Monday, March 12, 2012

TEKATEKI PETANG ISNIN.

Tadi saya ada pos satu tekateki dalam fesbuk saya. Sekejap sahaja sudah ada dua orang memberi jawapan yang betul. Tekatekinya adalah seperti berikut:

Tekateki 1. "Apa dia yang boleh dipegang, selalu dilanggar tetapi tidak boleh dilihat ?"

Oleh kerana tekateki tersebut cepat sangat ada orang jawab maka saya pun beri tekateki yang lebih susah seperti di bawah:


Tekateki 2: "Apa benda, bila kita nak guna, kita buang, bila dah habis guna, kita ambil balik ? "

Yang ini pun sekejap sahaja dah ada orang yang beri jawapan yang betul.  

Sekarang giliran blogger pula menjawab. Sebelum itu saya minta bagi yang ada akaun fesbuk saya supaya jangan buka  untuk melihat jawapannya.





7 comments:

  1. 1)janji
    2)mata kail...

    saje nak mencuba walaupun mungkin ada yg salah.. (",)

    ReplyDelete
  2. yg pertama tak tahu - yang kedua dah tahu - Tn hj suka mancing !

    ReplyDelete
  3. Saya tak tau pakcik tapi agak aje...Janji & 2nd tak tahu.

    ReplyDelete
  4. JAWAPAN MACAM BLOGGER YANG PERTAMA TU KOT..

    ReplyDelete
  5. Kakak tak boleh jawab sebab dah tahu dari jawapan blogger ygn dah komen dulu. Nanti pengelat jadinya. Rasa-rasa kakak betullah jawapan di atas tu.

    ReplyDelete
  6. Salam Tn Hj..,

    jawapan nya sama macam fuad ansari tu...

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada yang telah mengambil bahagian. jawapan saya adalah:

    1. janji atau sumpah.
    2. sauh. (mata kali atau pancing tu dekat-dekatlah)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.