Sebelum baca entri hari ini, bacalah dulu komen-mengomen di antara saya dengan Marilyn Marina Monroe seperti dibawah.
- Salam Pak Ngah,
Ehhhh...kenapa tajuk Pak Ngah guna 'Mengumpat' tak rela bersekongkol..hihihihi
guna lah perkataan 'perbincangan' lebih selesa rasa tanpa dosa..ReplyDelete
.............................................................................................................................
Berdasarkan ilmu saya yang sedikit semasa belajar di sini dahulu, memang kita dibolehkan mengumpat dan juga berbohong dalam keadaan tertentu seperti untuk menghindarkan masalah, mengelakan pergaduhan, menegakkan keadilan dan sebagainya.
Menghindarkan Masalah.
Kalau kita mengetahui peribadi seorang jejaka itu tidak baik dan rakan kita ingin berkahwin dengannya, maka dalam kes ini kita boleh memberitahu (bermaksud mengumpat) keburukan jejaka tersebut supaya kawan kita tidak memilihnya sebagai calon suami. Keburukan yang diceritakan itu bukanlah yang diada-adakan atau yang dibesar-besarkan. Cukup sekadar untuk membolehkan kawan kita membuat pertimbangan dan menukar fikiran. Andainya kawan kita tetap juga mahu meneruskan hasratnya, terserahlah kepada dia.
Mengelakan Pergaduhan.
Kalau ada orang bersembunyi di rumah kita kerana melarikan diri dari penjahat yang ingin mencederakannya, maka dalam kes ini kita boleh berbohong dengan mengatakan tidak tahu jika ditanya oleh sipenjahat itu samada kita ada melihat si polan yang sedang bersembunyi di rumah kita itu.
Dalam kes yang berlainan, saya teringat contoh yang diberi oleh Dato' Ishak Baharom, Mantan Mufti Selangor sedikit masa dahulu, tentang keharusan suami yang beristeri dua berbohong, sekirannya dengan berbuat begitu boleh menghindarkan pergaduhan antara dia dengan isteri-isterinya atau di antara isteri-isterinya.
Menegakkan Keadilan.
Di dalam mahkamah juga, sekiranya kita menjadi saksi, kita juga dibolehkan menceritakan peribadi jelek orang yang dituduh, dengan niat untuk menegakkan keadilan dan megelakan orang yang tidak bersalah dari teraniaya.
Wallahualam bissawab.
dulu dua orang kawan saya bergaduh. dua-dua pun datang mengadu kat saya. saya katakan pada mereka yang masing2 mahu mintak maaf tapi malu dan takut. padahal tak pun. sebab diorang datang sebenarnya bagitau keburukan masing2, tapi akhirnya dua2 pun baik balik
ReplyDeletealhamdulillah kerana akhirnya mereka berbaik semula.
DeleteKalau tak emergency tak usahlah diamalkan sifat mazmumah ini.
ReplyDeletesetuju .. ini adalah suatu pengecualian dan bukannya untuk dibuat amalan.
Deletesaya faham kenapa susah nak diskas pasal benda ni. takut nanti ada org yg ambil kesempatan pulak dan beri alasan bahawa perkara tu dibolehkan. adeyyy~
ReplyDeleteuncle pun malas nak bincang, tapi bila ada orang bertanya, kita patut jawab setakat mana yang tahu.
DeleteUncle, sihat?
ReplyDeleteboleh ngumpat, tapi depan2 la...
bohong? boleh...tapi nak jaga hati n taknak kene marah
hehehehehe....ala..bohong sunat boleh la uncle...plsss..
Uncle sihat sangat .. hehe
Deletetak ada bohong sunat tapi bohong yang dibolehkan untuk menjaga maslahat.
Sy tak pandai nak komen hal nie. Sy takut salah kata. Kdg2 isu ringan yg sy cuba bangkitkan pun org dah hentam sy mcm2.
ReplyDeleteHuhuhuhuhu....
apa nak takutkan .. uncle bukan sengaja mereka2 tapi berdasarkan panduan yang diberikan oleh pensyarah2 semasa uncle belajar dulu. dan kalau ada orang yang menyanggah pandangan itu dengan membawa nas dari Quran dan Hadis, uncle sedia diperbetulkan dan mengucapkan terima kasih.
DeleteSalam Jumaat Pak Ngah,
ReplyDeleteSaya amat berterima kasih atas penerangan isu.
Alhamdulillah, fahamlah saya sekarang.
Utk niat baik rupanya.
Hari ni saya sakit, tak sihat benar badan ni,
jadi saya lambat buka blog dan fbook.
Terima Kasih sekali lagi Pak Ngah..
salam kembali.
DeleteSaya jawab setakat mana yang tahu.
Semoga segera sembuh.
SAYA SUKAR UNTUK BERBOHONG.. SERIUS..
ReplyDeletejangan silap faham. entri ini bukan menggalakan supaya mengumpat atau berbohong tetapi sebaliknya memberitahu kekecualiannya. Ilmu Fiqh ini amat luas. Bahkan ada ketikanya kita wajib memakan khinzir jika nyawa kita terancam kerana salah satu maqasid syariah adalah menjaga nyawa.
DeleteSAYA FAHAM.. SAYA SEKADAR MENGATAKAN SAYA NI SUKAR BERBOHONG.. KALAU BERBOHONG, MESTI ORANG TAHU YANG SAYA NI BERBOHONG.. HEHE.
DeletePASAL LATAR BELAKAKNG RUMAH YANG SAYA AMBIL GAMBAR DI BLOG SAYA IALAH RUMAH PENGHULU ABDUL GHANI.. DIBUAT PADA TAHUN 1800 ++. DIBAIKPULIH OLEH JABATAN WARISAN NEGARA DAN TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI WARISAN KEBANGSAAN. KINI, RUMAH TERSEBUT DISERAHKAN KEPADA PERBADANAN MUZIUM MELAKA DAN DIJADIKAN SEBAGAI GALERI.
NAK TAHU LAGI --- > http://fairusmamat.blogspot.com/2012/01/rumah-demang-abdul-ghani-penghulu-mat.html
baguslah begitu .. memang kalau orang tak pernah berbohong, muka mereka tidak dapat menyembunyikannya.
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat tentang rumah itu .. kalau ada kesempatan nanti, akan saya lawati.