Friday, March 9, 2012

A.K.U K.E.L.I.R.U - 23: ERYKA BADU PUNYA FASAL.

Berita Harian: 29 Februari, 2012.

 Apa yang saya faham, konsert Erykah Badu ini dibatalkan di saat-saat akhir selepas akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu bertatoo kalimah Allah.  Kalau tidaklah kerana akhbar The Star menyiarkan gambar tersebut, harus konsert itu tidak dibatalkan. 
Sekarang tokoh agama mahu The Star dikenakan tindakan tegas dan penganjur juga sedang menimbang untuk menyaman The Star. 
Saya keliru sekarang, siapakah yang patut dikenakan tindakan tegas ? Akhbar The Star atau Kementerian/Agensi yang bertanggunjawab meluluskan konsert itu pada awalnya ? Sedangkan gambar Erykah Badu bertatoo kalimah Allah itu sudah lama sejak 28hb Mac 2010 lagi. Cuba lihat di sini.



28 comments:

  1. Agaknya bila majalah MANGGA hendak dikenakan tindakan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa dengan majallah Mangga .. bagilah saya satu copy bagi membolehkan saya membuat penialaian dan cadangan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Haji.... terkomen pakai anak punya blog la pulak ... he... derang kat malaysia nie undang2 derang buat yg nak memudah kan puak derang je tuan haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya ingakan Kenya tadi .. saya pun pernah terkomen pakai blog yg saya turut jadi pengarang bersama.

      Delete
  4. salam pak ngah..sehingga semalam ke kelmarin seperti itu juga yang saya fikir..tapi kemudiannya fikir semula, mungkin apa yg dimaksudkannya adalah samada mengaburkan/atau menutup bahagian yang bertulis kalimah itu. emm tapi kalau difikir semula, kalau ditutup/dikaburkan, takdalah pula yang perasan nanti kan?..dan mungkin konsert pun x sempat batal.

    uish..harga yang paling rendah yang tertera tuh lebih mahal dari minyak kereta saya sebulan (setakat hari ni la)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. daripada komen awak itu, jelas bahawa awak juga turut terkeliru. kan ?

      Delete
  5. saya agak pelik sebenarnya, tapi biarlah saya tak kata apa-apa. heheh.

    cuma macam mak cakap tu, mangga tuh..isk!tolonglah haramkan boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti uncle cakapkan kepada kenalan uncle jika ada kesempatan.

      Delete
  6. banyak jugak pihak yang melatah pasal isu ni kan pakcik? sudahnya saya pon kompius pakcik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita keliru secara berjemaah .. seronok sikit.

      Delete
    2. tumpanglah .. tak payah bayar apa-apa. hehe

      Delete
  7. Propaganda sebab hati tidak senang sebelah pihak itu yg jadi isu tuan... banyak benda yg buat kita pelik sebenarnya tapi siapa yg berani?

    ReplyDelete
  8. The Star disaman sebab Editor die tak 'aware' tentang penggunaan kalimah Allah pada badan artis tu

    Penganjur cuba meletakkan kesalahan pada The Star atas kecuaian The Star..memindahkan crowd attention

    Kerajaan - pura2..

    Macam biasalah tuan.... akhirnya The Star mangsa hanya kerana kurang teliti ketika proses penyiaran.. Kasihan

    Masalah kalau nak ditangani biar dari akar umbinya..
    Bukan pada lapisan atas sahaja.. =)

    Setuju dgn kebanyakan komen blogger.. Mangga tu pun patut diharamkan.
    Semua pose asal boleh dalam kolam renang..motif?..adduhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ini saya masih lagi keliru tentang isu ini .. tapi makin yakin bahasa Mangga patut di haramkan.

      Delete
  9. Patut berterima kasih pd The Star...
    Kalau konsert tu jadi ntah2 sok ramai
    la plak yg p wat tattoo camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebabnya uncle jadi keliru .. nak berterima kasih ke atau nak kutuk surat khabar tu !

      ini semua Erykah punya pasal menyebabkan uncle jadi keliru hari ini.

      Delete
  10. persoalannya...betul ke gambar tu gambar artis tu? kalau tak betul macam mana gambar tu boleh timbul?

    macam mana kementerian bertanggungjawab boleh approve dan kemudian tak approve sbb gambar yg keluar tu..tak siasat betul2 ke?

    haihh...saya pun jadi keliru..apa yg pasti..saya tak minat nak pegi konsert minah ni..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam kotak fikiran saya.

      saya pun serupa macam awak .. upah sekalipun saya tak mahu pergi tengok.

      Delete
  11. Erk? Entahlah Pakcik. Tatau nak kate pe. Heheheh....

    Iti perihal isu bermusim. Tapi sy lagik keliru dgn masyarakat. Tattoo inai kat tangan dgn corak yg bukan2. Heheheheh....halal pulak kan? Cuma takde kalimah Allah je. Klu ade, mgkn budaya tattoo inai takkan dipraktikkan lagi kot?

    Eh? Sy dah terpesong jauh ke nie Pakcik? Heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak telah berjaya menambahkan lagi kekeliruan pakcik ..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. keliru kan? haha...sian kita dikelirukan oleh erykah badu. Tp eloklah dah dibatal konsertnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada uncle, eloknya kaji personaliti artis tu dulu sebelum diluluskan .. nampak sangat kerja setengah masak.

      Delete
  14. betul jugak entry uncle ni. Mungkin pen automatik yang meluluskan..hehe just kidding. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana ada jual pen tu .. kat kedai RM2 ada tak ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.