Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari Kuching petang semalam.
Malam tadi ada dua kenduri berdekatan rumah. Cuma dapat pergi satu sahaja.
Selepas tengok Maharaja Lawak terus bungkam.
Hari ini pula sangat sibuk dari pagi hinggalah ke malam.
Saya ingin menunjukkan beberapa keping gambar semasa saya di Kuching yang sempat saya rakamkan.
Gambar 1: Siramat Mandug .. sila besarkan untuk mengetahui maknanya.
Gambar 2: Sempat juga kami di bawah ke Kampung Annah Rais sebuah penempatan rumah panjang orang Bidayuh kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuching. Entah kenapa saya tidak melihat kesibukan mereka membuat persediaan untuk menyambut hari Gawai Dayak.
Gambar 3: Berdiri di bawah papan tanda Kupo Saba. Saya tanya pengiring apa maknanya.
Dia pun tak dapat memberi jawapan yang pasti.
Dia pun tak dapat memberi jawapan yang pasti.
Gambar 4: Sungai yang mengalir merentasi kampung tersebut yang masih belum tercemar. Alangkah bertuahnya kita kalau Sungai Kelang sejernih ini.
Gambar 5: Pemandangan dari bilik penginapan saya. Nampak tersergam di sudut atas sebelah kiri, bangunan Dewan Undangan Negeri.
Gambar 6: Saya pernah bekerja di tingkat 3 bangunan Wisma Bapa Malaysia ini kira-kira 30 tahun lalu iaitu pada tahun 1980-81.
Gambar 7: Mereka ini saya jumpa di lobi hotel tempat saya menginap. Barangkali mereka ada function di sini.
Bila saya ajak bergambar, mereka tidak keberatan.
Terima kasih atas kesudian anda semua.
.
Bila saya ajak bergambar, mereka tidak keberatan.
Terima kasih atas kesudian anda semua.
.