Friday, November 25, 2022

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT.

Ada hikmahnya BN tidak beroleh cukup majoriti untuk tubuh kerajaan. Kalau itu terjadi, tentu penyokong2nya akan tambah besar kepala yg boleh menyebabkan suhu politik bertambah panas. Juga akan timbul pelbagai tuduhan spt tipu undi, beli undi dsb dilemparkan kpd BN. Akan ada pihak yg menghamburkan kata2 kesat seperti  "bolehlah sakau lagi" yg kalau gagal dikawal boleh mencetuskan huru hara. 

Kalau pulak PH beroleh majoriti selesa untuk tubuh kerajaan, entah bagaimana bongkaknya sesetengah penyokongnya. Sedangkan belum menang pun, sikap mereka sudah agresif dan arogan.

Kalau PN pulak yg beroleh majoriti yg besar utk tubuh kerajaan, sudah tentu pengikut dan penyokongnya semakin merasa diri mereka sebagai insan terpilih di muka bumi ini.

Bila semua itu tidak berlaku, barulah masing2 sedar bahawa mereka tidaklah hebat sangat kerana mereka masih perlukan orang lain utk tubuh kerajaan.

Agaknya negara luar mana yg pertama sekali DSAI akan lawat ?  Saya teka Indonesia. 

Wednesday, November 16, 2022

BEZA KEHIDUPAN TAHUN 1966 DENGAN TAHUN 2018.


Gambar hiasan hasil carian Google 

1. Dulu kat kampung saya cuma seorang shj penduduk yang ada TV. Dia adalah taukeh kedai runcit dan pembeli getah. Sekarang ni dlm sebuah rumah, kadang2 ada yg sampai 3-4 buah TV.

2. Dulu kat kampung saya ada seorang je yang pakai kereta. Dia ada kebun getah yang luas.  Sekarang ni perkara biasa kalau kita lihat sebuah rumah ada 2-3 buah kereta. 

3. Dulu kat kampung saya tak ada seorang pun anak penduduk kampung yang masuk Universiti. Sekarang ini kita hairan kalau ada keluarga yg tak ada anak masuk Universiti.

4. Dulu kat universiti pelajar2 Melayu boleh dibilang dgn jari apa lagi yg buat Medical atau Engineering. Bila sistem kuota diperkenalkan oleh kerajaan, bilangan mereka meningkat tahun demi tahun. 

5. Dulu kalau kita pergi hospital, jadi kehairanan kalau jumpa doktor Melayu. Sekarang ni kita hairan kalau pergi hospital tak jumpa doktor Melayu.

6. Dulu kat kampung saya yg pergi  Mekah buat haji hanya seorang dua shj setiap musim. Kadang2 langsung tak ada. Sekarang ni nak pergi haji kena menunggu bertahun2.

7. Dulu kat kampung saya tak pernah dengar pun ada penduduk pergi melancong ke luar negara. Paling hebat pun pergi Zoo Negara. Sekarang ini ada yang pergi melancong ke London macam balik kampung sendiri. Bahkan ada yg nak beli tudung pun paling koman pergi Vietnam atau Medan. 

8.. Dulu jalan nak sampai ke rumah saya dari jalan besar kira-kira 3-4 kilometer jauhnya cuma jalan tanah shj. Sekarang ni jalan nak pergi dusun pun dah ada tar. 

9. Dulu kat kampung saya tak ada elektrik. Maka tak adalah peti ais. kipas angin, rice cooker dsb. Sekarang ni kalau terputus letrik sepuluh minit pun, hebohnya mcm hari dah nak kiamat. 

10. Dulu kampung saya tak ada paip air. Kita mandi kat sungai dan ambil air perigi utk memasak makaan dan minum. Sekarang bilik mandi saya berada dalam bilik tidur. 

Namun begitu masih juga ada yang bertanya, apa yang kerajaan buat selama ini? 


Sunday, September 11, 2022

JANGAN BERANAK KATANYA.


Gambar hiasan hasil carian Google. 


Lama dah saya pendamkan,  akhirnya terluah juga

Jangan sesuka hati mengutuk ibu bapa yang punya anak perangainya "tak serupa orang". Bukan semua keluarga hidup sempurna. Jangan ukur keluarga orang dengan keluarga sendiri.  Ada ibu tunggal yang kerja basuh pinggan membesarkan 6 orang anak yang ditinggal suami yang ghaib entah ke mana. Bila pergi kerja,  anak2 ditinggalkan di rumah sewa satu bilik dijaga kakak sulung berumur 13 tahun.

