Dalam entri Terkenang Semasa Dulu - 86 yang lalu, Vee Sandi ada membuat permintaan supaya "dapat upkan gambar yang ada pure background di sana" seperti berikut:
Ini kerana gambar-gambar suasana musim panas di Amerika yang saya tunjukkan dalam entri tersebut tidak sangat nampak ia seperti di tempat orang. Sekali pandang suasananya macam di negara kita sahaja.
Tapi mana nak cari gambar lagi sebab semua gambar saya tinggalkan di rumah saya di Seremban. Belek-belek draf entri, terjumpa draf entri berikut yang saya kira dapat memenuhi permintaan Vee Sandi itu.
.
Gambar 1: Bergambar sebelum bermain bot di tepi tasik yang saya sudah lupa namanya. Sedikit terlindung adalah bangunan "Thomas Jefferson Memorial".
Gambar 2: Yang ini lebih jelas menunjukkan bangunan memorial yang tersergam menghadap tasik itu.
Gambar 3: Tasik ini berada di tengah-tengah bandaraya Washington D.C, tidak berapa jauh dari White House.
Gambar 4: Kelihatan jauh di belakang ialah menara Washington.
Puas saya berfikir, siapakah yang tolong ambilkan gambar kami pada masa
tu. Kalau dia membaca entri ini, terima kasih banyak-banyak kalau saya
terlupa untuk berterima kasih pada masa itu.
Gambar 5: Saya bergambar di taman berlatarbelakangkan bangunan menara Washington.
Satu perkara yang sangat baik dan harus kita contohi ialah tentang bagaimana rakyat di sini sangat menitik-beratkan kebersihan bangunan, tandas, kenderaan dan taman awam. Saya tidak berjumpa sampah bertaburan, tandas yang kotor atau kemudahan awam seperti kerusi meja yang rosak atau dirosakkan. Saya kira setelah lebih 30 tahun saya meninggalkan Amerika, rakyat kita akan mencapai tahap kesedaran sivik yang sama seperti orang Amerika, tetapi saya agak kecewa kerana kita masih belum banyak berubah, bahkan mungkin lebih teruk dari dulu.
Saya agak pesimif jika ada orang mengatakan bahawa kita akan setanding dengan negara-negara maju dalam aspek kesedaran sivik menjelang tahun 2020 bilamana kita mencapat status negara maju kelak. Kenapa saya berkata begitu, pernah saya luahkan di sini. Saya harap saya silap.