Tuesday, March 13, 2012

AKU KELIRU - 24: ISU PASAL "E" TANDA.

Sebenarnya ini entri lama yang tak ada orang komen, sebab kotak komen saya tutup pada masa itu kerana saya keliru samada nak bagi orang komen ke tidak. Saya dah tak ingat kenapa saya keliru pada masa itu.

 ...........................................................................................
 
http://www.marimari.com/content/malaysia/popular_places/lakes/images/gph_bera.jpg


Inilah susahnya bila tak ada huruf 'e'  tanda atau 'e' pepet. Saya lebih senang memanggilannya dengan 'e' tanda. Saya tak tahu nak sebut  samada  perkataan Bera seperti menyebut perkataan 'beras' atau  Bera itu seperti menyebut perkataan 'becak'.

Macam mana nak tunjuk rupa 'e' tanda. Kat papankekunci ini tak ada huruf 'e' tanda. Masa saya sekolah rendah dan menengah dulu ada huruf 'e' tanda. Huruf 'e' tanda itu adalah huruf 'e' yang ada tanda atas kepalanya. Macam  kat bawah.   



Sebesar  itu sahajalah yang dapat saya tunjukkan. Nampak tak ?

Tak tahu pulak bila huruf "e" tanda itu berhenti digunakan. Oleh kerana sekarang ini kita sudah tidak menggunakan lagi huruf 'e' tanda, saya sering keliru tentang maksud sesetengah perkataan. Contohnya.

semak - boleh merujuk kepada perbuatan memeriksa dan boleh juga bermaksud keadaan kebun yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini.

http://www.padang-today.com/up/berita/25052011102216FT.jpg

perang - boleh merujuk kepada warna atau pun berlawan dengan musuh negara dengan senjata api.


http://www.solpass.org/7ss/Images/war.gif

bedah - boleh bermaksud nama orang atau pun boleh juga bermaksud belah perut. 

http://www.deamira.com/wp-content/uploads/2010/11/bedah.jpg

tekad - boleh bermaksud azam atau pun boleh bermaksud sejenis kerja tangan.

http://impak.uitm.edu.my/wp-content/uploads/2011/03/Tekad.jpg

sepah - boleh  bermaksud sisa atau pun boleh bermakna membuat sampah/benda merata-rata. Saya pun tak tahu nak menyebut dengan betul nama Kumpulan Sepah, samada dengan "e" tak bertanda atau dengan "e" bertanda.



bela - boleh bermaksud mempertahankan dan juga boleh bermaksud memelihara.


Akan timbul kekeliruan bila kita berjumpa kenyataan seumpama ini:

"Peguam tersohor itu membela seorang artis popular"

Adakah ia bermaksud peguam itu mempertahankan artis itu atau dia memelihara artis itu atau kedua-duanya betul ?

Kalau dua-dua betul adakah akan begini ayatnya "Peguam tersohor itu membela artis yang dia bela"

Sekarang nampak tak akan kepentingan 'e' tanda itu ?  Alangkah bagusnya kalau 'e' tanda itu digunakan semula. Kan ?



31 comments:

  1. Memang mudah terkeliru.. Sebab tu perlu baca betul-betul dan faham konteks ayat..

    Saya pun tak faham, sudah ada sistem yang bagus untuk mengelakkan kekeliruan tetapi tidak diguna pakai..

    Post Terbaharu Saya - Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu Dikorbankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mengelirukan .. dulu baca bunyi ikut ejaan, sekarang dah tak boleh lagi.

      contoh Universiti, tak boleh baca "u" macam dalam ejaan "untung" tapi kena baca macam dalam ejaan "yuran"

      Delete
  2. haah la.. betul betul betul!! saya sokong supaya e tanda digunakan semula.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memberi sokongan .. tapi masalahnya keyboard tak ada huruf e tanda.

      Delete
  3. Dari kakak mula sekolah sampai dah tua ni tak pernah diajar untuk menggunakan 'e' tanda itu tuan. Betul kalau ada penggunaannya kakak rasa bunyi akan lebih tepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi orang Melayu pun boleh keliru, apa lagi orang yg tak fasih BM.