Ada nenek yang terpaksa jaga 4 orang cucu bersendirian termasuk seorang OKU.   Ibu bapa cucunya itu telah meninggal dunia, bercerai berai atau bekerja di negeri lain dan sebagainya. Dia hanya bekerja ambil upah berjaja kueh di stesyen minyak dekat rumahnya.

Ada bapa yang terpaksa jadi pengawal keselamatan di waktu malam dan jual surat khabar di sebelah pagi untuk menampung belanja makan minum,  sekolah, pakaian serta tempat tinggal 5 orang anak. Diberatkan lagi bila isteri tidak dapat membantu menambah pendapatan akibat serangan angin ahmar.

Bukan semua anak2 bernasib baik punya ibu bapa yang kaya raya dan tinggal di rumah besar dan mendapat pendidikan yang sempurna.  Saya berada dalam golongan ini semasa kecil dahulu hingga keluar universiti.

Pedih hati saya,  bila saya baca komen2 netizen di media sosial seperti,

"Kalau tak tau jaga anak,  jangan beranak"

Apalagi kalau yang beri komen macam itu,  berkahwin pun belum. 

Wednesday, July 20, 2022

APAKAH YANG MENDORONG MEREKA MENGHINA ISLAM?



Gambar hasil carian Google. 

Bukannya mereka tidak tahu kalau mereka menghina ugama Islam dan Nabi Muhammad lebih² lagi jika ia dibuat secara terang²an,  pastinya akan mengundang padah kepada mereka. 

Jadinya saya hairan dan tertanya² apakah motif yang mendorong mereka berbuat demikian. 

1. Adakah mereka dibayar oleh pihak tertentu? 

2. Adakah mereka sudah tidak siuman? 

3. Adakah mereka ingin mencari publisiti/populariti? 

4. Adakah mereka terpengaruh dengan ajaran sesat/songsang? 

5. Adakah mereka dipengaruhi oleh syaitan? 

6. Adakah mereka teringin nak kena belasah? 

7. Adakah mereka teringin nak rasa duduk dalam lokap atau penjara? 

8. Adakah ini helah mereka untuk dapatkan suaka politik di negara lain? 

Tuesday, May 31, 2022

MENGAPA SAYA MALAS PERGI REUNION.

Gambar hiasan hasil carian Google. 


Saya cukup malas pergi majlis reunion terutamanya reunion kawan2 masa sekolah menengah dulu.  Sebabnya kebanyakan yang hadir tidak ingat muka saya. Terpaksalah saya cerita macam2 tentang diri saya nak bagi dia orang ingat. Yang sakit hatinya lepas cerita pun ada juga yang masih tak ingat. 

Di samping itu saya juga tidak ingat muka kebanyakan kawan2 saya terutamanya yang perempuan. Sebabnya, pertama kerana muka mereka sudah sangat jauh berbeza dan kedua saya pulak bangsa tak kawan sangat dengan budak-budak perempuan masa sekolah dulu. 

Penyudahnya saya macam hadir perjumpaan dengan penduduk taman perumahan masa saya mula-mula pindah dulu.  Saya tak kenal orang dan orang pun tak kenal saya. Orang pergi reunion nak jumpa kawan lama dan mengingati kisah2 lama masa sekolah dulu.  Saya pulak pergi reunion dapat kawan baru. 




Thursday, April 28, 2022

DARI FESBUK - JANGAN PERCAYA SANGAT.

 


Thursday, April 21, 2022

PERLIS, USA.

Perlis adalah sebuah negeri paling kecil yang terletak paling utara di Semenanjung Tanah Melayu. 

Di samping itu Perlis juga merupakan jenama dan kedai yang menjual pakaian sejak tahun 1939 di Louisiana, Amerika Syarikat. 

Saya juga ada terjumpa orang Amerika bernama Perlis. 

Saya pun tidak tahu bagaimana ini boleh terjadi.  Namun saya lebih cenderung untuk mengatakan ia adalah satu kebetulan sahaja.







Friday, April 15, 2022

DARI FESBUK - HAKIM DI LUAR MAHKAMAH.

Saya perhatikan ada di kalangan netizen yg sibuk suruh mahkamah hukum ibu bapa budak2 yg naik basikal lajak itu atas alasan mereka juga turut bersalah kerana tak pandai jaga anak2. Entah2 ada yg turut sibuk tu, berkahwin pun belum.  Apa2 pun saya doakan semoga anak2 anda semua kelak tidak terlibat dgn perkara2 negatif dan seterusnya menjadi insan yg berguna kpd ugama, bangsa dan negara apabila mereka besar kelak.


