Thursday, November 6, 2014

TERKENANG SEMASA DULU 87 - BERDAYUNG DI TASIK ENTAH APA NTAH.

Dalam entri Terkenang Semasa Dulu - 86 yang lalu, Vee Sandi ada membuat permintaan supaya "dapat upkan gambar yang ada pure background di sana" seperti berikut:


Ini kerana gambar-gambar suasana musim panas di Amerika yang saya tunjukkan dalam entri tersebut tidak sangat nampak ia seperti di tempat orang. Sekali pandang suasananya macam di negara kita sahaja.

Tapi mana nak cari gambar lagi sebab semua gambar saya tinggalkan di rumah saya di Seremban. Belek-belek draf entri, terjumpa draf entri berikut yang saya kira dapat memenuhi permintaan Vee Sandi itu

.
Gambar 1: Bergambar sebelum bermain bot di tepi tasik yang saya sudah lupa namanya. Sedikit terlindung adalah bangunan "Thomas Jefferson Memorial".


Gambar 2:  Yang ini lebih jelas menunjukkan bangunan memorial yang tersergam menghadap tasik itu.



Gambar 3: Tasik ini berada di tengah-tengah bandaraya Washington D.C, tidak berapa jauh dari White House.


Gambar 4: Kelihatan jauh di belakang ialah menara Washington.

Puas saya berfikir, siapakah yang tolong ambilkan gambar kami pada masa tu. Kalau dia membaca entri ini, terima kasih banyak-banyak kalau saya terlupa untuk berterima kasih pada masa itu.


Gambar 5: Saya bergambar di taman berlatarbelakangkan bangunan menara Washington.

Satu perkara yang sangat baik dan harus kita contohi ialah tentang bagaimana rakyat di sini sangat menitik-beratkan kebersihan bangunan, tandas, kenderaan dan taman awam. Saya tidak berjumpa sampah bertaburan, tandas yang kotor atau kemudahan awam seperti kerusi  meja yang rosak atau dirosakkan. Saya kira setelah lebih 30 tahun saya meninggalkan Amerika, rakyat kita akan mencapai tahap kesedaran sivik yang sama seperti orang Amerika, tetapi saya agak kecewa kerana kita masih belum banyak berubah, bahkan mungkin lebih teruk dari dulu.

Saya agak pesimif jika ada orang mengatakan bahawa kita akan setanding dengan negara-negara maju dalam aspek kesedaran sivik menjelang tahun 2020 bilamana kita mencapat status negara maju kelak. Kenapa saya berkata begitu, pernah saya luahkan di sini.  Saya harap saya silap.


10 comments:

  1. ya la pak ngah..... kadang2 nk masuk tandas awam, sy semacam fobia. sikap pemandu? Allahuakbar...... jenuh istighfar n sabarkan hati sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni ada satu fenomena merempit yang sangat mengganggu .. depan rumah saya jalan lurus sikit, tiap2 petang ada budak-budak merempit. Selain bising, mereka juga membahayakan orang lain selain dari diri sendiri.

      Delete
  2. Dari aspek kebersihan tempat awam, kalau kita tak punya pekerja pembersihan, mungkin kita setanding dengan zaman batu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah terdengar mereka yang buang puntung rokok kat tangga pejabat berkata lebih kurang begini ..

      "kalau kita tak buat sampah, nanti dia orang tak ada kerja pulak"

      Delete
  3. Nak masuk tandas awam pun naik takut. Balik Perlis ni nat Simpang Emapt nauzubillah tandas langsung tak berjaga padahal sebelah je dengan pejabat pengurusan. Haihhh... Dah le pengguna tak bertanggungjawab org yg jaga pun tak ada tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya cakap .. saya pesimis yang kita akan berubah .. padahal Islam sangat menitik beratkan kebersihan,

      Delete
  4. betul pak ngah...

    kdg2, kalau nak buang air atau solat di luar atau dalam perjalanan ke mana-mana, kite perlu memilih.

    tak semua kemudahan tu jadi keselesaan buat kite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk berlaku adil, tandas di R n R kendalian PLUS boleh tahan kebersihannya kerana ada petugas ditempatkan 24 jam sehari.

      Delete
  5. bab tandas awam tu memang betul la..sampaikan sebelum keluar rumah paksa anak2 buang air kat rumah siap2 sebab tak mau masuk tandas awam yang kotor tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi kat restoran (bukan McD dan yang seumpamanya) ... kalau nak masuk tandasnya pastikan selepas selesai kita makan.

      Delete