      Delete
  4. zaman sekolah dulu, rasanya dah tak ada e tanda. saya paling suka jawab kertas soalan bahagian buat ayat pada perkataan banyak makna. tak pernah nampak typewriter dulu, mesti ada e tanda. sebab saya tak biasa, rasa macam tak cantik bila tulisan ada yang aneh bertanda atas abjad. pembacaan yang betul adalah bila mebaca dengan konteks yang betul, misalan peguam lazimnya bela ( bay-la). bagi nama tempat pula, perlu merujuk pada orang tempatan, misalan leicester, sebutannya tidak seperti yg dieja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman dah berubah .. dulu kalau baca rumi, saya tak teragak-agak nak membunyikan atau menyebutnya. sekarang kena hati-hati. misalnya perkataan "unik" nak sebut macamana ..

      Delete
  5. e pepet dan e taling namanye.

    eh..pepet tu sebutannya mcm errr...camna nak explain kalo takde tanda ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu e pepet dan e taling tu .. tapi pepet tu nak sebut macamana ek ?

      Delete
  6. Macam mana nak sebut laVENdari dengan betul uncle? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebut macamana mat saleh sebut kerana nama lavendari tu dari bunga lavender yang berasal dari perkataan inggeris.

      Delete
  7. Pernah tak dengar lagu 'Rendang tak berbuah' nyanyian Hattan?

    Dia sebut rendang tu macam sebutan untuk rendang ayam!

    Sama juga macam Sohaimi Meor Hassan sebut peygang-peygang, reynggang-reynggang (memandai saya tambah huruf y itu bagi menunjukkan(?) perkataan yang disalah sebut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pegang-pegang nanti ayah berang nanti kena tendang ..

      Delete
  8. Kakcik, peygang tu memanng stail org johor (some of them) sebut pegang..ekekekekeke..dulu saya pun sebut pegang as peygang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang asalnya sebutan dalam BM sekarang ini berasaskan sebutan Johor-Riau.

      Delete
  9. Anak saya Haikal terbaca tasik bera tu sebagai tasik bra. Lagi haru .... huhuhu

    ReplyDelete
  10. INI DAH KIRA BELAJAR BAHASA MELAYU TAHAP TINGGI NI.. SEPATUTNYA ADA TANDA DI "E" TERSEBUT.. ILMU BAHASA NI MEMANG LUAS, SEHINGGAKAN KITA MUNGKIN TIDAK PERNAH MENDENGAR ILMU SEPERTI DIFTONG, FONOLOGI, MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN PELBAGAI LAGI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada juga saya belajar istilah2 tu .. sekarang dah habis lupa.

      Delete
  11. Pakcik, saya pun ada masalah ini tapi bila cakap dengan anak2 dia orang ternganga dengar e tanda. Masa seok rendah darjah 1-3 ada, lepas tu saya tak pernah dengar lg. Bagi saya ni bahasa tinggi sangat tapi pendapar professional saya ia perlu dilihat semula oleh pakar2 bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. mungkin bijak pandai bahasa kena fikir kaedah lain utk elakkan kekeliruan.

      Delete
  12. hmmm...

    adakah sama macam either dgn either,
    neither dgn neither,
    route dgn route,
    atau flour dgn flour?

    ngeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain dari itu ada lagi beberapa perkataan inggeris yg kita kena hati2 bila menyebutnya. misalnya .. facade, chaos, paradigm dsb.

      contoh2 yang awak beri tu lebih kepada sebutan english negara mana .. USA, UK , Australia, NZ atau South Africa.

      Delete
  13. memang susah...tapi english lebih susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa Bahsa Arab lagi susah (tetapi tepat) .. tu sebab dia jadi bahasa al-Quran dan bahasa di syurga kelak.

      Delete
  14. seingat saya - saya mula sekolah - dah pelan2 (baca ikut e tanda) - mula tulis tanpa e tanda & yg ada ch....chontoh - tukar ke contoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kalau Munsyi Abdullah hidup semula, dia pun pening bila membaca tulisan orang sekarang. itu belum lagi bahasa SMS ..

      Delete
  15. e pepet dan e taling ... perubahan tu kita pun tak sedar. Tapi bagi cikgu2 muda sekarang kalau ditanya perbezaannya raai juga yang akan ternganga kecuali yang mengambil pengkhususan linguistik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kehilangan satu keistimewaan atau keunikan yang tak terharga nilainya.

      Delete
  16. saya belajar di zaman takde e tanda atau e pepet. cara utk mengenal adalah melalui sense yg logik. bergantung kepada ayat.

    dengan itu, otak kita akan mula bekerja/berfikir.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.