Gambar dalam simpanan saya masa kat Amerika pun dah ngujung-ngujung. Begitu juga minat nak berblog-blog pun dah turut mengujung. Orang yang nak baca pun dah kurang dan nak komen pun dah tak ada. Contohnya entri saya sebelum ini tak ada siapa pun komen. Huhu.
Kali ini saya nak kongsi gambar kami ronda-ronda di sekitar Washington D.C di musim panas yang saya rasa belum pernah tersiar. Tetapi kalau ada gambar yang sudah tersiar, saya mohon maaf. Saya memang lemah dalam bab indeks-mengindeks gambar dalam simpanan.
Saya suka musim panas walaupun suhunya kadang-kadang melepasi 40 darjah calcius sebab masa siangnya panjang. Dekat pukul 10 malam baru nak gelap. Bagi kaki pancing macam saya, musim ini saya manfaatkan sepenuhnya.
Orang-orang sini pulak cukup ceria bila tiba musim panas. Mereka seronok bermandi cahaya matahari kat tepi pantai, taman-taman dan juga kat kawasan rumah sendiri.
Gambar 1: Struktur yang macam pensil tegak kat belakang kami tu namanya adalah Menara Washington. Nampak tak ?
Gambar 2: Tugu siapa ntah. Main ambil jer gambar.
Gambar 3: Kalau tengok tiangnya, saya rasa ini bukan rumah orang.
Gambar 4: Cantik tak rambut makngahnya ? hehe
Gambar 5: Macam orang tak bertegur sapa je gayanya.
Gambar 6: Agaknya anak sulung saya cuba melarikan diri dari ibunya.
Gambar 7: Saya rasa loceng tu kalau kat Malaysia harus hilang kena curi dek mat lalok.
Gambar 8: Saya pun dah lupa apa yang ada kat dalam bangunan tu. Sayang sekali saya tidak mencatit butirannya di belakang gambar pada masa itu. Ingatkan saya boleh ingat bila tengok gambar.
Gambar 9: Bangunan yang ini pun saya tidak tahu namanya. Apa-apa pun saya suka dan saya kagum dengan seni binanya yang mewakili senibina dulu-dulu. Bangunan sekarang pun cantik juga, tapi kurang keseniannya. Mungkin nak cepat siap atau dari segi faktor kegunaan praktikal dan harganya.
Begitu lama sudah berlalu, kini dua orang anak saya dalam gambar-gambar tersebut sudah berumah tangga. Yang sulung sudah beranak dua. Dan yang ke dua, masuk anak ke dua dan Insyaallah bulan Disember ini bertambah seorang lagi cucu saya.