Saturday, March 10, 2012

BAPA BOREK ANAK RINTIK ?

Hari ini tak ada banyak nak cerita. Cuma nak fokus kepada cerita terbaru anak bongsu saya yang menyambut ulangtahun kelahirannya ke 11 hari ini.


Gambar 1: Ini hadiah kedua untuk besday dia tahun ini. Petang semalam dia tak sabar-sabar minta dihantar  pergi bermain skateboard  kat Kompleks Paroi.


Gambar 2: Inilah kompleks tempat dia bermain skateboard. Kalau main dalam rumah, kena marah.


Gambar 3: Cepat betul badan dia naik berbanding dengan tahun lepas.   Orang kata macam di tiup-tiup. Gambar dia tahun lepas ada dalam entri ini. Skateboard itu adalah yang ke dua saya belikan. Yang pertama telah cedera dilanggar lari kereta emaknya semasa undur.


Gambar 4: Sebaik sampai dia  terus meluru ke tempat bermain yang disediakan.


Gambar 5: Tak lama kemudian dah berkenalan pulak dengan dua orang awek yang baru jumpa.

Gambar 6: Ada juga aktiviti senamrobik. Saya cuma memerhati sahaja. Nak join rasa segan pulak, sebab lagunya saya tak faham. Kalau lagu Mak Inang Pulau Kampai, harus juga saya join.

Gambar 7: Kat sekolah dia ambil memanah sebagai sukan pilihan. Gambar dia sedang dilatih  jurulatih olimpik yang berbaju merah tu. Terlindung pulak. Masa ini dia masih lagi tumpang menggunakan peralatan jurulatihnya.


Gambar 8: Inilah peralatan memanah yang baru dibeli sebagai hadiah besday dia yang pertama. Benda alah ini harganya boleh beli 12 buah skateboard. Kalau main batu seremban atau dam aji ke, kan bagus.

 Mengambil dia dari sekolah setiap hari (masa pergi tumpang jiran), membawa dia pergi bersembahyang Jumaat bersama, menghantar dia main skateboard dan aktiviti lain merupakan tugas yang menyeronokan. Semoga dia terus membesar dalam keadaan sihat serta menjadi anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan ayahnya bila telah tiada nanti.


14 comments:

  1. Salam pak ngah
    Boleh terlopong tengok org main skateboard, lagi lagi yang berpusing-pusing bila kat udara tu..ngeri pun ada

    Amiin.. (utk yg biru)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah ,
      masih ada kesempatan anak bongsu membesar bersama tuan.

      (tumpang komen dirumah Faiz)

      Delete
    2. Faiz.

      Saya pulak melopong sebab dah tak boleh nak main ..

      Delete
    3. Abu Muaz

      Terima kasih atas komen dan juga usaha keras awak untuk memberikannya.

      Delete
  2. Like father like son.. Hensem mcm ayahnya juga.. Alhamdulillah

    Skate boarding Dan archery mmg sesuai dgn budak lelaki. Semoga membesar menjadi kebanggaan ibu bapa. insyaAllah . :)

    Selamat berhujung minggu Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berdebar2 membesarkan anak2 di zaman yang penuh dengan pancaroba ini.

      Delete
  3. main galah panjang pun okey juga...

    ReplyDelete
  4. ELOK LAH TU MEMASNAH.. SUKAN NABI TU.. IKUT SAJA DAPAT PAHALA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanah memerlukan konsentrasi yang luar biasa .. bagus utk latihan fokus.

      Delete
  5. Selamat Hari Lahir Iqal..
    Semoga mendapat kebaikan dunia dan akhirat..
    Amin... (pinjam sketbod leh?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan itu dan juga mengingati nama anak saya.

      nak pinjam boleh tapi boleh tahan ke skebod tu ?

      Delete
  6. Salam Tn Hj..,

    Alhamdulillah mendpt waktu yg berkualiti bersama Haikal....
    "bapak Borek , anak Rintik" .... kemana tumpah nya Kuah kalau tak ke Nasi....Allahua`lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      memang seronok bila dah berumur tapi masih ada anak yang masih kecil ni .. dapat juga menjadi teman.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.