Banyak kali saya tersilap taip. Banyak kali juga sempat dibetulkan sebelum dipamer (publish). Ada juga kes yang sudah dipamer samada dalam entri atau pun dalam komen saya, tetapi kemudian saya perasan, langsung memperbetulkannya. Namun begitu saya rasa mesti ada kesilapan taip terutamanya dalam komen di blog orang yang saya tidak perasan dan dengan itu tidak dapat diperbetulkan lagi.
Antara contoh kesilapan yang pernah dibuat yang sempat saya betulkan ialah:
1. sila tertaip sial,
2. tak tertaip taik,
3. ruang tetaip raung,
4. malu tertaip mual,
5. tetapi tertaip tetapai,
6. suka tertaip suak,
6. main tertaip mian, dll sekadar memberi beberapa contoh.
4. malu tertaip mual,
5. tetapi tertaip tetapai,
6. suka tertaip suak,
6. main tertaip mian, dll sekadar memberi beberapa contoh.
Contoh kesilapan pertama dan kedua itu amat memalukan kalau sudah terpamer. Cuba bayangkan perasaan pembaca kalau saya taip begini misalnya ..
"siallah ke rumah saya bila-bila masa". atau
"awak nak tau taik, di mana rumah saya ?"
Kalau ada yang saya tertaip begitu dalam komen saya di blog anda, minta ampun minta maaf. Itu memang satu kesilapan saya. Silalah betulkan sendiri. (Dua tiga kali juga saya baca ejaan perkataan silalah di sini)Adakah anda juga pernah mengalaminya ?
haha..nak ajak datang ke rumah orang ingat kita maki dia pulak kan..
ReplyDeleteselalunya orang akan mengagak apa maksud kita kalau ia tersalah taip.
DeleteSalam Tn Hj..,
ReplyDeletesaya pun selalu menghadapi masalah tu..., lumrah manusia Tn selalu saja melakukan kesilapan...
salam kembali.
Deletebetul tapi yang merisaukan kalau kita tak sedar dan tak sempat memperbetulkan.
saya pun selalu juga silap taip...
ReplyDeletetapi kalau entry tu da dipublish, saya biarkan je kesilapan tuh...
jadikan kesilapan satu pengajaran agar lebih berhati2 di masa hadapan.
DeleteKADANGKALA , KITA DAH BACA DUA KALI ENTRI KITA. NTAH MACAMMANA ADA SILAP JUGA..
ReplyDeletekalau kita baca balik tulisan kita, selalunya tak perasan. kena orang lain baca baru perasan. tapi mana pulak nak cari orang lain kan !
DeleteSalam kenal...:)
ReplyDeletesalam kembali. terima kasih kerana sudi singgah.
DeleteOleh kerana jari saya selalu mendahului pemikiran saya, memang kesilapan menaip perkataan sangat sering terjadi.
ReplyDeleteDalam berhati2, dan membaca semula apa yang telah ditaip, sering juga terlepas perkataan2 yang tak sepatutnya itu. :(
itulah yang saya ketengahkan .. tapi kata orang 'gading mana yang tak retak, bumi mana yang tak ditimpa hujan'
Deleteeh .. nama pena kita dekat-dekat !
ReplyDelete