Friday, March 16, 2012

PEMANDUAN SEBELAH MANA LEBIH ISLAMIK ?

Baru-baru ini di facebook saya ada bertanya kenapa agaknya kereta pemanduan sebelah kiri lebih Islamik berbanding pemanduan sebelah kanan.

 


Saya cuba ringkaskan jawapan daripada beberapa orang sahabat facebook kerana tulisan di atas mungkin kurang jelas. Kalau ada yang ingin menambah, dipersilakan.

Sara Bee: Membolehkan kita melangkah masuk menggunakan kaki kanan.

Hamzah Abd Hamid. Boleh berludah ke sebelah kiri sebagaimana disunnahkan. Kalau pemanduan sebelah kanan, nahaslah penumpang sebelah kiri.

Lydia Miza:

1. Dapat menukar gear menggunakan tangan kanan.

2. Boleh guna tangan kanan pegang orang di sebelah.

3. Boleh makan makanan ringan menggunakan tangan kanan.

Azwa Kamar pula menyimpulkan kesulitan yang dialaminya selama ini. Saya salin sepenuhnya. 

Patutlah masih selalu terasa janggal bila masuk ke kereta dengan kaki kiri, meludah ke kiri juga dengan mengguna tissue, terpaksa guna tangan kiri bila tukar gear ... what to do ...

Fikir-fikirkanlah bila melihat kereta pemanduan di sebelah kiri betapa beruntungnya mereka.


p/s. ada juga sikit masalah bagi yang membayar tol secara tunai atau touch n go. Tapi masalah itu adalah masalah khusus dan ia akan selesai dengan sendirinya jika semua jalan raya kita tak ada tol lagi.

 Mana lebih cantik .. kiri ke kanan ?

10 comments:

  1. Salam Jumaat Uncle...

    Bukan nk blagak la kan..

    Yun dh besa mandu belah kiri..Keta VW yun mase kecik2 dulu pun stereng belah kiri...tp xde enjin..kadang2 yun kayuh,kdg2 adik tlg tolak
    kihkih... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupalah kita .. uncle punya VW dulu pakai 6 bateri AAA.

      Delete
  2. Saya tak pandai nak komen bab ini. Cuma saya sedang terfikir-fikir untuk membuat satu catatan tentang sikap pemandu yang 'sangat perasan lagi berlagak' apabila sedang memandu! (tapi catatan itu hanya akan dibuat bila saya rasa saya betul-betul dalam keadaan bertenang). :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap bertenang .. kalau tak juga mahu tenang, pergi cuti ke Ho Chi Minh.

      Delete
  3. Salam,

    Takkan nak bawak keretapun asyik selalu meludah kot, lainlah kalau bawak kereta makan sireh hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat2 tak adalah kot .. tapi cuba dari JB ke Kangar.
      itu pun kalau perlu. kalau tak mahu, telan jer lah. hehe

      Delete
    2. komen yang ni memang bast! haha!

      Delete
  4. Mr. Lavend,
    Boleh tak ajar saya macam mana kaedah nak tukar nama tempat? Cuba baca entry saya hari ini. Minta pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah baca dan komen. tapi susah juga nak buat komen. kena taip huruf2 pengesahan tu 3-4 kali.

      Delete
  5. kalau pemandu tu menutup aurat, lagi islamik... ohya, kalau lefthand drive, boleh tunjuk jari tengah guna tangan kiri!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.