Thursday, March 8, 2012

AKHIRNYA GUNAKANLAH KOMENSEN.

Semasa saya bekerja dahulu, seperti pengalaman orang lain juga, adakalanya saya dipertanggungjawabkan dengan satu tugasan yang besar dan tidak ada pengalaman melaksanakannnya sebelum itu. Dan tugasan itu perlu disiapkan dengan segera. Kepada siapa hendak dirujuk atau mengadu kerana orang lain pun sibuk dengan tugas masing-masing. Ketua kita mahu tugasan itu siap dalam tempoh yang ditetapkan dengan mutu yang sebaik mungkin. Kadang-kadang ketua kita siang-siang lagi dah cakap ..

"Saya nak kamu uruskan perkara ini dengan baik sampai selesai .. dan saya tak mahu dengar sebarang alasan !

Dalam keadaan kritikal macam itu,  kita pun tak tahu samada apa yang kita nak buat itu salah atau betul dari segi peraturan atau kebiasaan. Saya selalu berpegang kepada kaedah umum ini. Pastikan apa kita nak buat itu tidak bertentangan dengan (mengikut tertibnya):

1. Pelembagaan,
2. Undang2,
3. Pekelliling,
4. Surat Pekeliling,
5. Garis Panduan
6. Precedent (apa yang pernah orang buat sebelum ini)


Kalau semua itu tidak ada, kita buatlah menggunakan komensen (common sense). Saya rasa anda pasti tidak akan salah, kerana nak salah ikut mana? Kita hanya akan salah kalau ia bertentangan dengan perlembagaan, undang2, pekeliling, surat pekeliling, garis panduan dan sebagainya. Tetapi kalau itu semua tidak ada, maka tak ada apa yang boleh mensabitkan kita dengan apa-apa kesalahan.

Berbalik kepada penggunaan komensen tadi, masalahnya kadang-kadang apa yang common kepada kita tak semestinya common kepada orang lain. Di sinilah pengalaman dan usia memainkan peranan membentuk satu kesimpulan tentang apa yang dianggap common itu. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa taraf pendidikan tidak boleh menggantikan pengalaman dan usia.

Nota kaki: Sudah agak lama saya memikirkan istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'common sense' tetapi sehingga hari ini  saya masih belum berjumpa istilah yang berkenan di hati. Nak guna 'akal biasa' tak tepat. Nak kata 'akal budi' takut orang  tak faham. Lama-lama saya gunakan komensen saya dengan menterjemahkan perkataan 'common sense' itu kepada komensen.  Kalau ada sesiapa yang mempunyai cadangan yang lebih baik, saya sedia mendengar !


p/s: bila tengok kat surau tadi ada seorang jemaah yang merupakan seorang pegawai kerajaan,  memakai baju batik, segera saya teringat peristiwa lucu waktu bekerja dulu di mana seorang kawan saya telah tersilap memakai baju batik pada hari Rabu.  Akibatnya sepanjang hari dia memakai kot untuk cuba menyembunyikan baju batiknya. Kelucuan tidak tamat di situ kerana dia terpaksa pula memakai tali leher untuk menghadiri satu mesyuarat. Bayangkanlah bertali leher berbaju batik !


18 comments:

  1. Mungkin saya adalah seorang yang degil. Saya akan memakai baju batik bila saya rasa hendak pakai, tidak terikat pada hari-hari tertentu.

    Sebenarnya, baju batik yang saya ada (hanya beberapa pasang) sudah tidak muat untuk disarungkan ke tubuh!

    Benarkah kakitangan wanita tidak boleh memakai kasut selain yang berwarna hitam di pejabat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentang warna kasut itu .. saya tidak berjumpa peraturan seumpama itu dalam General Order. tak tahulah ia mungkin satu dasar agensi tertentu.

      kalau ikutkan saya, hari-hari saya mahu pakai baju batik.

      Delete
  2. sebab itu org berkata..org tua2 lebih byk pengalaman.Hari ni saya berbaju batik...walau kdg tu malas nk ikut peraturan sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka berbaju batik kerana ia adalah lambang tradisi kita. lagipun berkot dan bertali leher merimaskan saya.

      Delete
  3. ooo...baru saya tahu mengapa en AL guna Komensen....ada yg tersurat disebalik yg tersirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah .. kadang2 ada juga yang berselirat di sebalik yang tersurat dan tersirat. hehe

      Delete
  4. Sallam Tuan Haji,

    Common Sense, saya selalu samakan dengan istilah akal waras, boleh tak gitu.

    Isnin dan selasa baru ni saya pakai baju batik yang saya dah tak pakai 7 atau 8 tahun yang lalu, haha...ada yang kata saya bermimpi...( Laa...mimpi apa kak N..... pakai baju batik plak hari ni?..haha) contoh teguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tahniah kerana badan awak tak naik sejak 7-8 tahun yang lalu. hebat tu !

      kalau waras ikut orang jawa maknanya sihat. akal sihat boleh juga kan ?

      Delete
  5. Common sense dalam bahasa melayu ialah menggunakan akal biasa atau berdasarkan fikiran yang sihat. :D

    Tapi memang benar macam kurang sesuai juga bunyinya dan panjang pula ayatnya.. Dalam hal ini saya setuju apabila Tuan gunakan "komensen" kerana ia ada unsur-unsur "sense of humor" :D


    Post Terbaharu Saya - Bukan iPad 3 atau iPad HD Tetapi Mereka Memanggilnya The New iPad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menggalakkan saya untuk terus menggunakan komensen.

      Delete
  6. sen komen buleh tak uncle? lalalalaa~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum tn hj...

    cadangan saya adalah.."buat mcm biasa" hihihihh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      bagus juga cadangan tu .. ok, saya akan teruskan buat macam biasa.

      Delete
  8. saya banyak gunakan 'komensen' dalam pekerjaan saya.. =)

    pertimbangan umum....ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertimbangan umum boleh dipakai tapi saya ingat nak terus guna komensen lah. boleh ?

      Delete
  9. 'kewajaran akal' aci tak pakngah? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua boleh di pakai tapi rasanya commonsense atau komensen sudah boleh difahami oleh khalayak ramai kan ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.