Monday, March 12, 2012

USIKAN DI TANAH PERKUBURAN.

Baru-baru ini saya menziarahi kenalan saya yang kematian isteri. Arwah isterinya meninggal kerana kanser. Saya ke rumahnya dahulu, tapi diberitahu jenazah telah dibawa ke kubur. Saya terus saja ke tanah perkuburan dengan Makngahnya. Waktu itu sudah lepas waktu Isya'.

Sesampai di kubur, jenazah telah selamat dikebumikan dan dalam peringkat akhir mengambus tanah. Saya turut menunggu sehingga talqin selesai dibacakan dan tahlil di adakan. Kemudiannya saya merapati kawan saya yang kematian isteri itu. Sebaik melihat saya, dia pun berkata ..

"Tadi dah nampak dah tapi tak perasan pulak Haji"

"Tak apalah" kata saya kerana memikirkan dia dalam kesedihan dan perasaannya belum tenang sehinggakan saya yang  pernah berjiran dengannya tak berapa lama dahulu tidak dikenalinya.

Kemudian dia menyambung sambil tersenyum.

"Selalunya Haji pakai kopiah .. tapi bila pakai songkok saya jadi tak cam pulak"

Bila dia berkata begitu,  saya pun mula tersenyum dalam serbasalah kerana  ungkapan itu sebenarnya mengusik saya.  Ini kerana rambut saya yang beruban lebih-lebih lagi kalau dilihat dari belakang seolah-olah saya memakai kopiah putih.

Saya tidak membalas usikan dia itu kerana tak tahu nak cakap apa.

Saya memikirkan dia membuat jenaka itu mungkin untuk menutup kesedihannya kerana kehilangan orang tersayang yang telah hidup bersama selama lebih dari 30 tahun. Lagipun saya pun dah masak kena usik begitu.

Semoga roh arwah isterinya dicucuri rahmatNya dan diletakkan bersama-sama roh golongan muttaqin dan mukhlisin.

................................................................... 

Sub-Entry: Jumpa kengawan lama di Puncak Perdana.


Hari ini betul-betul sibuk.

1. Pagi ke Bahau kerana menghadiri kenduri kawin cucu arwah abang.

2. Lepas Zohor pergi ke Puncak Perdana, Shah Alam menghadiri kenduri aqiqah anak sahabat yang kini menjadi orang kuat KEMENTAH. Seronok jumpa kawan-kawan seperti gambar di atas. Balik jalan sesak dari Nilai hingga Seremban sampai saya tertidur. Makngahnya bawa kereta.

3. Lepas Maghrib mengikuti kuliah agama di surau.

4. Lepas Isyak pergi rumah teman setaman ada kenduri tahlil dan aqiqah. 

5. Sekarang nak masuk tidur.

.

20 comments:

  1. agaknya kita selisih di nilai tadi kot? sbb sya tersesat barat di negori sendiri... dah lah bawak kereta sorang diri je tadi nasib baik sampai jugak di rumah (,")

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik awak tersesat barat .. kalau tersesat timur mungkin tak sampai rumah lagi kot .. hehe

      Delete
  2. 30 TAHIN BERSAMA, TETIBA PASANGAN KITA DIAMBIL ALLAH.. BAGAIMANAKAH PERASANNYA TU.. PASTI SEDIH.. AL-FATIHAH UNTUK ISTERINYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan dia mesti kosong dan kesunyian .. kalau isteri saya balik kampung seminggu pun saya dah angau, bayangkanlah kawan saya itu yang berpisah untuk selama-lamanya.

      Delete
    2. Pakcik boleh percaya ke isteri balik seminggu kekampungpun dah angau? Kepada yang kematian isteri, saya doakan arwah isterinya ditempat bersama dengan orang2 yang soleh & solehah.

      Delete
    3. serius .. apa dibuat serba tak kena. mungkin awak belum merasainya .. hehe

      Delete
  3. orang pencen kalau mai hujung minggu, lain macam sibuknya... orang bekerja, hujung minggu asal boleh nak rehat2 di rumah.. (",)

    kehulu kehilir, ada pemandu kedua, kira oklah tu.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok di rumah2 kenduri tu ramai juga orang yang belum pencen .. kesian kat depa kan !

      Delete
  4. al fatihah buat aruah yang telah mndahului..Muga ditempatkan dikalangan org yg sOleh. Usikan persahabtan dan rencah kehidupan...muga yang hidup teruskan kehidupannya dan kita sama2 bersedia untuk mnjadi calun jenazah yang taktau bila..

    woooouuuuh sibuk sekali rupanya cikgu...tapi sekarang jalan dah 'clear'. AL maklumlah cuti sekolah dah bermulaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun cuti sekolah, tapi sekolah tak sunyi dpd pelbagai aktiviti. terpaksa jugalah hantar dan ambil anak yang bersekolah.

      Delete
  5. Salam Tuan Haji,

    Al Fatihah buat almarhumah isteri kawan tuan haji. Semoga rohnya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang solihin dan sodhigin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      moga-moga begitulah .. kita tidak tahu bila akan dijemputNya. entah esok atau lusa.

      Delete
    2. Moga2 kita dijemput dalam keadaan bersedia, InsyaAllah.

      Delete
    3. bersedia ke tak bersedia ke, bila sampai masanya tak lewat sesaat.

      Delete
  6. Salam Tn Hj,

    Al-Fatihah utk yg telah pergi menemui Tuhannya,
    ingatkan tadi Misteri Nusantara bilo baco tajuk en3 ni...(senyum)..
    memang selepas menjadi pesara ni tanggungjawab sosialnya bertambah-tambah lagi yer Tn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memang betul, lepas bersara orang menjangkakan segala jemputan akan dapat dipenuhi dan saya sedaya upaya akan cuba memenuhi, jika berkesempatan.

      Delete
  7. padat jadual pakngah di hujung minggu....

    al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin cuti sekolah ni banyak orang ambil kesempatan untuk buat kenduri.

      Delete
  8. al-fatihah - semoga Allah swt mencucuri rahmatNya. Beliau menyorok kesedihan disebalik usikan kepada Hj Hamzah.30 tahun lama tu...bukan senang nak lupa kenangan manis hidup pahit maung getir bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun agak begitu .. dia cuba menyembunyikan kesedihannya dgn cuba berjenaka dengan saya, tapi saya pulak yg serbasalah dibuatnya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.