Tuesday, March 6, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 47 - CHESAPEAKE BAY BRIDGE - TUNNEL.

Suatu masa dulu di awal tahun 80an, saya pernah melalui Chesapeake Bay Bridge - Tunnel di USA. Nampak tak Tunnel tu kat peta di bawah yang menghubungkan Cape Charles dengan Norfolk. Saya bermalam di Virginia Beach selepas menghantar seorang kawan ke lapangan terbang yang tidak jauh dari situ untuk balik ke Malaysia. Saya rasa kagum bila melalui jambatan dan terowong di bawah dasar laut yang menghubungkan dua tanah daratan itu.

Pada masa tu, barangkali itulah satu-satunya jambatan dan terowong yang terpanjang di dalam dunia. Kalaulah terowong itu pecah semasa saya melaluinya, tentulah anda tak dapat membaca entri ini.

http://www.celsias.com/media/uploads/admin/graphic_chesapeake.jpg

Maklumat lanjut tentang jambatan dan terowong ini untuk menambah ilmu pengetahuan boleh di baca di sini.

  
Gambar 1: Orang yang nampak ramai-ramai kat belakang itu adalah kaki pancing dan  pelawat macam kami. Saya tak tahu pun tempat tu boleh memancing .. kalau tahu, harus saya membawa joran dan turut serta.



Gambar 2: Alangkah bagusnya kalau boleh memancing dari jambatan Pulau Pinang macam ni. Harap-harap jambatan kedua nanti ada disediakan kemudahan untuk memancing.


Gambar 3: Dari sudut yang lain. Nampaknya ramai yang tak pakai baju atau hampir tak pakai baju.


Gambar 4: Bersama arwah nenek sebelah isteri yang turut bersama. Siapa sangka orang yang tak pernah menjejakkan kaki ke sekolah boleh duduk Amerika !


Gambar 5: Sebahagian anggota rombongan cik kiah yang turut menghantar kawan kami tadi seorang pensyarah USM yang habis cuti sabatikal dia.




Gambar 6: Dan malamnya kami tidur di sini .. tak termasuk Makcik kat belakang tu !



Gambar 7: Pensyarah tu duduk nombor 2 dari kanan. Ada sesiapa yang kenal ?

Macam biasa saya pasti beli cenderahati  .. kalau tak rantai kunci, mug. Kali ini saya beli mug. Cantik tak ?




.

21 comments:

  1. PC saya tengah pening agaknya, dalam banyak2 gambar, boleh gambar mug tu tak nampak. Jadi, tak bolehlah saya nak komen tentang mug itu. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak komen gambar2 selain dari mug itu .. hehe.

      mug tu cantik kakcik .. lain dari yg lain.

      Delete
  2. :D Seronok tengok gambar-gambar lama Tuan..

    Setiap gambar datang dengan ceritanya yang tersendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada cerita sendiri .. ingatan yg dah tak berapa kuat dapat diperkuatkan dengan bantuan gambar untuk bercerita.

      Delete
  3. Mug tu ctk n unik. Tapikan Pakcik, klu baca sepintas lalu, mcm cheapskate lak kan? Hahahah! KEna baca betul2. Nanti org salah sebut. Malu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik awak nampak mug itu .. kesian Kakcik.
      kalau salah sebut pun, malu sendirilah .. orang lain bukannya dengar.

      Delete
  4. Bestnya Pakcik...Bila tengok gambar2 nostalgia macam tu sampai la ni sgt betul2 hargai Pakcik sebab sudi berkongsi kisah K ex-wife arwah Sudir. Ada kawan saya Editor sampai sekarang tak berani nak sahut cabaran saya update info on KAY, MAZUIN HAMZAH & JULIA RAIS. Pakcik berani tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik pun tak berani .. kawan dengan K itu pun satu kebetulan sebab sama kursus. ttg mazuin dan julia rais tu tak tahu banyak .. cuma baca dalam majallah atau surat khabar sahaja.

      yang herannya ada juga mat salleh dari amerika yang minat lagu pop yeh yeh. cuba baca entri ini.

      http://al-lavendari.blogspot.com/2012/02/siapa-yang-tak-kenal-sama-siti-zaiton.html

      Delete
    2. Saya tumpang bangga dulu ada client saya dari Korea suruh email tentang Siti Nurhaliza dengan Sudirman. Bangga saya... Muzik tu sejagat, pakcik jadi saya tak terkejut...Entah2 blog pakcik satu dunia dah tengok sebab maklumat di hujung jari. Nanti nak singgah blog satu lagi nak belajar berpantun.

      Delete
    3. saya tak heran orang luar singgah tapi yg saya hairan pengetahuan mat saleh tu tentang lagu pop yeh yeh memalukan saya. suatu masa nanti mungkin kita kena pergi ke amerika utk belajar sejarah lagu pop yeh yeh.

      Delete
    4. Betul2 sebab adakala kita sendiri takm menghargai @ mengetahui apa yang kita ada. baru2 ini baru saya tahu pokok herbal kita UK dah lama ada hak IP. Kat sana rasa sedih jugak saya.

      Delete
  5. 1980an di sana dah ada terowong dalam laut, memang dah advance betul lah mereka....

    Uncle tak ambik gambar DI DALAM terowong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mereka jauh meninggalkan kita dari segi kemajuan fizikal.

      rasanaya tak ambil gambar dalam terowong sebab tak ada dalam simpanan.

      Delete
  6. unik bentuk mug tuhkan?tuan kaki pancing ek?kalau saya ikut abah g pancing sure mmg ngantok.hikhik nmpkkan tak de kesabaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya kaki pancing .. pernah buat satu entri khas 50 tahun jadi kaki pancing sebelum ini.

      bukan semua kaki pancing sabar. ada juga yang menghempaskan batang pancing kalau tak dapat ikan. hehe

      Delete
  7. cantik dan unik mug tu... macam teko pun ada juga sbb ada muncung

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik .. tak ada jual kat Giant Seremban.

      Delete
  8. Replies
    1. memang bersyukur sangat atas kesempatan dan rezeki yang diberiNya.

      Delete
  9. salam...
    waa...gembira dapat bertemu kembali :)
    save hape day..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.