Friday, March 16, 2012

ORANG KATA LELAKI TUA LEBIH MATANG, PENYAYANG. ADA YANG TAK SETUJU ?

Pagi tadi saya update status facebook saya dengan membuat pertanyaan samada ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa "Lelaki tua lebih matang, penyayang" seperti dalam keratan akhbar Berita Harian di bawah.


Saya mendapat jawapan yang menarik dari Noor Lubna sebagai input dan peringatan kepada saya dan juga mereka yang sewaktu dengan saya.  Bacalah !


  • Noor Lubna saya setuju. tetapi...pd pdpt saya mereka tiada pilihan melainkan bersikap penyayang itu. kalau dh tua2 nk jd mcm org muda...sapa yg nak jaga bila dh x larat nanti..? :D
    3 hours ago ·




  •  
    Noor Lubna yang itu disengajakan wpun sbnrnya mereka matang dgn pglmn. ataupun itu tanda2 nyanyuk sudah bermula?
    3 hours ago · · 


    p/s: tadi saya pergi sembahyang Jumaat sendirian menaiki motorsikal tanpa Haiqal kerana dia menghadiri kelas tambahan. Sungguh tak seronok sebab tak ada orang nak garu belakang saya macam selalu.

20 comments:

  1. setuju dengan pendapat noor Lubna,

    tapi ada juga orang tua ni ikut nafsu saja..nak tunjuk dia masih terro memikat orang muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak dinafikan ada orang tua yang macam tu terutamanya yang poketnya sentiasa berisi.

      Delete
  2. Ha'ah...
    Kalau lelaki tua kawen ngn perempuan muda,
    org kata matang dan penyayang..
    Tp kalau perempuan tua kawen lelaki muda
    dorg kata miang... X adil sungguh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan shinju. dunia memang tak adil utk orang perempuan ni kan.. hehehe

      Delete
    2. cik shinju

      siapa yang kata ? miang sungguh orang yang berkata begitu. hehe

      Delete
    3. cikgunormah

      mungkin dunia (manusianya) tidak adil tapi penciptanya maha adil.

      Delete
  3. Assalam al-lavendari
    UMUMNYA dan MAJORITI kita, bila sudah lebih berumur, kita memang jadi lebih matang + lebih penyayang. Pendek kata, kita akan lebih menjadi pemilik ciri-ciri insan yang lebih baik. Kalau ini kita anggap satu hipotesis, saya yakin kita tidak boleh menolaknya setelah dibuat survei berkaitan di kalangan masyarakat kita. Setuju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      oleh kerana kita seangkatan dari segi umur, maka saya harus bersetuju. hehe

      Delete
  4. dulu seorang lelaki bergelar ayah begitu garang bila menjaga anaknya..

    tiba2 lelaki itu bila bergelar atok, begitu penyayang bila menjaga cucunya..

    (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam uncle..sy terpaksa menumpang di ruang komen org lain lagi.

      hurm..saya tak berani nk kata apa2.tp klu diri sendiri mmg saya tak sanggup kot?byk cabaran jd ibu tiri ni.

      Delete
    2. awak tak baca entri semalam .. komen awak di fb, uncle kopipes.

      terima kasih kerana berusaha juga utk komen walaupun terpaksa menumpang.

      Delete
    3. fuad ansari

      tapi kalau lelaki sudah tua dan anaknya masih kecik lagi, dia sudah tidak garang lagi. dengan cucu lagilah tidak garang.

      Delete
  5. yang tua memang matang.. dan memang sudah lama makan garam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tua memang matang tapi sudah tidak 'ganteng' .. hehe

      Delete
  6. sebenarnya itu pasal saya pernah sebut, saya suka orang yang tenang dan cool. cuma kebanyakannya saya nampak kat lelaki yang lebih tua 10 tahun atau lebih dari saya. tua lah tu kan? heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle doakan awak segera ketemu jejaka yang memenuhi spesifikasi awak itu.

      Delete
  7. orang tua memang penyayang, tapi saya takut dia suami orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan dia suami orang adalah sangat besar.

      Delete
  8. Ramai lelaki berusia yg saya temui matang dan caring terutama yg ada pendidikan tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak nak komen apa-apa sebab mak wardah lebih mengetahui .. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.