau tak goblok, tak adalah golok untuk berlawan dengan goblok.

      Delete
  3. A`ah eh Pakcik? Buletin Utama pun mst takde cite menarik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. berita akan jadi begini ..

      "hari ini tidak ada kejadian jenayah di mana-mana"

      Delete
  4. hikhik lawak tuan=)kita bermuhasabah diri di entrinie.mengingatkan kita bahawasanya Allah menciptakan baik dan buruk penuh ngan keseimbangan.sbb tuh kita dikurniakan akal.yang baik semua dr Allah n Allah juga ciptakan syaitan untuk menguji manusia..kun faya kun=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tepat sekali kesimpulan yang awak beri .. sebenarnya itulah mesej tersirat yang ingin saya sampaikan dan awak telah sampaikan dengan begitu baik sekali. terima kasih.

      Delete
  5. ish ish ish

    kalau semua org baik2 belaka pasti ada peluang pekerjaan lain pulak.

    tak kerja pun takpa sebab semua org baik. takkan ada yg kelaparan punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kerja, siapa yang nak tanam padi .. kalau takda, pasti kita akan kelaparan.

      Delete
  6. hmmm.. agaknya kalao semua baik2 dan semua beriman belaka, semua dah gi pergi jihad fisabilillah.. *perang* ..

    ReplyDelete
  7. nanti2, polis tak perlu lagi tangkap pencuri..

    polis boleh buat kerja bina masjid.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah semuanya baik-baik belaka, perlu apa ada polis lagi ?

      Delete
  8. saya suka bersangka baik dekat semua orang. sehingga terfikir kenapa orang jahat tu memilih untuk jadi jahat. tapi kebelakangan ini memang kena sangat berhati-hati sebab banyak dengar berita-berita yang kurang menyenangkan dalam TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penjenayah sekarang ini tersangat kejam. kalau dulu kita dengar bunuh sahaja melalui tetakan atau tembakan. sekarang ada tu yang di pukul, di sembelih, kemudian di bakar dan di campakkan kedalam air.

      kenalah sangat berhati-hati kerana orang akan ambil kesempatan kepada kebaikan kita.

      Delete
    2. Pakcik, Allah ciptakan segala rantaian hidup lengkap segala-galanya. Kawan saya kata, Pakcik kalau Allah rutin 4 musim kepada semua benua mesti kelam kabut jadinya

      Delete
  9. salam Tuan..
    moralnya jauhilah jenayah
    kerja polis pun senang..
    boleh buat kerja lain dari
    tangkap penjenayah..tolong
    cuci surau ke apa :)

    www.zulkbo.com

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.