Berkaitan dgn kes ini juga, apa yg saya faham, mahkamah sebelum ini membicarakan kes gadis yg melanggar budak2 tu dan bukannya membicarakan kesalahan ibu bapa mereka. Bukankah itu dua kes yang berbeza melibatkan undang2 yang berbeza ?

Entahlah. Mungkin mereka yang sibuk2 tu berpendapat apa salahnya mahkamah buat sekali harung. Jimat sikit masa dan belanja. Ye dak !

Thursday, March 31, 2022

KALAU CUBIT PAHA KANAN, INILAH AKIBATNYA.


Bijak sungguh orang dulu-dulu mencipta pepatah, "cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga". Pepatah tersebut masih boleh dipakai hingga ke zaman millenium ini. 

Contohnya, bila kita hina seseorang dari golongan B40, maka seluruh anggota B40 akan tampil membela mereka.  Begitu juga bila kita kutuk seseorang dari golongan T20, maka semua orang yang berada dalam golongan tersebut akan melenting. 

Hakikatnya kita semua memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing. Di sisi Tuhan hanya takwa sahaja yang menjadi ukuran kemuliaan. 

Buat masa ini saya tidak berada dalam golongan T20 maupun golongan B40. Namun begitu hati saya lebih dekat kepada golongan B40 kerana saya pernah berada dalam golongan tersebut suatu masa dulu. 

Akhirnya pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada anda semua. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa tahun yang lepas. Mudah2an Allah menerima amalan kita untuk dijadikan bekalan bertemu denganNya kelak. Saya juga memohon maaf jika ada tulisan saya yang tidak enak dibaca atau mengguris hati anda semua kerana sebagai insan biasa, saya tidak sunyi dari melakukan kesalahan. 

Sekian. 


Tuesday, March 22, 2022

TAHU DAN SEDAR BELUM CUKUP.

Semua orang tahu dan sedar bahawa jika mereka tidak sepakat melawan musuh yang sama, mereka akan tewas. 

Habis tu kalau dah tahu kenapa tak sepakat? 

Nak capai kesepakatan itulah yang susah.  Tahu dan sedar sahaja tidak mencukupi kerana ia perlukan unsur2 lain untuk menghasilkan kesepakatan seperti kesungguhan,  keberanian, tolak ansur,  iltizam, sedia mengalah dsb. Itu yang susah. 

Akhirnya tahu dan sedar hanya setakat tahu dan sedar sahaja. 

Wednesday, February 23, 2022

COVID-19 LAWAN ROKOK.


Statistik Kematian Kerana COVID-19 dan kerana merokok.


Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan setakat 21 Februari 2022, seramai 32,390 orang telah meninggal dunia kerana COVID. Ini adalah angka kumulatif untuk tempoh 3 tahun. 

Manakala bilangan yang meninggal dunia kerana merokok (Astro Awani - 20 Februari 2022) adalah dianggarkan seramai 27,000 orang pada SETIAP TAHUN. 

Kesimpulannya. Kedua-dua statistik kematian tu menakutkan saya tetapi statistik kematian kerana merokok lebih merisaukan saya. 

22022022.

Tuesday, January 25, 2022

NEGARA MANAKAH DI DUNIA YANG MENYEBUT NOMBOR 5 SEBAGAI LIMA ?

Terdapat persamaan sebutan nombor 5 di empat negara iaitu Tuvalu,  Fiji, Samoa dan Filipina dengan sebutan orang Malaysia.  Dan sebutan yang hampir sama di empat negara lagi iaitu Kribati (Nima), Tonga (Nima), Hawai (Elima) dan Maori di New Zealand (Rima). Saya sengaja memilih nombor 5 kerana persamaan atau kemiripannya sangat ketara. Nombor-nombor lain juga ada persamaan di negara tertentu.  Misalnya di negara Tuvalu angka 10 disebut "sefulu". Begitu juga di negara Samoa,  angka 10 disebut "sefulu" dan angka 2 disebut "lua".

Di Fiji dan di New Zealand (Maori) pula,  nombor 2 disebut "rua". Manakala di Filipina paling banyak kemiripan iaitu,  dua disebut "dalawa", empat disebut "apat" dan enam disebut "anim".

