Video di atas menunjukkan Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya dalam rancangan Propaganza baru-baru ini yang ditonton oleh rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei melalui siaran Astro Ria 104 secara langsung.
Syabas ! Dah tak ada beza dengan budaya Mat Salleh kan ?
Masa dulu-dulu kalau seorang anak teruna ingin berumah tangga mereka meminta restu ibu bapa dan saudara-mara terdekat terlebih dahulu. Kemudiannya barulah masuk tahap pertama iaitu merisik. Kalau anak gadis yang dirisik itu masih kosong, baru masuk meminang. Kalau pinangan itu diterima oleh keluarga sebelah gadis, barulah bertunang. Dalam tempoh bertunang itu pula ada perjanjian dan pantang-larangnya sehinggalah sampai masa mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah melalui ikatan perkahwinan.
Proses itu diatur oleh orang tua-tua dari kedua belah pihak. Segalanya dibuat dengan mengikut tertibnya sesuai dengan adat resam orang Melayu. Penuh dengan kiasan, pepatah-petitih, usik-mengusik dengan bahasa yang sopan dan indah serta pantun memantun dengan penuh santun.
Adakah adat itu sudah tidak sesuai lagi sekarang ini dan ketinggalan zaman ?
Entahlah .. saya pun tak tahu nak cakap.
Mungkin selepas ini kalau ada sesiapa yang nak tengok rupa tepak sirih kenalah pergi ke muzium.
Alahai budaya Melayu ku !
Ngomelan: Ingatkan nak kurangkan berblog, tapi tak boleh rupanya.
melamar ikut gaya zaman moden lah tu...kot2 lepas ni jadi ikutan plak...(mode geleng2 kepala ajer)
ReplyDeletesaya percaya akan ada yang mengikutinya dan mungkin lebih lagi kebaratannya ..
DeleteSalam Pak Ngah,
ReplyDeleteBiar mati anak jgn mati adat
Sudah ketinggalan zaman? Entahlah
Sememangnya Melayu suka ikut cara2 adat bangsa lain,
You name it, India, orang putih dan siam?
Semua ada dlm satu..
salam kembali
Deletesesuailah dengan slogan 1Malaysia .. hehe
Budak2 skrg kata cara dulu tu buang masa aje .... huhuhu
ReplyDeletememang sekarang semuanya nak cepat .. ikut sukalah !
DeleteSaya baru saja tunjukkan video clip ni kpd emak Adam yg sedang menggosok pakaian di sebelah saya ni.
ReplyDeleteapa komen emak adam ?
Deletehmmmm...
ReplyDeletemaksudnya ?
DeleteRasanya dia terlupa yang dia tu Melayu yang beragama Islam..
ReplyDeletePost Terbaharu Saya - F1 - Fernando Alonso Menang di Sepang
tak tahulah ... mungkin telah diaturkan oleh ASTRO sebagai satu gimik utk menaikan rating program tersebut.
Deletewalaupun kira dah "moden" - ikutlah adat resam budaya kita yang indah lagi tertib -
ReplyDeletebila sebut perkataan moden, saya teringat entri lama saya di sini ..
Deletehttp://al-lavendari.blogspot.com/2009/12/kita-serupa-kita-serupa.html
ERM... TU LA PASAL.. MANA PERGINYA BUDAYA, ADAT DAN WARISAN MELAYU ZAMAN BERZAMAN.. ADAKAH INI MENANDAKAN IANYA AKAN DILUPAKAN..?
ReplyDeletesaya pun tidak tahu ke mana hala tuju kita .. orang Jepun dan Korea yg lebih maju dari kita tetap berbangga dengan budaya mereka.
Delete......macam mana emak bapak mereka, rasanya keluarga mereka pun tak berapa nak sokong ni cara mcm ni.
ReplyDeleteyang ini saya kurang pasti .. mungkin juga keluarga mereka turut berbangga.
DeleteDulu dulu gaya Muhammad Salleh, sekarang gaya Mat Salleh.
ReplyDeleteuntuk selamat .. ikutlah gaya nabi Muhammad !
DeleteSaya tak tengok rancangan di atas tu, tapi saya ada tengok rancangan Halaqah di TV9 dengan tajuk 'Adat atau Ibadat?'. :)
ReplyDeletesaya pulak tak tengok rancangan Halaqah itu .. jadi tak tahu nak komen.
DeleteKadang-kadang orang Melayu lebih barat dari orang barat..huh!
