Saturday, March 17, 2012

SAYA INGIN TURUT SERTA DALAM PROJEK 100 BLOGGERS.

Projek 100 bloggers dikendalikan olah Bro Framestone dalam usaha beliau mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih.  Saya teringin nak mencuba. Kalau tidak terpilih pun tidak mengapa kerana mungkin blog saya belum cukup baik untuk diketengahkan.

Antara syarat-syaratnya ialah:
  1. Mempunyai trafik sehari dalam 500 uv (sekurang-kurangnya)
  2. Setiap blog post mendapat 5 – 10 komen dari pembaca. (sekurang-kurangnya)
  3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  5. Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.
  6. Duduk di Malaysia dan warga negara Malaysia.
  7. Sanggup memberi komitment kepada projek 100 bloggers (Bro dah xnak layan blogger yang banyak songgeh)
  8. Lebih diberi keutamakan kepada blogger ber”niche” : kekeluargaaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keushawanan, makanan.

Itu sahaja syaratnya. Untuk maklumat lebih lanjut silalah ke blog Bro Framestone di sini. 

Sebagai bukti trafik saya melebihi 500 sehari saya upload cetakan skrin statisk pengunjung ke blog saya pada dua hari lepas (tarikh entri ini dibuat).
 

Kepada anda yang memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan, marilah kita menyahut jemputan dari Bro Famestone ini.


27 comments:

  1. Mulanya saya ingin turut serta, tapi PV saya tak sampai 200 pun sehari! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sedar bahawa blog saya adalah blog picisan kerana pengomennya semakin hari semakin berkurangan tetapi tetap besemangat untuk mencuba.

      Delete
  2. Salam Pak Ngah,

    Saya pun teringin nak cuba tapi takut terpilih dan terikat pulak, kena blogging hari2, badan ni pulak bukan nya sentiansa sihat..jadi saya matikan saja keinginan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      saya pulak kalau tak blogging hari-hari .. badan pulak jadi sakit-sakit. hehe

      Delete
  3. saya doakan kejayaan pakcik...( ini dikira komen juga kan pakcik?)
    lepas ni hari2 saya akn berkunjung ke blog pakcik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas keinginan berkunjung ke blog pakcik secara harian.

      Delete
  4. saya ni layak ke tak? tak pernah tahu....

    ReplyDelete
  5. salam tuan,
    sebagai menyokong penuh hasrat tuan menyertai projek ni, di sini saya payung satu komen..hehe

    p/s:- saya pengikut tegar blog ni tp jarang komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      saya terharu bila mengetahui awak menjadi pengikut tegar saya .. terima kasih. komen awak menjadi dorongan kpd saya utk terus berblog.

      Delete
  6. mama segan nak cuba sbb pasti x layak pon... nak harap sorang p nlog pon susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuk cemperai dalam perahu,
      belum try belum tahu.

      Delete
  7. saya suka semangat suka nak cuba, tanpa tekanan kerana sekadar mencuba, memeriahkan pencarian dengan menyahut jemputan.

    ReplyDelete
  8. Saya doakan blog tuan haji terpilih. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. good luck pakngah..mudah2an berjaya ya. blog pakngah ada semua kriteria yg diperlukan..apa salahnya mencuba...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak salah mencuba .. I got nothing to lose.

      Delete
  10. semoga berjaya...go go go hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam uncle..saya menumpang ruang komen org lg..terpaksa..huhu

      good luck ye.

      Delete
    2. terima kasih yatie .. nampaknya kenalah ber ago go go lepas ni.

      Delete
    3. Lydia Miza.

      salam kembali. kesian kerana terpaksa menumpang lagi. terima kasih atas kegigihan awak itu.

      Delete
  11. Go for it. All the best,Insyaallah,berjaya

    ReplyDelete
  12. wow! notbad! tgi traffik..

    dapat? congrats :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.