Berikut adalah sebutan nombor 5 di negara-negara berikut yang saya jumpa melalui hasil carian Google. 


1) Negara Tuvalu - LIMA. 

Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/tuvaluan.htm

2) Negara Fiji - LIMA. 

Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/fijian.htm

3) Negara Samoa - LIMA. 

Sumber: https://samoan.ws/05-numbers-time

4) Negara Filipina - LIMA. 

Sumber: https://l-lingo.com/free-lessons/en/learn-tagalog-filipino/numbers-1-10.html

5) Negeri Hawai - ELIMA/LIMA

Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/hawaiian.htm

6) Negara Kiribati - NIMA

Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/kiribati.htm

7) Negara Tonga - NIMA

Sumber: https://www.omniglot.com/language/numbers/tongan.htm

8) Orang Maori (New Zealand) - RIMA

Sumber: https://www.maori.cl/learn/numbers.htm

Mengapakah terdapat persamaan atau kemiripan dalam sebutan nombor 5 di negara-negara yang saya sebutkan di atas ? Tidak mungkin secara kebetulan kerana ia bukan berlaku di sebuah negara sahaja.  Seorang pengkaji sejarah (lupa namanya) mengatakan ia mungkin berpunca dari pengaruh pelayar-pelayar dari Alam Melayu atau Nusantara yang sampai ke negara-negara tersebut beratus-ratus tahun dahulu. Kalau betullah pendapat beliau itu,  alangkah hebatnya orang Melayu dulu-dulu dalam ilmu pelayaran hingga mampu merentasi samudera yang begitu luas bagai tidak bertepi dari Alam Melayu hingga ke Hawaii. Berdasarkan penemuan itu, beliau turut menyimpulkan bahawa orang Melayu bukanlah pendatang tetapi adalah perantau dan pelaut yang hebat di zamannya. 

Sekadar memberi beberapa contoh, saya sertakan cetakan skrin seperti di bawah untuk rujukan anda.

FIJIAN



SAMOAN 



HAWAIAN


TAGALOG (FILIPINA).


TUVALU

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah pergi ke link yang saya berikan seperti di atas.


Thursday, January 20, 2022

PADAH RUMAH PANJANG.

Masa "lockdown" hari tu, saya banyak habiskan masa di bilik saya ditingkat bawah di sebelah belakang sekali. Oleh kerana tanah tapak rumah saya sempit dan memanjang, terpaksalah saya buat rumah sempit dan memanjang juga. Dari bilik saya untuk ke pintu hadapan ambil masa sedikit. Jadi bila ada penghantar barang misalnya tekan loceng,  tentulah saya tidak dapat buka pintu dengan serta merta kerana selain jarak, kadang-kadang saya kena pakai baju atau sikat rambut dulu. Saya takut untuk berlari. Takut tersembam. 

Jadi bila loceng ditekan berkalikalikalikali, mendidih juga darah saya dibuatnya. Kadang-kadang saya rasa mahu jerit kat orang yang tekan loceng tu agar bersabar sedikit. Tetapi saya tak mahu buat begitu kerana banyak kali juga jiran depan atau belakang rumah atau pun jiran satu taman datang hantar buah durian, kuih ketayap, bingka ubi, mangga, cempedak dsb. Imam pun pernah sekali hantar makanan kepada kami. 

Sila abaikan lukisan mural semula jadi di dinding pagar rumah saya itu. 


Friday, January 7, 2022

LIMA GOLONGAN ORANG MELAYU DALAM BERBAHASA.

Isu bahasa ini sentiasa menarik perhatian saya. Secara umum saya perhatikan terdapat 5 golongan orang Melayu dalam hal berbahasa ini.

1. Orang Melayu yang bercakap Inggeris sepenuhnya pada bila-bila masa kerana dia tidak begitu fasih berbahasa Melayu.

2. Orang Melayu yang bercakap Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu sepenuhnya mengikut keadaan kerana dia menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

3. Orang Melayu yang bercakap  Melayu sepenuhnya di mana-mana walaupun dia boleh berbahasa Inggeris.

4. Orang Melayu yang bercakap Melayu sepenuhnya di mana-mana kerana dia tidak boleh berbahasa Inggeris

5. Orang Melayu yang suka bercakap Melayu bercampur-campur dengan Bahasa Inggeris walaupun dia tak berapa pandai berbahasa Inggeris.

Saya rasa golongan ke 5 tu boleh tahan juga ramainya.