ReplyDeletemasa pemerintahan Jepun dulu pun begitu .. ada orang Melayu yang lebih Jepun dari Jepun.
Deletepasangan itu menangis. saya pun rasa nak nangis. media berarus barat. anak muda jadi ikutan. semuga anak kita tak terpengaruh, melupakan adat kita, boleh kah kita jauhi mereka dari media.
ReplyDeletekita tak dapat melarikan dari media dan kita pun tidak patut melarikan diri .. cuma beri 'suntikan kekebalan' kepada anak-anak kita moga-moga mereka tahan serangan virus yang merosakan.
DeleteErk? Sy pulak yg jadi malu bile tgk video tu Pakcik. Bukan apa....kita semua pun tau kan kehidupan artis mcm ne. Sblm kawen, punyelah grand...melamar dlm siaran lgsg tv la...majlis besar-besaran la...
ReplyDeleteHaishh....ckp lebih kang, jdk mengata lak.
yang pastinya ASTRO boleh buat duit dari aksi ini ..
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTersentak dada tgk 'budaya' muda-mudi skrg..
walaupun saya masih dlm kategori budak mentah (pertengahan 30-an), tapi rasanya tak sanggup nk terima hakikat peminangan cara macam tu..
(kalau say mak ayah diaorg, MALU nya.. tang mana cheq nk letak muka bila sekampung dok tengok mengata!!.. adoiii... sah depa kata mak pak tak reti ajaq anak!!.. haissh..)
Masa keluarga saya merisik/ bertunang utk adik lelaki saya pun, saya tak bagi adik lelaki saya ikut.. tak payah nk bergambar berbaju sedondon bagai, kahwin nanti buatle nak buat apa pun..
Lamaran semcm ni, astaghfirullahal'azhiim..
apa yg mereka fikirkan?.. BANGGAKAH?!..
Hilang sudahkah MALU dalam MELAYU?
Binasa sudahkah ADAT dalam BUDAYA?
Terhumbankan AGAMA sebagai PEGANGAN HIDUP?
Di mana ALLAH di HATI mereka?..
SEDIH!.. :-(
alaikumsalam
Deletesaya setuju dengan tindakan awak tidak beri adik lelaki ikut masa merisik dan bertunang dia dulu.
tapi bila nak merisik untuk anak bujang saya nanti, kenalah bawa dia utk jadi penunjuk jalan merangkap pemandu sebab kami tak tahu rumah anak gadis itu. sesat pulak nanti.
Alahai, adat melayu tak ikut, syariat islam lagi tak ikut...
ReplyDeletesepatutnya syariat dijunjung, adat dikendong ..
Deleteini pandangan aku pulak... pada aku tindakkan dia tu tak salah pun disini agama.. ini cara individu ingin melamar kekasih yang dicintai nya... aku tak nampak pun melanggar adat istiadat masyarakat malu, sebaliknya aku anggap benda yang dia buat nie personal antara scha dan kekasihnya ... yang aku dok pelik nya korang dok gendang raya... dah persoalkan hal agama lawak siut... korang dah selidik ker yg awal shaari nie tak minta kebenaran dari keluarga dia buat cam nie.. kalau ada apa buktinya.... kalau setakat sembang kosong buat dosa fitnah sana sini tak yah lah weiii.... pada pandangan aku, ini cara lamaran dia secara personal... cara dia, gaya dia.... tapi yang penting... cara nak merisik, bertunang dan berkahwin perlu melalui keluarga... dan seharusnya diketahui oleh mak yah diorang... so apalah yang korang dok gengdang raya sana sini....
ReplyDelete(kalau say mak ayah diaorg, MALU nya.. tang mana cheq nk letak muka bila sekampung dok tengok mengata!!.. adoiii... sah depa kata mak pak tak reti ajaq anak!!.. haissh..) <------ ayat nie lagi tak leh blah.....
kalau korang mak ayah nya dan bakal menantu dan buat surprise kat anak korang... ko rasa malu ker lepas bakal menanti minta keizinan... lawak lah korang nie... aku baca nak gelak siut....
biarlah berpikiran secara rasional kalau nak hujah sesuatu tu...
:) <-- ingat ini pandangan saya jer okie
walaupun pandangan kita berbeza, namun saya menghormati pandangan awak dan juga hak awak untuk memberi pandangan.
