Walaupun orang putih ada kata "you must have a dream", tetapi saya rasa maksud "dream" di sini bukanlah angan-angan tapi impian. Maknanya kita kena ada impian kerana ia akan menjadi penggerak fikiran dan tenaga kita untuk mencapainya tetapi sebaliknya angan-angan itu hanya akan merugikan.
Berikut adalah tulisan Dr HAMKA dalam mentafsirkan ayat 32 Surah An-Nisa dalam kitab tafsir al-Azharnya yang membicarakan isu angan-angan untuk renungan kita bersama di hari Jumaat yang mulia ini.
سُوۡرَةُ النِّسَاء
وَلَا تَتَمَنَّوۡاْ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ۬ مِّمَّا ٱڪۡتَسَبُواْۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ۬ مِّمَّا ٱكۡتَسَبۡنَۚ وَسۡـَٔلُواْ ٱللَّهَ مِن فَضۡلِهِۦۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ ڪَانَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٣٢)Dan janganlah kamu mengangan-angan apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu, berlebih dari yang sebahagian. Bagi laki-laki akan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan-perempuan, pun akan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Dan mohonkanlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Tahu.
Surah An-Nisa, ayat 32.
"Di dalam ayat ini ditegaskan bahawa yang menimbulkan angan-angan yang tidak-tidak itu ialah lantaran melihat kelebihan yang diberikan Allah kepada yang lain. Sebab memang setengah kamu ada beberapa kelebihan dari yang setengah. Apabila seseorang telah silau oleh kerana melihat kelebihan yang ada pada orang lain, dia akan ditimpa oleh satu penyakit dalam jiawanya sendiri, diantaranya ialah penyakit hasad, benci, umpat, mengomel, baik kepada orang yang diberi Allah kelebihan itu, atau kepada Allah sendiri. Lantaran dia telah menghabiskan waktu di dalam berangan-angan, bertammaniy, dia pun lalai menyelidiki dirinya sendiri, yang tentu ada pula kelebihan pada dirinya, kalau dia pandai memupuknya. Berangan-angan menyebabkan jiwa dia lebih banyak berkhayal daripada bekerja. Lebih banyak mengeluh melihat kelebihan orang lain, sehingga dirinya sendiri jadi rendah. Padahal kalau dicarinya, niscaya dia akan bertemu di dalam dirinya itu suatu kelebihan yang diberikan pula oleh Allah. Manusia tak obahnya dengan batu mata mahal yang disimpan Tuhan, terpendam di dalam bumi. Baru akan nyata cahanyanya jika telah digosok dengan baik"
Sumber: Tafsir Al-Azhar, Prof HAMKA Juzu' 5, mukasurat 36-37.
Salam.Kata org usaha tangga kejayaan....bila dh pasang angan2 kenalah ada usaha utk mencapainya. Kalau x jd mcm mat jenin jerlah..... :))))
ReplyDeletesetuju .. sekarang pun dah ramai mat jenin moden.
Deleteterasa saya.
ReplyDeletetapi yg saya tahu angan2 dan impian tu kene disertai usaha. kalau tak buang masa sajalah.
tetapi kalau fikiran tengah serabut .. elok juga berangan2 bermain ski kat Kashmir. hehe
DeleteSalam Tn Hj,
ReplyDelete"dream" tu impian atau "goal" yg nak dicapai,kalau tak der "dream" atau "goal" tu macam team bola asyik bwk bola kat tempat sendiri jer mana nak dapat "goal" nya....Allahua`lam
salam kembali.
Deletebetul sangat .. kalau tak ada dream, kita kehilangan halatuju.
SAYA SEDANG BERANGAN-ANGAN NAK AMBIL SEBUAH MOTOR.. ERM.. TAKNAK ANGAN-ANGANLAH, NAK TANAM IMPIAN PULA..
ReplyDeletekalau sudah ada impian, barulah kita akan mula berusaha untuk mencapai impian itu. akan tetapi untuk mengelakkan kekecewaan, impian itu haruslah realistik.
DeleteEh? Nape entri Pakcik yg smlm tu tibe2 nek ari nie eh? Pelik gak nie...
ReplyDeletetak pelik .. pakcik refresh entri semalam. maka dia pun naiklah ke atas.
Deletelihatlah orang yg lebih rendah dari kita, mudah2an kita bersyukur..
ReplyDeleteamat betul .. tetapi jangan selamanya kerana ia akan mematikan usaha kita untuk maju.
Deleteberangan boleh, tapi jangan over. bercita-cita / ber'impian' itu harus...tapi mesti diiringi dengan usaha...:)
ReplyDeleteberangan itu adalah sejenis buah .. sebetulnya berangan-angan.
Delete