Deletecuma saya nak kata, orang lain pun berfikir secara rasional juga.
sy pun muda,sy pun generasi baru, dan sy pun akan berkahwin tak lama lg. Bersyukur sy sbb bakal suami tak propose dgn cara mcm ni, kami pun tak bercinta sblm ni.dia cuma tnya kalau kita bertunang ok tak? when i said ok kot, mggu dpnnya terus family dia datang rumah mak ayah.sy peduli apa org nak kata sy ketinggalan zaman dgn cara tu.sy lebih yakin sbb dia dahulukan mak ayah dr sy.padahal bkl suami sy bukannya org kmpung,bukannya sekolah agama.tp at least tahu mana betul mana salah.mana boleh buat mana tak boleh buat.
ReplyDeleteadmin kat atas ni,sy harap kamu ni org Islam.mgkin risik merisik tu adat, tetapi ni bukan cara org Islam..penulis ni tak buat fitnah, siap video sertakan sekali,u can see that. dan sy mmg nak ckp ayat yg tak boleh blah tu, kalau sy buat mcm ni,sy cuma tbayang muka mak ayah sy yg menanggung malu dgn sy yang bangga dgn cara moden n barat.
maaf pakcik hamzah,panjang pulak komen sy. sy geram,sebab nak moden sgt n nak jd lain dr yg lain smpai ketepikan agama.sy ni bukanla tinggi ilmu agama,tp at least kita celik tang mana boleh buat tang mana tak boleh buat.
err...kenapa tak tunjuk identiti? berani kerana benar =)
saya bangga mendapat komen dari orang muda seperti awak yang kenal budaya sendiri. syabas kerana telah mendapat pasangan yang tidak mengenepikan adat resam pusaka nenek moyang kita. semoga urusan perkahwinan awak berjalan lancar dan diberkatiNya. Insaya-Allah.
Deletetuan haji..
ReplyDeletebetoi2 berani mati... agak2 kalau jodoh tak panjang.. masuk tv buat live telecast cenggini ke tak? huh!
kalau jodoh tak panjang .. tak tahulah pulak akan ada siarang langsung macam ini.
Deleteapa-apa pun marilah kita doakan jodoh mereka kekal hingga ke hujung nyawa.
emmmmmmmmmmmmmmm
ReplyDeleteartis.......
beza zaman kita dulu2..
dia je yang berbeza .. orang lain tak pulak.
Deletesaya dah komen kat sana, tapi tetap nak komen kat sini jugak.
ReplyDeletesaya setuju dgn komen auntie marina. kenapa ek begitu? melayu ni rasa adat dan budaya sendiri tu tak class ke?
hilanglah keindahan bila adat melayu digantikan dengan adat/budaya mat saleh. bagi mat saleh mungkin itu sweet, tapi bagi orang melayu pulak sensitivitinya lain. kena juga ambil kira.
saya terfikir, muslim mat saleh....adakah yang melamar dgn cara begitu? cuma ingin tahu lah.
uncle pun turut terfikir bagaimana caranya Muslim Mat Saleh membuat lamaran ... nanti kalau ada maklumat kita kongsikan bersama ya !
Deleteapa nak heran uncle. Nama pun artis.
ReplyDeleteuncle tak heran kat dia orang .. cuma uncle heran ramai sangat yang menyanjung tindakan mereka ini.
Deletesy hanya mampu telan air liur je.. (",)
ReplyDeletemacam2 boleh ditafsirkan dari komen awak ini .. antaranya "teringin tapi tak dapat" .. hehe.
DeleteMalas nak layan. Saya tetap nak ayahanda dan bonda saya yang tanyakan.. kih kih kih
ReplyDeletebertuahlah ayahbonda awak dapat anak macam awak ..
DeleteYun dah komen kat sana td...
ReplyDeleteCakap pasal benda2 ni buat yun tingat kat
arwah ayah...Dia mmg jaga sgt soal2 adat ni
and selalu jadi rujukan saudara maranya...
semoga hasrat murni arwah ayah Yun itu tidak disesiakan oleh anak-anaknya.
Deletesusah nk ckp kan..kadang2 orang tua zaman sekarang ni pun tak ikut adat, dek kerana ikut sangat kata anak2..mak bapak macam langsung tak boleh nak buat keputusan dah..ank2 plak lagi la x tau langsung pasal adat2 kita org melayu ni..
ReplyDeleteorang tua sekarang yang tak ikut adat tu mungkin sebab orang tua mereka juga tak ikut adat kot ?
Delete